Pada suatu hari , Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda , Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar , Fatimah terpijak pohon semalu , kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan .
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah . Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kata-katanya lagi . Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek .
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .
Kedua , semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya .
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .
Ketiga , semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi .
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin .
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang .
Oleh itu, para wanita sekalian , kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja .
**Entri hari ini ringkas tapi amat bermakna . Sesuai benar untuk mentarbiyyah hati saya yang barangkali semakin hari semakin menebal sifat malunya [ yang tak bertempat ni , sungguh . ] Kesal . L **
Pesanan ikhlas dari penaja [Eika Fereizya] :
4 comments:
oo00ooo . Aku tak tau pulak pokok semalu tu tajam . Huhu ~ Nti aku pijak-pijak ;) semoga ia tak akan pupus :P
hmm,,krenye social la ni.smalu xbole b'ckp or interact with foreigner.so,ambil pngjrn..
wan : haha . ikut suka kau la.. aiyaa . aneh2 jela ~
abes tu.llaki pokok apa?XP
Post a Comment