.:: Mood , Label : Sadis , Tragis , Sinis dll . T__T ::.
Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Pertemuan yang ku idam ,
masih belum bersua .
Perpisahan yang ku takutkan ,
hadir sudah tiada ku pinta
Harapan pudar mati tuk mencari lagi .
Bagai lilin yang menerangi , lalu padam jua .
Kata saya : Setulus mana cinta yang membawa saya lahir ke dunia ini , setulus itu jualah saya rela menerima fitrah anugerahNya [cinta] mengalir dari segenap arah kehidupan , kini dan selamanya ; segala baik dan buruknya . Angan-angan Cinta Sejati (konon seperti yang diagung-agungkan dalam drama-drama Sinetron) turut pernah mengambil ruang di dalam kotak impian saya . J
-Seperti dulu , di mana masa lalu itu telah membawa saya menjejakkan kaki ke ‘teratak cinta’ yang kelihatannya sangat kukuh dan mendamaikan . Tetapi akhirnya telah runtuh menimpa hati yang sesungguhnya amat rapuh .-
Akhirnya , saya rangkumkan angan-angan itu menjadi doa kudus yang dititipkan pada Ilahi , bukan lagi pada kotak impian yang hanya akan mengundang nestapa di pengujung cerita . Kerna kegembiraan dapat diterbitkan oleh manusia lainnya , tetapi kekecewaan itu hanya dapat ditangani oleh Tuhan Yang Maha Esa .
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri .
Tak mampu ku mendusta hati ini lagi .
kata saya : Hari ini , kerana cinta , saya menyuarakan kata hati yang terbuku lama di kalbu . Kadangkala kata itu lahirnya dari hati yang terluka . Terkadang pula , datangnya dari kebenaran ; yang telah dikaburi oleh keindahan ilusi cinta yang sementara . Dari mana sahaja ia boleh mendatangi , bila.. semuanya kerana cinta . Sudah . Kini apa sajalah yang dapat saya hulurkan demi membawa rasa itu kembali merajai hati ? Bagai tiada apa lagi . Sungguh , benar kata ini .
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
kata saya : Kesirnaan cinta itu membawa saya terbang lebih tinggi , walaupun terpaksa mendakap sengsara dalam kedinginan pawana yang semakin lama semakin menusuk di atas sana . Biarlah , saya fikir . Demi rasa bertuhan ini , biar ia menjadi tirai pemisah antara saya dengan kekhilafan [yang lalu dan akan datang] yang menanti di kemudian hari . Katalah saya salah . Katalah saya benar . Katalah apa sahaja , tetap tidak terlawan . Sungguhnya , saya hanya suarakan kata hati ; yang sememangnya sulit berdusta . Walau akhirnya cinta itu jua yang bakal mewarnai sarwajagat dan menggugah keributan , menjadi suatu nikmat ternilai yang pernah dirasakan seumur hayat . Akan saya nantikan indahnya waktu itu .
Dengan menjual nama Tuhan ,
lalu kebenaran disingkirkan
demi hidangan belian pendustaan .
Namun aku yang sengsara zahirnya .
Mampukah rayuanku ini membuatkan ia kembali .
Setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci ,
hadirkanlah sekali lagi cuma .
Agar bernyawa cinta semula .
Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini .
Kata saya : Tidak hanya mencari perhatian , lalu saya bukakan naskhah penuh nostalgia perit ini . Tidak sama sekali . Apalah gunanya jika akhirnya nanti diri ’kan merana sendiri . Jelas bingkisan ini mewakili suara kecil yang merayu kehadiran rasa yang bertandang sewaktu dahulu . Bukan pada si dia atau sesiapa . Hanya pada Pencipta dan Pemiliknya [cinta] – Rabbul ’Izzati . Kemanisan itu harus dirasai lagi , dan kali ini bukan lagi buat sementara , tapi untuk selama-lamanya ; biarpun setelah bertemu di syurga sana . Kedengaran agak keterlaluan . Ya , maaf .
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
Kata saya : Redha . Tawakal . Syukur . J
*****TAMAT*****
.: Rangkap-rangkap yang diselangi kata-kata saya merupakan bait-bait lirik lagu Aku Rela – Algebra dan Pupus – Firdaus ft. Faizal Tahir :.
p/s : Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya . Cinta tanpa batasan hanya sekadar hiburan . Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa , menggelapkan hati malah buta pada Pencipta . Ouh , jika tepat masa , ketika , keadaan dan SIAPA , cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya ~! J
No comments:
Post a Comment