.:Followers:.

Tuesday, February 8, 2011

Upin Ipin dan Agenda Yahudi .


**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH.. ISU INI BELUM PUN DIKETENGAHKAN LAGI . TAPI INSYALLAH , SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN .**

***Saya dapat ini pun secara tak sengaja dari web konspirasi Yahudi . Harap maklum .***


*****************************************************************

Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin .

"U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon , Doraemon , Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama-sama memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi.

' I ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .

4g pula bermaksud " god , gold , glory and girl ".

Kalau kamu benar-benar cintakan Allah dan Rasul , sila sebarkan kepada semua umat Islam.

Kalau tidak , solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam .


*****************************************************************


Bismillah .

Apa yang kalian rasa bila baca semua ni?

Menyedihkan . Beginilah orang kita sekarang , suka nak menjatuhkan sesama bangsa . Pantang melihat orang lain berjaya , mesti ada saja yang nak menjatuhkannya .

Kartun macam ini pun boleh kata agenda Yahudi . Yang Islamic Fashion Festival tu agenda apa pula katanya nanti ? Tengok anak-anak Melayu pakai legging pergi jalan-jalan tu tak ada kata apa-apa pula pun ? .

Macam-macam betullah . Saya pun tak faham .

Upin Ipin kini boleh dikira sebagai kartun paling berjaya di Malaysia , baru nak naik dah ada yang timbulkan provokasi dan diskriminasi begini .

Pada saya mungkin benar nama-nama itu ada maksudnya dalam bahasa lain . Tapi jangan jadikan satu kebetulan itu satu kepercayaan . Barangkali ini memang sikap orang sekarang . [ maaf , saya tak suka menyalahkan mana-mana bangsa ]

Kalau makan pindah-pindah tempat nanti kahwin dengan orang jauh ...

Kalau makan guna dua pinggan , nanti kahwin dua ...

Kalau tengok Upin Ipin , nanti kira murtad pula kah?

Seperkara lagi , penting untuk saya katakan.. yang menulis nota ini siapa sebenarnya ?

Adakah dia seorang wali atau ahli sufi yang mempunyai kuasa untuk membatalkan solat seseorang ? 40 hari 40 malam . Satu tempoh yang lama tu .. Maknanya kalau dah tertengok Upin Ipin , tak payah sembahyang dah la . Nanti tak diterima .. Kalau tertengok iklan dia mungkin 30 hari 30 malam agaknya . -__-'

Di Facebook sekarang ramai yang gunakan gambar-gambar artis Korea , Hollywood atau sebagainya ,

Adakah mereka itu orang-orang Zionis ?

Aduhai..

Berbanggalah dengan hasil anak-anak muda kita yang betul-betul Berjaya . Lemparkan jauh-jauh hasad dengki itu...
Bagaimana pula dengan Usop Sontorian , Kacang , Yokies , Kluangman ? Semua itu Yahudi juga ??

Entahlah . Ada-ada saja .

Walau bagaimana pun , sekali lagi saya ingin tegaskan di sini ,

JANGAN JADIKAN KEBETULAN ITU SATU KEPERCAYAAN ~!

Tetapi kalau pembaca tetap nak percaya juga , terserahlah . Siapa tak takut solat tak diterima 40 hari 40 malam kan ?? Haha .


p/s : Rindu nak tengok cerita Kacang lagi ~ J




9 comments:

Adil said...

ala putri..aku pown da bce psl upin ipin nih.. orgnyer reka2..saja nk buat kecoh psl agama.. upin ipin tetap upin ipin.. ia hanyalah kartun rekaan.. x ade kne mgena dgn israel amerika..

apa2 pown , kartun tetap kartun .
saya mnyokong hujah anda" ;D

Adil said...

lagi satu ,
sape yg percaya kalau tgk kartun ni smbhyg x dterima lah,murtad lah,dll ..
rasewnyer dah mcm syirik sbb ikowt kata2 rekaan org laen yg x tahu kbenarannye same ade btol / x
...
XD

Putri said...

memang , dalam industri ni setakat finah mmfitnah da jadi mainan .. tapi kita yang tak bersalah ni pula janganlah menyalahkan lagi apa yang da salah tu ~ huhu *ayat berbelit*
dan , betul sangat apa yang kamu kata . hukum sah atau x tu smuanya hak Allah , manusia mana boleh tentukan . aiyaa

muhammad kamal said...

aq sokong ckp adil . lgi pon dlm citer 2 kdang2 dw gk unsur2 agame ...mcm solat terawih ....puase ramadhn ..hormat org tue ...so citer 2 byk bgi pengajaran disamping gelak ketawa ~.~
aq pown jrang tgok bnde 2 ...=.=

illmatic said...

kah kah kah dari memfitnah orang baik g tgk cikgu shida berjoget. kah kah kah kah kah kah

p/s: lepas ni sila mengyahudikan makcik jual air tebu di tepi jalan kanchong. kenapa? sebab dia skarang jual ice blended kah kah kah

Adil said...

betol3 kamal
cite U&I byk unsur agama Islam ! sillaturrahim , perpaduan , ..


PU3 : aku suke background wall kau yg skrg nih ! nice

Putri said...

kamal : erm . :)

ckgu : kah kah kah . pun boleh.. pun boleh..

adi : betul3 ~!
erm ,, aku x berapa suka ~ too pinky ~ :P

Dafinullah said...

ade ade je...

Anonymous said...

apalah mslh org yg reka bnde ni..kn yg buat upin ipin tu org melayu..x kan lah dia nk buat bnde mcm ni..jgn nk memandai dlm hukum agama..sapa dia nk tntu kan sah ke tidak solat seseorang..
semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kpd dia dan kita utk ambl iktibar amal n sampaikan,,,
eika:sory aku(mard)lps geram kat sini..geram betul aku

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]