.:Followers:.

Thursday, February 3, 2011

Bercinta Kerana Siapa ?

Bismillah . Alhamdulillah . Tirai Februari ini saya bukakan dengan satu perkongsian tentang C.I.N.T.A . Lagi ? Haa , kebetulan , saya terbaca kisah ini pada waktu yang sama dengan ketahuannya saya tentang masalah seorang sahabat tentang perkara yang dikatakan ‘cinta’ inilah .

Pada pandangan saya , masalah sahabat saya itu bukanlah ‘cinta’ namanya . Ia adalah suatu yang lain , dan pastinya bukan hal itu yang saya ingin katakan waktu ini . Saya jadi keliru sebenarnya . Tetapi syukur , dengan membaca kisah di bawah ini , saya sudah mulai faham sedikit akan apa yang dikatakan dengan CINTA itu .

Alkisah ..


Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang wanita . Wanita itu adalah yang paling menarik di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogenik , cantik , menawan dan yang paling orang suka , seksi dan berada .

Saya malas ingin tuliskan ini panjang lebar. Jadi, saya ringkaskan dalam bentuk dialog sahajalah . Tetapi sebelum itu, biar saya beritahu kalian ciri-ciri lelaki A tersebut . Lelaki A merupakan anak seorang Dato' , entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tahu . Yang penting jejaka ini kaya , kacak dan bergaya .

Anne : Mengapa awak datang jumpa saya ?

Lelaki A : Saya dah jatuh cinta pada awak .

Anne : (memandang lelaki itu dengan sinis) Sebab ?

Lelaki A : Kerana awak cantik . Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas . Sudikah awak jadi teman istimewa saya ?

Anne : Tapi..

Lelaki A : Jangan risau . Saya ada segala-galanya.
Harta , kebahagiaan dan apa saja awak minta , saya boleh bagi.

Anne : Maafkan saya , saya ada kuliah. (sengaja berdalih)

Seminggu kemudian , wanita itu didatangi oleh seorang lelaki lagi . Lelaki B . Kali ini , penampilannya agak 'islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok lagi . Tetapi, hatinya Allah sajalah yang tahu . Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Anne: Ha , ada apa ?

Lelaki B : Assalamualaikum . (ucap lelaki tu lembut)

Anne : (terkedu seketika) Waalaikumsalam.
Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B : Saya...saya...

Anne : Kenapa ? cakaplah..

Lelaki B : Saya jatuh cinta pada awak..

Anne : sebab ?

Lelaki B : Perlukah bersebab ?

Anne : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau-tau saja awak dah jatuh cinta..

Lelaki B : Baiklah , saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Anne : Owh.. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group.
Lain kali kita borak lagi.

Maka tinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki .
Lelaki C . Kali ini , lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja . Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu . Entahlah apa . Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap perkara yang sama .

Anne : Saya tahu kenapa awak datang jumpa saya..

Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?

Anne : Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.

Anne : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C : (hanya mampu tunduk)

Anne : Kenapa diam ? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya , atau saya ni seksi atau saya ni anak orang berada .

Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul . (Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak mahupun harta awak . Saya jatuh cinta disebabkan SYAITAN Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak . Kemana saja awak jalan , mata saya akan mengekori awak . Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin , saya rasa perasaan saya kacau . Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya padahal saya tak menginginkannya . Saya rasa rimas dengan perasaan saya . Saya semakin hanyut . Semakin terleka .

Anne : (terkedu) Apa awak nak sebenarnya ?

Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa . Mungkin hanya sekelumit simpati . Hanya kalau awak sudi . Maafkan saya , saya mohon untuk berlalu .

Anne : Nanti dulu, siapa nama awak ? Macam mana saya nak tolong awak ?

Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya pada awak . Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia . Saya pasti awak tau apa nak dibuat . Maafkan saya , saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia . Salamu'alaikum.

Anne hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata .

Dua tahun kemudian...

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak ada ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif : Entahlah ibu . Susah kita nak mencari pasangan yang betul-betul berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu : Akif, ibu faham . Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil . Manusia makin hanyut ditelan arus dunia . Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim . Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan.. jika dia tak seperti yang Akif harapkan , Akif yang akan membentuk dia , mengubah dia . Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu : Anna Zafirah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Anna . Baru kali pertama Akif ke sana . Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas . Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur . Bunga-bungaannya memukau mata . Suasana agak hingar-bingar . Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama .

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung . Entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman . Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar . Gambar yang diberi ibunya .
Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif : Assalamu'alaikum.

Anna : Wa'alaikumsalam . (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif : Awakkah Anna ??

Anna : Dan awak pula Akif Rahman kan? (soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif : Ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Anna : Hum.. akhirnya...

Akif : (Akif hairan) Kenapa ? Pernahkah kita bertemu atau berkenal ?

Anna : Ya.

Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Anna : Nama saya Anna Zafirah binti Aziz. Sayalah Anne.

Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Anna : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Anne...(terharu..)

Anna : Akif, saya dah jatuh cinta pada awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Anna : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum . :)


Jelas . Disebalik kisah di atas , sedikit sebanyak kita dapat meneguk ibrah daripadanya serta memahami apakah yang dimaksudkan dengan ’cinta’ itu sebenarnya . Saya tidak begitu pasti akan pemahaman saya tentang ini , tetapi jujur saya katakan , cinta yang diagung-agungkan oleh anak-anak muda kini kebanyakannya adalah serupa dengan keadaan Lelaki B .

Konon beralasan Allah telah menganugerahi mereka perasaan itu . Benar , saya tidak menyangkalnya . Namun apa yang terjadi sekarang adalah , apabila anugerah Allah [cinta] itu tidak disalurkan ke jalan yang benar , nafsu akan mengambil peranannya , dengan diketuai oleh Syaitan Durjana . Apabila musuh-musuh nyata itu mula merajai hati , maka tiada lagilah yang dikatakan dengan cinta Fitrah , yang ada hanyalah cinta FITNAH ! Na’uzubillahi min zalik .


p/s : Sememangnya saya bukanlah pakar dalam hal ini . Demi menjaga hati saya dan orang-orang di sekeliling saya , adalah lebik baik saya tidak mengutarakan lebih-lebih tentang pemahaman dan penilaian peribadi saya tentang Cinta Fitrah ini . Maaf . Sekian .




3 comments:

Syazwan Hazim said...

okay , aku nk ckp entry ni sweet sgt . oHHo =>

Farah said...

Oh my God ! Sumpah sweet cerita ni . Masih ada ke lagi benda macam ni pada zaman ni ?

Putri said...

wan : setuju sama kamu ~

farah : ya , urm tak mustahil ada lagi ~ ouh , Eika ni pun mgharap wujud lagi la insan2 yang mcm ni zaman sekarang ~ -__-

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]