.:Followers:.

Monday, January 31, 2011

Akhirnya ~! :)


Bismillahirrahmanirrahim .


Alhamdulillah . Masya Allah . Akhirnya apa yang saya tunggu-tunggu kini muncul jua . Saya tahu saya mungkin bukanlah antara yang terawal mendapat tahu perkara ini . Tetapi saya sungguh-sungguh teruja dengan ‘penemuan’ terbaru saya ini . Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat saya kerana berkongsi link penyanyi ini kepada saya . Aduh , sekarang saya sudah tidak dapat berhenti daripada menguntumkan senyuman . [masih lagi tersenyum ni.. J]


Untuk menjawab segala persoalan yang menerawang di dalam kotak fikiran para pembaca saat ini , adalah lebih baik sekiranya saya tunjukkan kepada kalian bibit-bibit lirik yang indah oleh seorang penyanyi kesayangan kita semua . harap-harap tidak salahlah apa yang saya katakan ini . J



Insya Allah


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…

[chorus]


Apakah pembaca sudah dapat menjawab persoalan-persoalan yang bermain di kotak fikiran kalian di awal perkongsian ini tadi ? Ya , inilah dia . Inilah yang saya terujakan sangat sebentar tadi . Sampai di sini sajalah coretan saya kali ini . Saya harus pergi dulu . Selamat menikmati alunan jiwa yang indah ini ya , semua . Syukran Jazilan .


p/s : Benar-benar tidak boleh berhenti tersenyum . J





3 comments:

Syazwan Hazim said...

Eceh , mesti tgh syok nyanyi tu kan . Huhu ~

Putri said...

haha . mana tau nih ~? ehem..
entah2 kau pun sama ~ :P

~PakKaramu~ said...

sAYA DAH FOLLOW BLOG NI, FOLLOW SAYA LAK

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]