.:Followers:.

Tuesday, January 18, 2011

Anak Sulung Saya . *Renewed*

Ya , Benar Salahku . Saya pernah kongsikan entry ini pada 12/2/2010 .. Kini saya kongsikan semula selepas diubah suai dan diberi sentuhan terakhir . Untuk pengetahuan , lirik ini saya nukilkan tanpa kerelaan dan 'kesengajaan’ . Boleh pula ya ? Haha .

Inilah yang pertama dan barangkali yang terakhir , kerana menulis lirik bukanlah bidang saya . Dan ternyata ia tidak semudah yang saya sangkakan .

Terhasilnya lirik ini adalah atas dorongan dan sokongan seorang sahabat , dan seusai saya menyiapkannya , rakan-rakan yang lain turut memberi pengiktirafan (secara tidak bertauliah J) . Saya pasti pembaca akan terfikir perkara yang sama dengan apa yang sedang bermain di fikiran saya saat ini , iaitu tentang "KEJIWANGAN yang melanda” di setiap bait lirik yang saya nukilkan . Maaflah . Seperti yang saya katakan , ini bukan bidang saya .

Walau bagaimanapun , saya tetap berasa teruja dengan penghasilan 'Anak Sulung' saya ini . Kepada peminat tegar bagi penyanyi asal dan drama korea Boys Over Flowers , ini hanyalah percubaan dan tiada niat saya untuk merosakkan lagu ini . Maaf sekali lagi . J

BENAR SALAHKU

Mulanya engkau hadir membawa
harapan cintaku padamu
namun hatiku memilih dia
bukan niatku melukaimu

***

harapanku kau hanyalah teman
cintamu telah ku persiakn
akhir cintaku tak kesampaian
kini ku merasakan kehilangan

sayang maafkan ku
benar salahku cintai dia
kini ku mengharapkan kasihmu
ternyatalah cinta itu buta

c/o
ku yakin kau tak mnyedarinya
kerna salahku yang tak terdaya
menyatakan cinta padamu dari jiwa
yang selama ini dirahsia
kau ‘kan berbahagia dengannya
ku disini tetap kan setia

penantianmu dulu ku rasakan
beban cinta yang kau pendamkan

sesalanku, crying for you
kurelakanmu, missing for you
baby i love you, i'm waiting for you..

***
sayang dengarkan ku..
hanya engkau di hatiku
tak mungkinku berpaling darimu
sehingga ke akhir waktu
c/o

##
benar salahku jua membiarkannya
menyembuh hatimu yang terluka
sesalanku, crying for you
kurelakanmu, missing for you
baby i love you, i'm waiting for you..

bye bye never say goodbye

dirimu tak bisa dilupakan

I need you , kembali padaku, I want you

Dengarlah kata hati ini

c/o

##

lirik: Eika Fereizya SM
lagu asal: Because I'm Stupid-SS501
*hak cipta terpelihara
*


p/s : Lagu ini bukanlah terjemahan bagi lirik asalnya . Saya juga pernah berniat untuk menghasilkan dalam versi bahasa Inggeris , namun saya terpaksa menukar fikiran . Pembaca pasti faham mengapa ~ J




No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]