.:Followers:.

Saturday, January 8, 2011

Bukan Jodoh Saya..


adakalanya sekecil keputusan yang diambil akan mengubah hidup kita seluruhnya..

Rasanya sudah agak lama saya bercuti daripada sebarang ‘aktiviti amal’ di sini . Untung sahaja Encik Idea tiba-tiba tampil menganjurkan supaya saya menginterpretasi kejadian hari ini dalam bentuk nota-nota lagu yang indah . Lantas jari-jemari ini pula bangkit menyusun gerak tarinya di atas ‘keyboard’ mengikut susunan lagu tersebut . Lalu , terhasillah gabungan ideal entry yang saya rasakan agak sadis ini ..

* Berhenti merepek di sini *

Fikiran ini bercelaru lagi . Bingung . Hari yang sering bersilih ganti pula bagaikan sedang menarah-narah rimbunan waktu yang masih teguh bertahan dalam cengkaman hayat ini . Tidak dapat disangkal lagi , dialah puncanya . Gara-gara dia , saya jadi begini .

Dia adalah keputusan . Keputusan yang telah saya ambil setelah menemui pelbagai pilihan dalam menentukan jalan hidup saya . Sudah banyak keputusan yang pernah saya tentukan selama hidup ini , namun , keputusan yang kali ini benar-benar menggugah ketenteraman jiwa . Keputusan ini bahkan telah memisahkan tautan cinta antara dua pihak . Inilah yang lebih menyedihkan bagi saya .

Keputusan tersebut sebenarnya bukanlah benar-benar lahir dari hati saya . Sebaliknya saya hanya menurut kata papa dan mama , yang tentunya mengharapkan yang terbaik buat anak mereka .Tautan cinta saya dengan saudara STAM terlerai begitu sahaja kerana tidak mendapat restu orang tua . Benar , saya sedih , kerana masa depan cinta yang kami angan-angankan telah hancur dalam sekelip mata .

Saya tidak akan menyalahkan sesiapa dalam hal ini . Kerana bagi saya , keredhaan ibubapa itu adalah segala-galanya . Ini juga mungkin sebahagian daripada rancangan Allah kerana Dia sememangnya lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya . Oleh itu , saya harus terima perpisahan ini seikhlasnya . Saudara STAM dan saya memang tiada jodoh .

Saya sekarang sudah redha . Tetapi timbul pula hal lain yang merunsingkan kembali hati yang dulunya damai walaupun hanya seketika . Mama mencadangkan supaya saya berkenal-kenalan dengan Encik Sambilan buat sementara bagi merawat luka di hati ini . Saya tak kisah dengan cadangan itu , Cuma yang merunsingkan saya adalah lokasi temujanji bersama encik tersebut ; Watson ? Butik CT ? Pizza Hut ? Entahlah. Lagipun , mampukah saya ? Iyalah , saya tidak biasa keluar rumah sendirian (kerana saya pemalu orangnya J) dan ke mana-mana tanpa teman , apatahlagi harus ber’temujanji’ sebegitu . Memang jauh sekali !

Setelah agak lama saya mengambil masa untuk berfikir , akhirnya saya setuju dengan cadangan tersebut . Suka atau tidak , saya tetap harus mencuba . Ini adalah untuk kebaikan saya juga . Hati ini pula bicara , bagaimana dengan sekolah atau tadika ? Tertanya-tanya lagi . Walau bagaimanapun , petunjuk dari Allah lah yang benar-benar saya harapkan untuk membuat keputusan kali ini .

Papa pula sering sahaja menyebut-nyebut calon pilihan hatinya yang sememangnya saya kenal itu . Siapa lagi kalau bukan Saudara UiTM ? Nampaknya semakin ligatlah fikiran ini nanti . Papa bahkan sudah siap meminta pertolongan rakannya untuk satukan kami . Cukuplah . Saya tidak mahu memikirkan terlalu banyak perkara . Tentang jodoh ini , saya serahkan sahaja pada Tuhan . Jika ada jodoh antara saya dengan saudara UiTM , maka saya tetap bersyukur . Sekurang-kurangnya masa depan kami akan terjamin . Insya Allah .

Sekiranya tiada , saya akan redha . Masih ramai , mungkin , calon yang sudi menerima saya seadanya setelah keputusan SPM keluar nanti . Sekarang ini tugas saya hanya menunggu dan berharap . Ya , menunggu yang terbaik dan berharap pada hikmah disebalik semua itu .

serahkan sahaja padaNya.. :)



2 comments:

Black said...

semoga ada jodoh dengan encik uitm k .
hehehe

Putri said...

huhu . mintak2 la.. bole thn jgk encik tu tau..

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]