Melihatkan variasi tudung di situ serta harganya yang sangatlah best, saya pun mulalah membanding-bandingkan tudung di situ dengan yang terjual di luar. Sudahlah mahal, tak sedap/elok pakai pula, segan kat orang.
Kak Aisyah (tuan rumah a.k.a tukang jual) dengan selamba berkata, "Tak apalah..kita bertudung bukan untuk nampak cantik pada orang..". Saya mengiyakan, tapi masih menegaskan tentang ketidakpuasan hati terhadap tudung yang baru saya beli dua bulan lalu tu.
Masa nak balik dari blok 8, saya pandang langit dan rasa macam ada yang tak kena. Dan saya pun rasa marah tiba-tiba. Marah pada diri sendiri.
***
Kadang-kadang (selalu jugaklah), saya rasa tak percaya di mana saya. Rasa lemah dan tak terdaya, tapi saya tahu Allah sentiasa Ada.
Bila ada orang cakap budak sekolah agama begitu begini, yang baik-baiklah, saya rasa macam saya nak pergi balik ke SAMUS dan STISS dan beritahu pada adik-adik junior betapa beruntungnya berada dalam madrasah diniyyah.
Kadangkala (sebenarnya kebanyakkan masa), saya rasa macam tak boleh salahkan orang yang buat salah. Refleksi diri yang 'konon'nya baik ni, "Eika, apa ada kau kata? Mana amar makruf nahi mungkar?"
Baik ke macam tu? Bukan ke Rasulullah SAW kata yang tak sempurna iman kalau kita tak kasihi saudara seIslam macam diri sendiri?
Ahh, saya lah tu.
Dan saya rasa macam nak jerit, nak bagitau adik-adik supaya optimumkan input ilmu duniawi, ilmu ukhrawi, skill dakwah dan penghayatan pada agama tu sendiri sementelah masih di madrasah diniyyah.
Saya menyesal kerana ada lompong yang belum terisi. Heh, 'persediaan' bukannya persediaan ilmu je ye? Mental dan spritual pun kena bersedia sekali.
Dan saya pun terfikir. Ada je kawan-kawan yang jauh lebih baik walaupun hanya dari SMK biasa. Ish, saya bertambah geram dan marah pada diri sendiri.
Mula-mula ada rasa nak salahkan politik. Nak kata yang politik kita tak Islamik. Kemudian ada pula rasa nak salahkan penulis, mungkin sebab kita ada banyak penulis yang menulis benda yang kosong, lagha, (terasa juga ni~). Rasa nak salahkan institusi masyarakat la konon, apa-apa lagi entah dan akhirnya berjaya juga senaraikan beribu alasan dan penyebab dalam fikiran saya.
Tapi, saya tertinggal satu.
DIRI SENDIRI. Saya terlupa nak salahkan diri sendiri yang culas dan leka dalam dakwah dan mujahadah ilmu. Mungkin sekali saya tak mampu nak shahid di medan perang macam saudara-saudara di Palestin, tapi tetap kena berusaha untuk shahid di medan ilmu. Kenapa nak salahkan politik? Bukankah saya sendiri sebahagian dari politik? Penulis? Bukankah saya juga penulis terhadap kisah hidup saya sendiri?
Ha, sebab tu lah agaknya tiba-tiba saya marah pada diri sendiri.
Saya ingat bila saya beritahu Cikgu Ahmad masalah dalaman dan konflik yang saya hadapi dengan orang-orang terdekat tentang masalah beginilah. Dan kata-kata Cikgu yang paling terkesan,
“Jangan berharap, sebaliknya realitikannya kerana ia adalah persepsi kita. Untuk bertapak adaptasi harus bijak. Matlamat harus jelas. Peribadi kena tegas. Hati kena kuat. Semuanya dari kita, atas izin yang MAHA ESA.”
Saya langsung menekur ke lantai. Tak tau nak jawab apa. Cikgu memang penasihat yang baik.
Dan saya mula membina keyakinan dan kepercayaan.
Saya sendiri tak tahu sejauh mana saya akan pergi. Jadi doakanlah bagi perjalanan hidup ini lancar dan saya kuat hadapi ibtila'. Kalau saya lupa, tolong ingatkan saya (sebab tu blog ini ada ruangan komen :D).
Saya sudah mewah dengan kasih-sayang. Biarlah kalau kalian nak tegur apa cara sekalipun. Silakan. Saya nak menghargai hidup saya, orang di sekeliling saya.
Manalah tahu tiba-tiba saya ada penyakit kronik ke, atau Allah nak ambil balik apa yang Allah dah pinjamkan untuk saya, (na'uzubillah min zalik). Manalah tau kan ? Saya tak nak rasa menyesal sebab tak guna sehabis baik anugerah Allah. Nikmat Allah untuk Allah.
"Bakat dikurnia jangan disalah guna. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma."
Tiba-tiba teringat petikan lagu Alhamdulillah - Too Phat ni.
***
Tiga hari lepas duit elaun masuk. Alhamdulillah. Akhirnya. Duit elaun ialah duit rakyat. Kadang-kadang, rasa nak menangis saja dengan fakta itu. Apakah saya gunakan duit rakyat dengan sewajarnya?
Saya pun berkira-kira. Giat merancang perbelanjaan. Biar tak berlebih. Biar tak membazir.
Dan tiba-tiba saya dikejutkan dengan sekeping kad raya daripada Syaza Izzati, yang dah lama sampai tapi Mama baru teringat nak beritahu.
Terfikir lagi, Allahuakbar, tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan akan berlalu pergi. Sejauh mana puasa saya?
Apakah sekadar lapar dan dahaga?
p/s: Ini introspeksi Eika Fereizya SM
5 comments:
Untung gak la amek bahasa inggeris. dpt blaja nk dakwah dalam bahasa inggeris nnt. ramai sket non-muslim boleh paham. Dakwah is dakwah, blaja still sblaja. hidup perlu diteroskan, sempoi~
ilmu Allah..apa yang ada kat bumi ni pun tak sampai 1% pun daripada ilmuNya..mana yang mampu, kita ceduk lah sikit2..
Penulisan ni, bila disampaikan dari hati, akan sampai ke hati juga..tak kisahlah apa bahasa sekalipun. kan ?
Terima kasih sudi baca. Semoga apa yang bermanfaat pada saya ni akan memberi manfaat kepada yang membaca juga~ :)
teruskan usaha anda wahai raka seprjuangan...
baguslah,at least ad jugak usaha dakwah yg d'buat..ad jgak ilmu yg d'smpaikn.nk dibandingkn dgn kami(x semua kot:p) ex-madrasah ad-diniah yg lain ni,bila msuk je institusi yg lain suasananya abes t'pinga-pinga.bg yg x 'kuat' abes kne 'culture shock'.kalau x t'ikut pun x ade upaya utk wt apa2.ilmu ade,tp mslhnye caranya x tahu..apa yg mampu,mengelak~ttup mata.haish!!
Always be positif n tenang,, ade perkara yang kita xmampu buat, tp ape2 pun tetapkan target n matlamat, try the best to get it dgn diiringi kebergantungan yang tinggi kpd Allah..
igt hadis qudsi dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda, maksudnya : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu". (HR Bukhari)...
means, dlm ape2 hal klu kita postif positif la yg Allah bg, klu kita negatif, negatiflah yg Allah bg... yakin dgn segla janji Allah, i.allah kita kita akan sntiasa kuat... :)
Post a Comment