.:Followers:.

Saturday, August 13, 2011

Teringat..



Semalam, sebelum berbuka, saya sempat melawat teratak maya milik seorang kenalan. Teringat detik awal pertemuan kami.



*SAGUHATI PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SEKOLAH MENENGAH 2008*


Waktu tu saya sambut kemenangan dengan penuh syukur. Tiada apa pun untuk dibanggakan,tapi sungguh, ianya membawa saya ke suatu dimensi baru!


Ketika majlis penyampaian hadiah, saya bertemu dengan cik Adilla dari Penang, yang muda dan berbakat besar, juga beberapa saudara lain. Itu telah menjadi pengalaman baru yang kemas dalam lipatan ingatan ;)


Saya duduk di meja itu. Adilla senyum, lantas sedikit menunduk. "PMR berapa A?".

Spontan soalan itu mercup dari saya, bukan nama atau dari mana.


Adilla yang berkerut kening, membuka mulut, "Oh,alhamdulillah..9". Barangkali janggal dengan soalan saya itu.


Usai makan, saya beralih tempat duduk ke sebelah Adilla.


Banyak yang kami ceritakan (nama pun perempuan kan ?), tentang sekolah agama, sekolah berasrama penuh.



I


Dan, saya agak kaget bila dia khabarkan yang dia telah menolak tawaran ke SBP..


"Kenapa?"


"Setiap orang ada alasan masing-masing"


"Sayangnya...mudah berjaya di SBP"


"Di mana- mana pun sama. Setiap inci tanah di bumi Tuhan ini dijadikan tempat untuk beribadat. Menuntut ilmu..tak semestinya di SBP."


"Kalau saya, saya takkan tolak.."


"Awak tak berada di tempat saya.."


"Awak sekolah mana?"


"SMKA AL-Irshad, Kepala Batas...tak pernah dengar?"


Saya senyum mengiyakan.



II


"Adilla, sekolah awak macam mana?"


"Maksudnya?"


"Err.. ukhuwah antara lelaki dan wanita.."


"Kenapa tanya? Awak jawab soalan awak dulu.."


"Sekolah saya dulu kami lelaki perempuan rapat-rapat, dah macam adik beradik..tapi tetap tak lebih batas.."


"Oh, sekolah saya ada yang begitu, ada yang menjaga 'hijabnya'..terpulang nak jadi yang mana.."


"Awak tau, bila saya masuk STIS ni, saya janggal jugak awalnya bila ada sempadan jelas antara lelaki dan perempuan.."


"Biasalah, hijrah memang sukar awal-awal, di hujung kita rasalah manisnya..."



Tiba-tiba saya teringat 'saya yang dahulu'. Hampir tiga tahun menjadi pelajar sekolah agama yang sentiasa bersemangat mempertahan hak pergaulan para perempuan yang perlu 'kamcing' dengan lelaki selagi tidak melanggar batas, tiba-tiba tercampak di sebuah sekolah agama yang budayanya menyimpang dari 'kelaziman' saya dulu..itu hijrah bukan?


Namun di STIS dan SAM Unwanus Saadah lah saya belajar bahawa Islam dan ukhwah bukan pada nama, bahkan harus diterjemah dalam laku seorang manusia. Biarlah namanya tak segah mana, tapi di tanahnya sudah tertanam benih-benih cinta saya.



III



"Macam mana badan dakwah di sekolah awak?", Adilla pula mengambil tempat untuk bertanya.


"Macam biasa..", selamba saya menjawab.


"Oh, baguslah.."


"Awak? Badar sekolah awak macam mana?"


"Macam biasa...tapi kami nak jadikannya Luar Biasa!"


"Halaqoh, Usrah, Taalim?"


"Semua sekali!"


Jeda seketika..


"Dalam halaqah, selalu bincang pasal 'CINTA'?"


"Oh,tentu sekali!"


Saya dan dia tersenyum penuh makna..



Saya teringatkan sahabat-sahabat dalam taalim, saya rindu dengan halaqah puteri saban hari ketika malam menjengah. Kadang-kadang saya terfikir. Isu cinta muda-mudi seringkali dibawa ke dalam usrah kita. Di mana sebenarnya mentaliti adik-adik dan rakan-rakan kita; tak sabar-sabar berfikir soal ranjang? Atau minda kita tersembam 'on the bed of roses'?


Entahlah. Saya dah penat dengan semua itu. Seolah itu sajalah apa yang dituntut dalam hidup ni. Saya menjadi kurang gemar dalam proses tarbiyah yang menemukan antara laki-laki dengan perempuan. Namun itulah cabaran masa kini dalam menegak dan mempertahan kesucian minda dan fikiran !


*****



Akhirnya, majlis tamat. Hadiah diberi. Tapi hadiah yang paling bermakna untuk saya adalah pelancaran antologi cerpen KUNCI GERBANG MASA. Rasanya sudah terjual di pasaran.




P/s : Manusia berubah. Proses itu pelbagai caranya.





2 comments:

SyedGraphix Dot Com said...

haip. suke belog nih :) .

Putri said...

terima kasih. suka jugak SyedGraphiX. good job. ;)

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]