| "..bukan yang biasa-biasa.." |
Thursday, May 2, 2013
In case.. Kau, aku, kita terlupa..
Friday, December 28, 2012
Dara dan Zzz..
Ohh, saya ok sebenarnya, jangan risau. HA-HA
DARA dan ZINA
| Bertahanlah. Jaga diri. |
Saturday, June 23, 2012
Perihal Lalat
![]() |
| Siapa sangka... |
Friday, December 16, 2011
Pembelajaran.
Kalau tak ada benda yang bermanfaat dan membawa kebaikan,
lebih baik jangan tulis apa-apa.
Apa kita tulis, semuanya Allah nilai.
Buruk kita tulis, buruk kita dapat.
Baik kita tulis, baik kita dapat.
1) Slot Bersama Ustaz : Tujuan Hidup Seorang Muslim - ‘Begin with the end in mind’
Mengingatkan saya kepada hadis Rasulullah bahawa Islam dagang (asing) pada awalnya dan hujungnya, perkongsian berbentuk forum ini sekali lagi meneguhkan pemikiran saya terhadap kekalutan umat masa kini.
Saya membenarkan diri untuk menyertai sukan baru, frisbee tahun ini. Hampir dua tahun saya ‘terpaksa’ meninggalkan permainan kegemaran saya, bola jaring.
Saya pun tak tahu dari mana datang kekuatan untuk melangkah ke Dewan Kuliah B ketika Perjumpaan Pemain Amatur Frisbee diadakan. Entahlah. Tuntutan atau satu penanda aras kematangan, ek?
Terima kasih untuk penggerak Frisbee, senior yang entah apa namanya (bukannya tak ambil tahu, cuma terlupa :P) yang sudi berkongsi ilmu dan mengajarkan skill-skill praktikal dengan jayanya dan paling penting, dengan penuh sabar. TAHNIAHlah, bro!
Cuma tak suka sangat sebab terpaksa jadi 'gol' yang menjadi sasaran bola-bola sesat ketika game berlangsung kerana berkongsi padang dengan pasukan ragbi dan futsal. Aduh! Tapi saya telah sedar sesuatu. Teguran Allah itu kan pelbagai caranya..
Dan tahniah untuk pasukan Inspiration selaku wakil kelas TESL 1.6 untuk permainan bola jaring sempena Minggu Kokurikulum Peringkat IPG KBA kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam permainan, biarpun tidak berjaya mara ke pusingan akhir.
Tuesday, February 15, 2011
Sedetik Bersama-Dia S.A.W

Ya Rasulullah ..
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang paling ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman . Semulia-mulia insan di dunia ini . Untuk mengingatkan kita semua , saya akan membawa momen detik-detik akhir kewafatan Baginda SAW . Marilah bersama-sama menghayati dan membayangkan betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya iaitu KITA SEMUA ~!
*****
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam . “Bolehkah saya masuk ?” tanyanya . “Maaflah , ayahku sedang demam,” kata Fatimah seraya membalikkan badannya dan menutup pintu . Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepadanya , “Siapakah itu wahai anakku ?” “Tak tahulah ayahku , orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut . Lalu , Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan . Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang . “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat sementara , dialah yang memisahkan pertemuan di dunia . Dialah Malaikatul Maut ,” kata Rasulullah . Fatimah pun menahan ledakan tangisnya .
Malaikat Maut datang menghampiri baginda , tapi Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya . Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia itu . ”Jibril , jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?” tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah . ”Pintu-pintu langit telah terbuka , para malaikat telah menanti rohmu . Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu ,” kata Jibril . Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega , matanya masih penuh kecemasan .
”Engkau tidak senang mendengar khabarku ini ?” tanya Jibril . ”Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?” ”Jangan khuatir , wahai Rasulullah . Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku , ’Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja , kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya’ ” kata Jibril . Detik-detik semakin dekat , saatnya Izrail melakukan tugas . Perlahan roh Rasulullah ditarik . Nampak seluruh tubuh baginda bersimbah peluh , urat-urat lehernya menegang . ”Jibril , betapa sakitnya sakaratul maut ini ,” perlahan Rasulullah mengaduh .
Fatimah terpejam , Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka . ”Jijikkah kau melihatku , hingga kau palingkan wajahmu , Jibril ?” tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu . ”Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut ajal ,” kata Jibril . Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh , kerana sakit yang tidak tertahan lagi . ”Ya Allah , dahsyat nian maut ini , timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku , jangan pada umatku .”
Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi . Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu . ”Uusiikum Bissolaati Wamaa Malakat Aimaanukum – Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu .” Di luar pintu , tangis mulai terdengar bersahutan . Para sahabat saling berpelukan . Fatimah menekap tangannya ke muka . Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan . ”Ummati , Ummati , Ummati – umatku , umatku , umatku..”
Dan ,
Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu . Kini , mampukah kita mencintai baginda SAW sebagaimana Baginda mencintai kita ?

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa’alaihi Wasahbihi Wasallim .
:: membawa pendengar kembali mengingati Baginda SAW dan menghidupkan kembali jalan perjuangan hidup baginda dalam kehidupan kita ::
*****
Demikianlah , sahabat-sahabatku . Betapa cintanya Rasulullah kepada kita . [ Pernah juga saya ceritakan tentang kasih sayang baginda dalam My-Beloved’s-Beloved-Is-My-Beloved-Too .]
Maaf jika saya katakan , pada waktu sekarang .. barangkali bukan sunnah Baginda sahaja yang tidak dihidupkan dalam kehidupan kita , selawat dan salam ke atas Baginda SAW juga agaknya jarang-jarang sekali dituturkan . Astaghfirullah . Teguran dan peringatan untuk saya juga . Benar atau tidak kenyataan saya , jawapannya ada pada diri kita sendiri . Usah memandang silap orang lain andai silap itu terpalit juga pada diri kita . J
Sebelum saya akhiri kalam ini , saya akan tinggalkan pembaca dengan satu persoalan .
à Tidakkah kita malu apabila berjumpa dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak dengan penuh kemaksiatan dan kemungkaran , wahai remaja Islam sekalian .. ?
p/s : Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak lagi yang akan menyayangimu di dunia . Tetapi , gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang ’kan mengasihimu di akhirat kelak . Sangat bermakna . Wallahu’alam .
Monday, February 14, 2011
Tak Usahlah .

Tak Usahlah .
Tak usahlah sebut pasal cinta ,
Jika anda sebenarnya tak ambil kisah .
Tak usahlah bercakap tentang perasaan ,
Jika ia sebenarnya tidak berada di hati .
Tak usahlah menunjuk di dada ,
Jika berhasrat melukakan jiwanya .
Tak usahlah memandang anak matanya ,
Jika mahu berbohong padanya .
Tak usahlah katakan dia satu-satunya ,
Jika masih ada yang lain di sisi .
Jika lahir dari jiwa yang dusta .
Tak usahlah memuji sesuatu yang jauh ,
Selagi kita tidak mendekati dan mengenalinya .
Tak usahlah ucapkan ’hai’ padanya ,
Jika kelak mahu mengucapkan ’selamat tinggal’ .
Tak usahlah hanya sebut NO to Valentine ,
Jika masih berpeleseran bersama pasangan .
Sebaliknya , fikirkanlah . Renunglah .
Apakah sebenarnya yang tersirat di hati ;
Sebagaimana diri dan jiwa mahukan untuk kebahagiaan abadi .
.:: Cinta ; kesayangan saya buat masa ini hanyalah anak-anak saya yang bernama beYOUTHefullSouL [teratak maya saya] dan BS [anak sulung saya] ini sahaja . J ::.
Sekian dari saya .
p/s :

Saturday, January 8, 2011
Perindu Cinta Abadi ..
Ketepikan kisah dunia sebentar .
Lembaran ini akan saya mulakan dengan satu contoh terindah daripada kisah seorang wanita perindu Cinta Abadi , iaitu Hadzrat Rabi’ah . Tiada apa yang saya harapkan daripada sahabat-sahabat dan para pembaca sekalian , melainkan kita sama-sama mendapat manfaat daripada pengisian ukhrawi yang sudah lama tidak menjadi alunan muzik tarian jari-jemari ini .
Rabi’ah atau lazimnya dikenali dengan nama Rabi’atul Adawiyah dikatakan tidak pernah menerima mana-mana rijal untuk mengisi ruang di dalam hatinya , kerana cintanya yang sangat mendalam terhadap Rabbnya . [Namun ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Hadzrat Rabi’ah pernah bernikah sekali . Wallahua’lam . Saya tidak pasti .]
Seorang pemuda pernah bertanya kepada beliau , “Wahai Rabi’ah , apakah sebabnya kau menghindari perkahwinan?”
“Saya akan berkahwin juga , sekiranya mereka yang mahu mengahwiniku itu mampu mencari jalan bagi mengeluarkan , menyelamat , dan mengubati saya daripada 3 kerisauan dan dukacita yang saya hadapi ,”
- 1. Saat malaikat maut mencabut nyawa yang tunggal ini , apakah dirinya dapat menjamin saya menghadap Allah dengan keimanan yang sempurna ?
- 2. Sejurus berada di padang mahsyar , dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjang kehidupan dengan tangan kanan ?
- 3. Selepas hisab di padang mahsyar , golongan soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala golongan kufur akan dihumban ke dalam neraka . Apakah dia dapat menjamin yang saya berada di syurga ?
Kata Rabi’ah lagi , “Hidup saya sentiasa dihiasi rasa takut kepada hal-hal akhirat . Apakah perlunya lagi suami , kerana bersuami itu pasti mengehadkan masa saya dengan Allah . Itulah kerugian yang tak mampu saya laburkan .”
Diceritakan ; seseorang berjumpa dan bertanya asal Rabi’ah .
“Saya berasal dari jauh , sebuah negeri yang kekal abadi . Negeri yang dipanggil sebagai akhirat,”
Kemudian beliau ditanya tentang hala tujunya pula .
“Ke alam akhirat itulah hala tujuku ,”
Rabiah ditanya lagi tujuannya berada di dunia .
“Saya kira saya hanya bermain-main sahaja .” Beliau menambah , “Walaupun saya makan roti untuk dunia , namun segala amalan saya adalah untuk akhirat ,”
*Ini menunjukkan mungkin darjat keimanannya sudah jauh tinggi sehingga mencapai darjat keimanan para sahabat Rasulullah SAW . Masya Allah ~ *
Lagi sifat Hadzrat Rabiah yang amat saya kagumi dan patut kita contohi adalah ;
- ü Apabila beliau terdengar seruan azan , beliau segera mengandaikan kepanasan Basrah (negeri kelahirannya) sebagai panasnya padang mahsyar .
- ü Setiap kali beliau terdengar laungan azan , beliau seakan-akan terdengar suara panggilan dari Mahsyar .
- ü Apabila musim panas menjelang , seluruh pancainderanya merasai kepanasan hari akhirat , seakan-akan berada dalam kalangan manusia yang dibangkitkan .
- ü Begitulah juga saat musim sejuk menjengah , keputihan salji membuatkan beliau membayangkan penerimaan buku amalannya .
Ketinggian ilmu , keperibadian dan sifat wara’ yang dimiliki Hadzrat Rabiah melayakkan dirinya diiktiraf sebagai ulama’ waktu itu .
![]()
gambar hiasan
Saya petik soal keikhlasan yang menjadi perbahasan antara Hadzrat Rabiah dan beberapa orang ulama’ iaitu , Sufian al-Tsauri , Malik bin Dinar , Hasan al-Basri dan saudara kandung Al-Bakhi .
Hasan al-Basri : Manusia yang tidak mampu untuk bersabar belum lagi terbukti benarnya dalam pengakuan sebagai seorang muslim .
Rabiah : Itu adalah kerana ia sebuah tipu daya .
Saudara Al-Bakhi : Manusia yang tidak bersyukur atas cubaan Allah juga belum benar pengakuannya sebagai seorang muslim .
Rabiah : Tentunya ada yang lebih baik daripada itu .
Malik bin Dinar : Manusia yang masih belum benar berasa selesa dengan ujian Allah , ternyata belum benar pengakuannya sebagai seorang muslim .
Rabiah : Ada yang lebih baik daripada itu .
Ketiga-tiga ulama’ itu kelu lantas meminta penjelasan Rabiah mengenai soal keikhlasan pada pandangannya .
Rabiah : Manusia yang masih ada ingatan berkenaan ujian Allah pada diri mereka bukanlah seorang muslim terbaik . Yang paling baik adalah apabila mereka ditimpa musibah , maka mereka akan lupa segala-galanya . Bagaikan wanita-wanita Mesir yang terhiris jari-jemari pada saat terpandang Nabi Yusuf AS .
Alhamdulillah . Walaupun saya hanya mencubit secebis sahaja daripada kisah hidup hadzrat Rabiah , namun saya yakin kita akan dapat meneguk banyak ibrah daripadanya sekiranya pengisian ini diteliti dan dihayati sedalam-dalamnya . Demi kemaslahatan bersama , marilah kita berusaha ke arahnya .
p/s : Saya doakan agar Tuhan menghanyutkan diri kita semua ke tengah gelora samudera keikhlasan untuk mencintaiNya serta dilenyapkan segala hal yang menyebabkan diri sibuk melainkan pada mengingatiNya setiap detik . Amin Ya Rabb .
Sunday, December 19, 2010
Pria 'Cacat' Idaman Wanita
Asal lepas SPM sahaja , masing-masing sudah memikirkan hal tentang perkahwinan [ Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sebagai pelajar lepasan . Namun saya tahu , mereka bukannya benar-benar serius mengatakannya . ;) ]. Jadi secara kebetulan , ini memberikan saya ilham untuk pengisian entry terbaru saya .
Selepas ini pasti rakan-rakan lepasan SPM akan membawa haluan masing-masing sama ada ke IPT atau ke mana sahaja yang dicita-citakan selama ini . Saya yakin , masa itulah diri akan mencari teman untuk mengisi kekosongan di hati . Tiada salahnya ingin bercinta tetapi biarlah kena pada caranya .
Jadi sebelum memilih , kita perlu membuat beberapa penilaian terhadap calon yang dimaksudkan . Saya menulis entry kali ini dari sisi pandangan seorang wanita . Sekiranya pembaca adalah lelaki , saya mohon maaf . Tetapi mungkin pembaca masih boleh mengambil dan menilai setiap mesej yang saya sampaikan di sini dari skop pandangan anda sendiri .
Tajuk post ini sudah cukup jelas menggambarkan tentang apa yang bakal saya coretkan . Namun ketahuilah , cacat yang saya maksudkan bukanlah tentang kecacatan fizikal . Sebaliknya , cacat kerana sifat dan kepatuhan seseorang jejaka kepada agamanya .

gambar hiasan : jangan hanya memandang pada keelokan rupa paras , sebaliknya pegangan iman lah yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat .
Pria yang harus menjadi pilihan para wanita adalah pria yang bakhil sifatnya . Pria ini sentiasa kedekut dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya . Dia juga sangat sukar dan berkira-kira untuk meluangkan masa membuat janji temu dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahi , apatah lagi menghabiskan wang ringgit kerana wanita yang tidak sepatutnya . Walau bagaimanapun , pria sebegini sebaliknya pemurah ketika meluangkan masanya dengan Allah . Di samping itu , tegas dalam kemurahan mempertahankan akidah , menghulurkan khidmat nasihat serta teguran sebagai pemimpin kepada diri sendiri dan orang lain .
Seterusnya , pria yang menjadi idaman wanita haruslah seorang pria yang papa kedana . Papa kedana dalam ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan miskin dalam melakukan perkara-perkara berbaur maksiat lah yang menjadikannya jejaka idaman setiap wanita yang mendambakan cinta sejati . Dia turut papa dalam memiliki akhlak yang tidak baik . Namun , pria ini sememangnya kaya dengan akhlak yang mulia , kaya dengan kesabaran saat menghadapi ujian dan kesukaran hidup , serta kaya dalam membina impian untuk syahid di jalan Allah .
Antara syarat lain menjadi pria idaman adalah bisu . Maksud saya , bisu daripada sebarang pujuk rayu yang manis dan bisa menggugah iman , daripada mengungkapkan ungkapan yang meracun fikiran serta daripada sebarang perkataan yang boleh mengundang kekufuran . Bukan apa ,kekadang yang bermulut manis itu ramai , tetapi di dalam hatinya ? Allah sahaja yang tahu - niat yang tersembunyi ? [ ilham daripada kata-kata seorang sahabat ;) ] Sebaliknya , jejaka sebegini sentiasa membasahkan lidahnya dengan mengingati Allah . Malah , bibirnya tidak pernah lekang membaca Al quran dan mempunyai peribadi tegas dan sentiasa lantang menyatakan kebenaran .
Perkara terakhir yang akan saya kongsikan dalam misi pencarian jejaka idaman yang 'cacat' adalah , dia seharusnya seorang yang buta ! Buta pada pandangan saya ialah buta daripada melihat perkara-perkara maksiat , lagha dan tidak berguna serta tiada sebarang manfaat padanya . Penyakit buta ini turut menghalangnya memandang aurat wanita yang tidak halal baginya . Dalam pada masa yang sama , jejaka ini sering mengalihkan pandangannya untuk menikmati kebesaran Allah yang mempesonakan matanya , lebih daripada pesona wardah dunia yang haram baginya .
Mungkin kita kan tertanya , masih adakah lagi jejaka seperti ini pada zaman sekarang ? Sebenarnya , bukan ini yang sepatutnya menjadi persoalannya . Sebaliknya , kita patut bertanya pada diri sendiri , ''Mampukah aku memiliki modal insan yang berkualiti seperti ini sehingga mampu mencapai darjat muslimah yang mukminah ?''

gambar hiasan
Namun bagaimanakah mungkin diri bisa menemui teman sesempurna ini andai hati dan akal sering dipengaruhi nafsu yang tidak pernah lelah dan lemah menapis godaan-godaan syaitan yang merajai hati ? Perbanyakkanlah amalan sebagai bekalan iman dan ukhrawi . Itu akan menjadi tiket untuk kita meneruskan perjalanan .
Tentang jodoh , serahkan sahaja pada Tuhan . Doa . Apa sahaja yang dikurniakan kepada kita , itulah ketentuanNya , yang pasti terbaik buat hambaNya .

