Facebook ni, sama
sahaja dengan bercakap.
Kalau tak ada benda yang bermanfaat dan membawa kebaikan,
lebih baik jangan tulis apa-apa.
Apa kita tulis, semuanya Allah nilai.
Buruk kita tulis, buruk kita dapat.
Baik kita tulis, baik kita dapat.
Kalau tak ada benda yang bermanfaat dan membawa kebaikan,
lebih baik jangan tulis apa-apa.
Apa kita tulis, semuanya Allah nilai.
Buruk kita tulis, buruk kita dapat.
Baik kita tulis, baik kita dapat.
-Hilal Asyraf
Dan
blog pun samalah halnya. Dalam kelapangan ini, rasanya ada beberapa cerita
menarik yang ingin dikongsikan. Uh, cerita lama.. Saya ceritakan serba ringkas, mana-manalah yang saya ingat..
1) Slot Bersama Ustaz : Tujuan Hidup Seorang Muslim - ‘Begin with the end in mind’
1) Slot Bersama Ustaz : Tujuan Hidup Seorang Muslim - ‘Begin with the end in mind’
Menampilkan ustaz yang turut
tersenarai dalam barisan ustaz kegemaran saya iaitu Ustaz Haji Zaharuddin Hj.
Abd. Rahman, slot ini mengingatkan para pelajar seperti saya supaya menjadikan
alam barzakh sebagai target kejayaan, yang lantaran akan sekaligus menarik
kecemerlangan dunia. Sebab itulah taglinenya
pun ‘begin with the end in mind’.
Memperkatakan tentang betapa perlu
dan wajibnya generasi kini, terutama remaja, menjadi remaja yang meletakkan
sikap, mengenali potensi diri dan menjadi remaja yang sedar. Bukan yang hanya
menjadi tempelan bersama cakap-cakap jalur cinta semata-mata.
Kita manusia ini, di mana-mana pun tugasnya tetap satu. Khalifah
Allah. Khalifah Allah ni, di mana-mana jua pun tugasnya tetap sama; tegakkan
agama, dan tadbirlah dunia dengan agama.
Pesan nabi, “Al-Hikmah (dalam erti kata: kemajuan,
ketamadunan, keterhadapan) adalah barang berharga yang hilang dari tangan orang-orang.
Maka apabila bertemu dengannya, maka ambillah ia.”
Agama ini tidak boleh terus di takah lama, paling tidak
pun naiklah sedikit, meski setapak, meski sejengkal. Dan, kemajuan internet
adalah barangkali satu hikmah yang harus dikejar oleh muslim moden hari ini. Gunakan
kemajuan demi mengembangkan agama.
Kalau tidak, kita ni sekadar menjadi Muslim yang
biasa-biasa, bukan Muslim yang extraordinary,
bukan Muslim yang boleh diletakkan harapan pada pasak bahunya untuk memimpin
jagat yang kecamuk.
Antara
lain, beliau menyebut bahawa kita perlu mengimarahkan kecenderungan juga
potensi yang ada dalam diri kita. Misalnya, jika meminati bidang Sains,
genggamlah cita dan melangkah penuh
istiqamah bersamanya.
Begitu
juga dengan bidang lain seperti Sastera, Falsafah, Matematik, Lukisan dan
sebagainya. Cuma agak malanglah andai kita belajar, bekerja, buat assingment, bergerak-gerakan dan
berpersatuan tetapi tidak diniatkan kerana Allah kan?
Ada
satu analogi mudah yang dibawakan telah menarik perhatian saya- asalnya
daripada kisah seorang ulama’ suatu masa dahulu.
Bayangkan
ada dua orang yang mengisi sebuah bejana besar dengan air panas, seorang dengan
air yang banyak, manakala yang satu lagi pula sedikit isiannya. Kemudian mereka
masuk ke dalam bejana masing-masing sambil air tersebut dikeluarkan semula
sehingga habis. Akhirnya kita akan dapati orang yang sedikit airnya itu lebih
cepat dan mudah selesai serta kurang menderita daripada yang banyak airnya
tadi.
Pengajaran
: beratkan matlamat duniawi, sampai bekalan ke akhirat
itu melambatkan lagi menjerihkan perjalanan ke destinasi akhir kita selaku
hambaNya? Janganlah.
Saya bukan sahaja yakin bahkan sangat percaya bahawa setiap manusia di
dunia ini lahir dengan matlamat yang sama namun proses mencapainya sangat,
sangatlah berbeza.
Sesiapa pun dari kita akan
membesar dan menjadi sesiapa. Iya, manusia
bukankah lahir untuk mencapai kejayaan ukhrawi namun tidak bolehlah jika
semuanya menjadi ustaz dan imam masjid semata-mata untuk mencapai matlamat
tersebut, bukan?
2)
U-Turn ke Jalan Lurus
Mengingatkan saya kepada hadis Rasulullah bahawa Islam dagang (asing) pada awalnya dan hujungnya, perkongsian berbentuk forum ini sekali lagi meneguhkan pemikiran saya terhadap kekalutan umat masa kini.

Menampilkan
para artis yang umum maklum tentang penghijrahan mereka, Catriona Ross, Syam
Kamikaze dan ustaz dari IPG KBA sendiri iaitu, Ustaz Abu Hisham, dengan
mengetengah keasingan Islam pada hari ini, termasuklah pada dasar-dasar
kehidupan yang ternyata melampau (bukanlah semua) dan mengabai hukum.
Dasar
kehidupan ini termasuklah dengan dasar makan, pakai, berfikir dan aha, mereka
banyak mengupas tentang gaya hidup kebiasaan.
Dan,
pembaratan adalah isu yang sangat bosan untuk diperdebat bagi saya, kerana ia
hanya berlegar di gelanggang perdebatan, namun tidak pun memberi kesan besar
pada negara. Namun begitu, saya tidak menyangkal akan pentingnya perdebatan isu
ini.
Teringat
tulisan Ust. Pahrol Mohd Juoi.. bahawasanya titik tolak suatu perubahan itu
harusnya dari diri sendiri, demikian barulah masyarakat mampu berubah dengan
perubahan kita itu.
Hendaknya
kita mengamalkan prinsip keadilan dalam perhubungan dengan keteguhan prinsip
dan kehendak yang jelas dari negeri persinggahan bernama kehidupan ini..
Kerana
sungguh, percayalah, andai ada ketikanya kita terlebih atau terkurang dalam
mana-mana pertalian, prinsip inilah yang akan menjadi ingatan dan membawa kita
kembali ke pangkal jalan. Bukankah begitu?
Lagi,
seperti yang dikatakan seorang sahabat, “biah solehah seringkali perlu dicipta,
bukannya semua sedia ada..”
Demikianlah
Forum akhirnya bubar dengan konklusi yang masih segar bertunas di dalam kepala
saya. Alhamdulillah.
"Dari tuhan Rabbul Jalil itu bahawasanya, paling baik di
kalangan manusiawi yang ramai-ramai itu siapa? Bukan kerana bangsanya bagus,
bukan kerana pangkatnya sentiasa di kayangan dunia, bukan kerana keturunannya
dari ‘Syed-Syarifah’ yang terhormat, tidak! Malahan, miskinkah dia, hinakah dia
pada mata masyarakat namun jika terdapat pada dirinya sesuatu yang disebut
TAQWA, maka tempatnya cukup tinggi, bahkan tertinggi sekali di sisi Tuhan. Al
hujurat 113.”
Adalah
terfikir-fikir, sejauh mana diri mampu menongkah arus kehidupan yang bersepuh
kejahilan?
3)
Riadah
Saya membenarkan diri untuk menyertai sukan baru, frisbee tahun ini. Hampir dua tahun saya ‘terpaksa’ meninggalkan permainan kegemaran saya, bola jaring.
Saya membenarkan diri untuk menyertai sukan baru, frisbee tahun ini. Hampir dua tahun saya ‘terpaksa’ meninggalkan permainan kegemaran saya, bola jaring.
Fokus
perlu lebih diberi kepada perkara-perkara yang berkaitan akademik sebenarnya. Pun
begitu, saya tetap turun sejam dua ke padang main frisbee meski dengan lambakan
kerja kursus yang lebih prioriti. Rakan sepermainan saya, Hamimi, hanya
membuatkan saya tersenyum-senyum memahami ketagihannya pada ‘pinggan terbang’
itu :)
Saya pun tak tahu dari mana datang kekuatan untuk melangkah ke Dewan Kuliah B ketika Perjumpaan Pemain Amatur Frisbee diadakan. Entahlah. Tuntutan atau satu penanda aras kematangan, ek?
Terima kasih untuk penggerak Frisbee, senior yang entah apa namanya (bukannya tak ambil tahu, cuma terlupa :P) yang sudi berkongsi ilmu dan mengajarkan skill-skill praktikal dengan jayanya dan paling penting, dengan penuh sabar. TAHNIAHlah, bro!
Cuma tak suka sangat sebab terpaksa jadi 'gol' yang menjadi sasaran bola-bola sesat ketika game berlangsung kerana berkongsi padang dengan pasukan ragbi dan futsal. Aduh! Tapi saya telah sedar sesuatu. Teguran Allah itu kan pelbagai caranya..
Dan tahniah untuk pasukan Inspiration selaku wakil kelas TESL 1.6 untuk permainan bola jaring sempena Minggu Kokurikulum Peringkat IPG KBA kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam permainan, biarpun tidak berjaya mara ke pusingan akhir.

Oho,
mengah dan lelah bergegas keluar dari kamar mesyuarat AJK Minggu BM, kemudian
naik ke tingkat 6 bilik hostel dan turun ke padang pula waktu itu sememangnya
agak berbaloi kerana saya sempat beraksi beberapa minit sebelum permainan
tamat. Hebat tak? Haha.. tak kisahlah kan. Itulah dia nikmatnya bola jaring. Bagi
sayalah.
Saya
terbayang-bayang bermain dengan pasukan Beta dan Fairuz SAMUSKD apabila main
bola jaring dengan TESL 1.6 hari tu. Rindu rindu rindu! Tolonglah faham
*~*
Gambar sekadar hiasan. sumber: weheartit.
No comments:
Post a Comment