.:Followers:.

Thursday, December 22, 2011

Buku Baru


Reading is my best friend when other people forget to be. Tidaklah. Tak ada satu pun sahabat yang pernah lupa saya, iya ke? Insya Allah :) Dan saya bukanlah ulat buku sangat pun.

Adalah beberapa teman yang fikir saya matang, bijak, kreatif, comel (ok, yang ini tipu -,-) dan apa-apa sajalah. Tapi hakikatnya pemikiran saya sekarang macam.. entahlah.. ermm (haish~ teruk teruk..).

Saya perlu cari, buka, dan baca buku baru (double meaning ;D). Kemudian, kelek buku itu merata saya pergi. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah untuk saya ambil iktibar, amal dan sampaikan~ Amin.

Sebagai langkah pertama, bila saya kata saya mahu alih sedikit kiblat pembacaan, AbangZai aka Che Din pun syorkan saya supaya banyakkan membaca karya-karya Faisal Tehrani dan SN Shahnon Ahmad, kalau mahu ubah paradigma. Ringan dan berat; untuk jadi pengubat minda rawan, katanya.

Iyalah, memang saya sedang berdiri di track itu pun, cuma belum melangkah lagi. Perlu nampak dulu ke mana tujunya menghala.

Katanya lagi, "Eika mesti baca Ranjau Sepanjang Jalan, Sampah dan Rentong; tulisan-tulisan SN Shahnon zaman 70an dan 80an yang sangat hebat dan mengesankan." Juga Keluarga Gerilya (Pak Pramoedya).

Kesemua buku tersebut, pada hemat saya, akan dapat menarik perhatian saya (sementelahan masih di bawah latihan sebagai bakal pendidik) juga pelajar-pelajar lain agar sedikit lari daripada sibuk memburukkan lagi kulit buku novel cinta picisan yang telah berkampung di perpustakaan dan di rumah masing-masing.

Bukan buku saya -,-

Sejujurnya ini juga sebahagian daripada cita-cita saya dan saya sangat berharap saya berpeluang untuk berlama-lama di Kinokuniya, Popular, MPH, atau mana-manalah gedung buku, untuk pertama kali dengan duit berkepuk, cari dan beli buku-buku penting, berisi.

Seorang sahabat blogger juga telah mempromosi budaya pembacaan yang luas, mengingatkan tentang kedudukan Melayu Islam di Malaysia serta hedonism yang ada di mana-mana.

Bagi saya (juga sesiapa) yang masih terkial-kial atau di takah kekeliruan banyak hal, andalkan saja pada ruang 'ILUVISLAM' atau HALAQOH, SAIFULISLAM.COM dan beberapa blog atau ruang diskusi Islami dan banyak lagi yang boleh diterokai untuk mencari artikel berkenaan hal ini.

Beliau turut mempromosi majalah Solusi. Khatam dari kulit ke kulit dan jangan ketinggalan untuk setiap isu. Tak lupa juga buku U-TURN ke Jalan Lurus terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, buku-buku dari Fatimah Syarhah seperti Tautan Hati, Cinta Pertamaku Selepas Allah dan Rasul juga Syabab Musafir Kasih (saya belum dapatkan ketiga-tiga ini lagi~ *dengan harapan ada yang sudi nak belanja -,-)..

Oh ya, saya baru teringat satu perkara, saya sebenarnya pelajar TESL lah. Harus ada yang berbeda. Bagaimana ya? Urm, nanti-nantilah saya fikirkan. Sebahagiannya sudah ada dalam rangka penghidupan saya yang maha lemah ni..

Ini baru permulaan. Sekarang saya mula tahu bahawa kesakitan adalah nikmat. Benarlah coretannya Tuan A Samad Said, 

"Apa yang dihasrat tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat=)


Alhamdulillah. Terima kasih, semua ^^,




No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]