Lidah kelu
ingin bertanya. Hati malu memikirkannya. Sungguh aku tak mahu layunya bunga
itu. Gugur pula sudahnya dari jambangan. Semua, yang tidak lagi seperti
dahulukala, bukankah mahuku atau mahumu jangan itu sebagai lambangnya.
Teman,
Terkadang
gusar menyapaku. Apa akhirnya kisahmu. Apa kau akan terus mendaki puncak
cintaNya atau kau lemah dalam dakapan dan tekanan ujian-ujian dunia. Apa kau
terus berpegang pada taliNya atau kau hilang dibalik timbunan kata-kata kosong
yang hanya khayalan dan perjidalan yang tiada tamat.
Namun,
Tahulah aku,
antara kau dan aku ada Pemilik Alam Semesta yang mengatur perjalanan kita. Aku
yakini Al-Wakeel akan memeliharamu. Aku serahkan kau dalam jagaanNya. Tidak,
sememangnya seumur hidup kau pun, bukan aku yang menjagamu. Seperti yang selalu
kukatakan, aku hanya yang mendoakan dari jauh.
Teman,
Kuatlah,
sabarlah, teruskan jalan menuju cintaNya. Selama kau dan aku punya matlamat
yang sama, selama itu kasih ini tiada akhirnya sekalipun kita di benua yang
berbeza, di lingkungan yang berlainan.
Buat kau, aku
dan semua,
Kita ini jadi
sahaja seperti bintang malam. Biar tampak rendah di permukaan sungai, namun
hakikat tingginya melepas awan. Jangan pula seperti asap menjulang naik, sedang
baunya busuk menyesak nafas.
Kerana kasih
ini fillah..
Love for the sake of Allah *weheartit.com |
Allah teman..
Cinta ini
bukan pada gambaran. Rindu ini bukan pada pertemuan. Tetapi, saratnya dengan
iman dan taqwa kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment