Penulis menulis sambil diri dihurung persoalan seperti 'Kenapa kau tulis semua ni?', 'Kau ingat apa kau nak cakap ni betul?' dan yang bermacam lagi.
Ohh, saya ok sebenarnya, jangan risau. HA-HA
Ohh, saya ok sebenarnya, jangan risau. HA-HA
Dalam komuniti yang mengenepikan nilai-nilai
Islami, ber‘couple’ atau lebih spesifik lagi, berpeleserannya pemuda dan pemudi merupakan perkara
yang tidak lagi pelik. Yang sendiri (single) pula yang dilihat sebagai orang jumud,
ketinggalan, ‘loser’ atau apakah lagi? Kemudian zina menjadi budaya yang diraikan (???!!).
DARA dan ZINA
Dara, pada hemat saya ialah simbol kesucian sesebuah
institusi perkahwinan. Oh bukan, maaf. Dara bukan simbol tetapi BUKTI yang
paling kukuh bahawa perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan yang haram. Perkahwinan
nyata, lebih dari itu.
Perkahwinan ialah ke’sekufu’an fikrah, demi melahirkan
pejuang agama Allah, menyambung rantaian dakwah Rasulullah SAW, melengkapkan sebahagian
tuntutan hidup, di samping meramaikan umat Islam di Akhirat dan dunia juga asas
agama. Perkahwinan lebih dari apa yang kita sangka!
Ahh. Ya, masakan
gadis 19 tahun (yang terlampau muda belia!) seperti saya memahami falsafah
perkahwinan.
Jadi, sejauh mana dara ini dilihat sebagai sesuatu yang
amat berharga? Percayalah, dalam ketandusan jati diri dan kecelaruan identiti
hari ini, nilai dara di mata kebanyakan mawar yang memilikinya dirasakan setaraf
dengan debu hama yang berterbangan ke mana-mana. Kekadang habis rela dikencingkan
anjing, kadangkala redha dihujani najis kucing! Dara sudah umpama barang
dagangan paling murah dan laris. Paling mudah dan menguntungkan juga. Ya Allah,
musibah apa lagi ini??
Saya tidak berkenan untuk berbincang mengenai
faktor utama berleluasanya budaya ‘derma’ dara ini. Iya lah, kita sering menunding
jari kepada budaya Barat - konon merekalah 'pesalah' dalam hal ini, kendatipun
di manakah letak kapasiti kesalahan ketika penjenayah ini dibiar bebas?
Fikir. Sekalipun datangnya budaya Utara, Selatan
dan Barat yang memudaratkan, namun jika seseorang itu benar-benar berpegang
dengan ajaran agama Allah, nescaya dia akan teguh kekal berdiri di atas
landasan syariat. Formula yang mudah, bukan?
Kadangkala, (hasil penilaian dan pemerhatian saya
sedari zaman persekolahan) apabila berhadapan dengan kes-kes mukadimah zina, entah mengapa ayat ‘Laa taqrabuzzina (jangan dekati zina)
kerna zina jalan kemungkaran’ ini sudah tidak lagi menjadi antibiotik yang
berkesan untuk melumpuhkan serangan virus kejahatan dalam jiwa.
Jom kita lihat kesan hilang dara dan zina dalam
konteks realistik (atau menurut sisi pandang saya yang serba dangkal ini sajakah? Tak tahulah).
SATU.
Imam Shafie ketika ditanya, "Bagaimanakah kau
mendidik anakmu?" Jawabnya, "Aku mendidiknya 15 tahun sebelum dia
lahir."
Wait. Bagaimana boleh
mendidik seorang anak sebelum ia lahir? Jawapannya, didikan seorang anak
bermula daripada IBUnya.
Ibu yang baik, yang terpelihara, yang menjaga jiwa,
hati dan iman, insya-Allah, dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah. Jadi
bayangkan, jika bakal IBU tidak menjaga dirinya (dan daranya) dengan sebaiknya,
bagaimana pula tempat yang bakal menjadi rumah pertama si anak (rahim)?
Di sinilah letak peranan BAKAL BAPA yang baik,
untuk memilih IBU yang baik, yang akan melahirkan anak-anak yang baik. *Ha tu
diaa. Free tips! Wink~ ;)
Sebagaimana kita tidak suka jika anak kita melakukan
zina, melebihkan cintanya kepada 'buayafriend' yang baru dikenali dua bulan,
begitu jualah kita, SEBAGAI BAKAL IBU JANGAN SESEKALI TERFIKIR UNTUK
MELAKUKANNYA!
Bakal ibu (termasuk Eika), kesan perbuatan hari
ini, andai tidak diiringi taubat dan kebaikan, pasti akan mengundang musibah di
kemudian hari. Saya sayang anak-anak saya. Anda bagaimana? :P
DUA.
Perihal cerai, suami curang etc..
Setelah selesai rumahtangga anda terbina atas dasar
cinta yang mendalam, sepuluh hari setelah akad dilafazkan, suami anda melafazkan
talak pula. Oh, talak dan cerai bukan perkara main-main! Ketika itu, tentu anda
akan terfikir, "Apakah yang menyebabkan institusi keluarga aku
hancur?"
Tahukah anda, (Husnudzhon. Boleh jadi ada yang
tidak tahu kan?) hilang dara sebelum berkahwin merupakan enzim yang mempercepat
proses kehancuran sesebuah perkahwinan? Enzim ini bertindak dalam sebarang suhu
dan boleh merosakkan sepotong kek paling manis dan lazat menjadi basi!
Tidakkan ada kepercayaan yang wujud dalam
perkahwinan sebegini. Kerana apa? Kerana sebelum berkahwin pun (sebelum
mempunyai ikatan yang sah) anda sudah berzina dengan pria yang bukan-bukan, maka
sukarlah untuk anda meletakkan kepercayaan sekalipun sesudah sahnya ikatan
tersebut. Maka, runtuhlah institusi keluarga. Don’t you think?
Ketika itu, apa yang merugikan bukanlah sekadar
keruntuhan sistem asas negara yang Islami, tetapi juga berpuluh-puluh ribu wang
ibu bapa yang telah anda ‘lesapkan’ bagai abu ketika buat kenduri ala-wedding-of-the-year, kononnya.
Jujur saya katakan, ini bukan sekadar masalah
sosial, tetapi juga krisis ekonomi rakyat yang kebanyakannya hidup tidaklah
seselesa mana.. Dan mungkin, kes perceraian beginilah yang merosakkan sistem
ekonomi negara sehingga kita terpaksa buat, erm.. Model Ekonomi Baru? Hehe. Mungkin.
Entahlah.
TIGA.
Pandangan dan penerimaan masyarakat.
Di mata masyarakat yang dianggap konvensional,
orang yang berzina ini sering dicaci.
Di mata orang yang dianggap penuh intelektualiti,
orang yang berzina ini dianggap perlu dilindungi.
Sungguh, benar. Ada yang tersilap langkah, maka amatlah
perlu bagi mereka dilindungi. Namun, meraikan mereka yang berzina ini akan
menjadikan mereka yang belum berzina lagi bakal melalui jalan yang sama kerana
jalan-jalan penzinaan yang terbuka luas (rujuk SOLUSI 23, ms 36-37)
Wallah, ini ternyata mengundang musibah! Na’uzubillah.
Seperkara lagi. Sedarkah kita akan hakikat diri ini
selaku hambaNya?
Sedarkah ketika anda bergelumang melayan nafsu
haram, ketika anda kecundang bermujahadah melawan syaitan, ketika melakukan
dosa, anda sebetulnya sedang bernafas dalam udarakasa milik siapa?
Mata yang melihat kemungkaran itu, tangan yang
bersentuh dipagut kemaksiatan, milik siapakah itu semua? Bukankah milik Allah
segalanya? Ke mana hilangnya sudah malu kita?
Ya Allah,
peliharalah kami!
*Ini satu lagi luahan dan pemikiran*
Bertahanlah. Jaga diri. |
Jadi, buat BAKAL-BAKAL SUAMI..
Hentikan 'projek' merosakkan bakal-bakal isteri! (Atau lupakan
hasrat atau padamkan saja fikiran anda untuk berbuat demikian) Dengan apa caralah sekalipun. Kerana apa yang anda perbuat, itulah yang akan anda dapatkan.
Ini bukan semata saya beritahu. Ini satu amaran,
sebetulnya.
1 comment:
Good job~ :)
Post a Comment