Terbaca satu perbincangan yang agak menarik. Tentang
sains yang diserasikan dengan kebenaran hadis dan Quran, seperti perihal lalat
dan Hadis Nabi Muhammad SAW.
‘Jika
ada seekor lalat jatuh di dalam tempat minum salah seorang di kalangan kalian,
maka celuplah (seluruh tubuhnya), kemudian buanglah. Sebab salah satu sayapnya
mengandungi penyakit manakala yang sebelah lagi mengandungi ubat.’
Hadis ini berasal dari Malik dari Abu
Hurairah, Abu Sa’id Al-Khudri dan Anas bin Malik.
Prof. Dr Abdul Majid Az-Zindani yang
mengepalai Kajian Mukjizat Al-Quran and Sunnah telah mengkaji dan menyimpulkan
bahawa memang pada sayap kiri lalat terdapat berbagai virus yang mematikan. Di
antaranya mungkin ada yang lebih berbahaya daripada virus Avian Influrnza.
Mereka berusaha mematikan virus-virus dengan
cara-cara konvensional dan menemukan kegagalan. Namun ketika mereka memasukkan
sayap kanan lalat secara automatik mereka melihat perubahan yang signifikan. Seluruh
virus apa pun yang di bawa oleh sayap kiri lalat ternyata musnah dan mati
akibat ubat yang terdapat pada sayap kanannya.
Menurut penulisan itu lagi, meskipun lalat terkenal
dengan sifat semula jadinya yang suka menghurung tempat-tempat kotor, bernajis
contohnya, tetapi dalam bidang sains, khususnya bidang forensik, lalat banyak
membantu pakar-pakar mereka.
Apabila berlakunya kes kematian,
misalnya pembunuhan, pakar forensik biasanya akan merujuk lalat jenis apa yang
mengerumuni mayat itu. Melihat jenis lalat yang sedang menghurung mangsa, maka
dapatlah mereka mengesan sudah berapa hari usia mayat itu, tempat pembunuhan
yang sebenar dan banyak lagi yang bersifat klinikal yang penting dalam hal-hal
penyiasatan mereka.
Siapa sangka... |
Hah, siang-siang lagi Allah sudah menegaskan bahawa
setiap satu penciptaanNya, tiada satu pun yang sia-sia.
Subhanallah!
No comments:
Post a Comment