Jangan nafi setiap kali lalu lalang di
koridor maupun bersesak di tangga, mereka ramai-ramai beri laluan, beri salam,
beri tunduk hormat pada kita.
Padahal kita cuma orang yang sedikit ilmu.
Sedikit tahu.
Sedikit fasih.
Dan banyak salahnya.
Ibubapa, masyarakat di luar. Mata-mata mereka
penuh harap.
Dari jauh sudah melolong, bagai minta
ditolong anak bangsa, saudara mara yang sedang merintih nyeri melihat
kebobrokan generasi kini.
Bila ditanya, masalah apa - katanya anak
beranak bertelagah, rusuh resah segala apa. Kita tepuk, usap-usapkan bahunya. Usianya
barangkali setua ibu kita di rumah. Tapi wajahnya lebih muram durja. Matanya
basah. Anaknya tak bisa diselamatkan lagi. Setelah diselidik itu ini, ketahuan sudah
ada ‘isi’.
Belum kira yang terdampar di jalanan, beralas
tikar plastik. Berbaur rata bau najis dan kencing – kerana dadah, entah segala
apa. Sampai terkadang jijik kita lebih dari simpati. Yang ya, realitinya
terjadi.
"Kalau sudah
ter-masuk dalam bidang ni, perbetulkan niat tu. Niat kita harusnya satu saja,
yang terutama, iaitu untuk MENDIDIK ANAK BANGSA."
-Encik Misrosman, PK
Pentadbiran SK Pendidikan Khas Kg. Baharu
"..bukan yang biasa-biasa.." |
ALLAH.
Semoga diberi empati.
biar jangan kita jadinya 'cikgu asal ada'.
Semoga diberi faham,
nilai manusia bukan percuma.
Dan semoga diberi insaf,
kita bukan siapa-siapa.. berbanding Dia!
No comments:
Post a Comment