Dah lama saya mahu menulis. Tapi
setiap kali jari-jemari ini menekan papan kekunci, setiap kali itulah semakin
banyak yang seolah-oleh hilang. Jadinya, banyak entri yang tak dapat
dihabiskan, lalu tersimpan di dalam draft. Mungkin kerana mengenangkan
peperiksaan akhir. Heh.
Tapi, selalunya, bila sibuk bersedia untuk peperiksaan,
saya akan lebih banyak menulis. Ataupun saya sudah berubah? Tapi, kalau menurut
logik, bila kurang menulis, saya akan lebih banyak study. Tapi tak
juga. Hehe.
Perubahan hormon mungkin.
Hmm.
Hari Ahad lalu, semasa dalam perjalanan ke Masjid Jamek, sambil memerhati keadaan sekeliling, saya cuba juga nukilkan bait-bait satu puisi.
Mula-mula tentang makcik
tua yang berdiri di hadapan saya, yang tekal berpaut pada tiang tanpa harapan
di benaknya yang seorang anak muda pun akan mempelawanya duduk. Urat tangannya
dah terkeluar, kelihatan dia sangat penat dan agak buntu.
Dalam tren yang bergerak,
dari stesen KL Sentral.. Berjalan seharian menuju ke *Gombak, entah untuk
apa pun saya kurang pasti. (*Konklusi saya bilamana dia asyik bertanyakan
kepada saya setiap kali tren berhenti di setiap stesen, 'Mana ni nak, Gombak
ke?)
Saya membayangkan dia ibu
saya. Dan saya bayangkan dia ada anak.
Tapi
waktu dia keluar itu anak-anaknya semuanya sedang berbaring-baring di rumah
sambil menonton televisyen. Oh ya, atau pun bermain Facebook macam sampah.
*aduh terasa!*
Kemudian saya tidak jadi
menulis puisi. Ini kisah sedih yang saya tak mahu kenang. (??) *Maaf, cerita separuh jalan pulaknya..
Allahu rabbi~
***
Selamat
Hari Guru buat Mama saya - guru pertama sejak terlahirnya diri ni.
Juga untuk semua dalam hidup
ini.
Untuk makcik itu..
Selamat Hari Buruh,
haritu. Mungkin makcik juga bekerja.
Dan, selamat Hari Guru
untuk pelajaran buat saya haritu.
"Watch and learn.." |
Selamat Hari Guru untuk
semua!!
- - -
Aku sedang maju,
tetapi bukan dengan kamu.
Aku kini melangkah, jauh sekali bersama mereka.
Aku akan berjalan lagi. Untuk kejaranmu kian mendekat.
Biar sahaja aku hilang dari peta dunia,
Andai bisa kulakukan begitu.
Kerana hadir aku bukan untuk aku, tetapi mereka.
Kalau suaraku tidak mahu didengar, tulikanlah telinga.
Cuma, biarkan jasa mengalir demi hari depan.
Bukan nama, bukan harta.
Aku kini melangkah, jauh sekali bersama mereka.
Aku akan berjalan lagi. Untuk kejaranmu kian mendekat.
Biar sahaja aku hilang dari peta dunia,
Andai bisa kulakukan begitu.
Kerana hadir aku bukan untuk aku, tetapi mereka.
Kalau suaraku tidak mahu didengar, tulikanlah telinga.
Cuma, biarkan jasa mengalir demi hari depan.
Bukan nama, bukan harta.
Bukan
pandang sanjung yang kuperlu.
Cuma doa.
Aku cuma milik Dia.
Biar lara hiba suka ria aku, Dia yang tahu.
Tetapi untuk kalian, ingin ku sembah segala bahagia.
Kerana, bahagia kalian adalah sinar untuk aku.
Meski mungkin, aku bukan bahagia kalian.
Cukuplah dalam harapan,
Cuma doa.
Aku cuma milik Dia.
Biar lara hiba suka ria aku, Dia yang tahu.
Tetapi untuk kalian, ingin ku sembah segala bahagia.
Kerana, bahagia kalian adalah sinar untuk aku.
Meski mungkin, aku bukan bahagia kalian.
Cukuplah dalam harapan,
jalan ini penuh dengan suasana indah nantinya.
Itu doaku.
Meski hari itu, aku tiada lagi bersama untuk mengecapnya.
Itu doaku.
Meski hari itu, aku tiada lagi bersama untuk mengecapnya.
Bisik hati pendidik muda.
Mungkin nanti. Mulanya kini.
Lembah Pantai, KL.
Taipan baru. 11.40 pm.
Taipan baru. 11.40 pm.
Dengan capaian tanpa jalurlebar.
p/s:
Kata
orang semua manusia adalah guru kepada dirinya sendiri.
Maka, berikan saya hadiah, orang muda! HA-ha
No comments:
Post a Comment