.:Followers:.

Saturday, January 21, 2012

Tak Menentu


Saya pernah kata yang saya telah membesar dengan penuh selesa sekali semasa di SAMUS (SAMUS lagi~!) -- Takdir. Tapi ada satu yang paling saya rindui dan sesali (kerana silap sendiri) dan juga kerana itulah, sekarang saya jadi amat teringin nak baca puisi lagi, eh bukan, deklamasi puisi. Depan khalayak.

Kisahnya, saya pernah ja dapat peluang itu sempena hari guru waktu tingkatan tiga, kalau tak silap. Tapi sumpah demi Allah, saya rasa EKSTREM malu! Dan, saya tak punya pun bakat tersebut. Tak tahu lagilah apa nak kata. Cikgu Ahmad yang melatih saya waktu itu tahulah.

'Aku yang amat sangat malu..'

Saya lebih selesa menulis dan mengarah persembahan, atau kerja belakang pentas atau rakam sahaja suara. Tapi entah, tiba-tiba ja saya rasa mahu deklamasi puisi lagi. Cuma entah boleh entah tak saya dapat peluang sebegitu lagi. Sepuluh tahun lagilah agaknya -.- Mungkin?

Heh, baik sedar. Saya sendiri bakal menamatkan pengajian dan menjadi guru dalam masa empat tahun setengah dari sekarang, in sya Allah. Public speaking, LDV Debate, SS Forum, sharing circle, pembentangan, semua nyata satu peluang untuk saya -- meski tiada puisi diperlukan. Ahha. *Nampak sangat tak menentu fikiran Eika ni sekarang =,=

Terima kasih ALLAH kerana menulis takdir aku begini, di sini. Terima kasih Papa, Mama, abang, kakak-kakak, adik-adik, teman-teman, cikgu-cikgu kerana mendoakan yang terbaik untukku selama ini. Terima kasih Cikgu Ahmad kerana memberi kata-kata semangat sebelum hari temuduga itu dan meyakinkan di sini jodohku. Terima kasih Fiqry kerana pertama memaklumkan tentang permohonan ke Institut Perguruan ini. TERIMA KASIH!

*****

Kebelakangan ini, saya begitu teruja dan terinspirasi untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya tulus dari hati (..??). Perlahan-lahan, sikit-sikit dulu. Mohon doa semua =)

Dan, berada dalam hingar pejuang melalui pena memanglah amat mengujakan. Namun, itu nyata satu impian yang begitu besar. Tidak saya sisip dalam doa, tapi sering disebut-sebut dalam hati dan difikirkan dalam kepala.

Dahulu, saya sendiri menganggap menulis, belajar (kini, soal mendidik pula..) ini semata-mata merupakan satu lapangan perkongsian ilmu. Ada yang mengingatkan bahawa ilmu ini segalanya. Bukan ketika belajar semata-mata.

NIAT. Betulkan tujuan. Katalah mahu menjadi penulis, pembaca malah pendengar yang baik sekalipun, ingatlah, bahawa itu semua bukan semata-mata minat, kepuasan diri atau kepentingan serta tuntutan lain.

Tujuannya untuk menepati kemahuan Allah. Natijahnya, kita boleh jadi lebih baik dari itu. Bukankah dalam Al-Quran Allah menyuruh agar kita menuntut ilmu?
Allahu Aalam.


*Beberapa minit waktu saya selesai menaip nota-tak-tentu-hala ini, saya memandang jam digital di sudut hujung kiri pada skrin netbook saya. Lama. 12:10 AM. Saya suka bila angkanya begitu. Tarikh lahir, juga waktu untuk bermimpi yang indah-indah. Insya Allah.

Maaf salah silap.

Bismihi Taala ahyaa wa amut.. 

2 comments:

teacher mimi said...

aku yg amat sangat malu!

Putri said...

Redundant kan? HEHE
Ahh, memang melampau pun malunya~ :P

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]