Apa yang saya rasa sekarang persis apa yang saya rasakan waktu awal
melangkah gagah ke semester pertama di institut pengajian tinggi. Entah bila
dan mengapa perasaan ini bertandang pun saya kurang pasti.
Bila difikirkan kembali...saya tahu benar puncanya.
Waktu duduk dalam suasana madrasah diniyyah, saya ada merungut sebab 'dipaksa' melihat dan adakalanya pun sama 'tak mengisi' kelompongan sini sana, tapi bila dah keluar dari biah semacam di sekolah dulu, barulah rasa macam-macam.
Rasa menyesallah paling jelas sekali. Menyesal sebab tak betul-betul
hargai, menyesal sebab tak jadi betul-betul baik, menyesal sebab kadangkalanya
melebihkan hal dunia dari hal akhirat, menyesal macam-macam. Memang jenuhlah
kalau nak disenaraikan dek kerana terlampau banyak penyesalan yang dah
bersarang ni.
Bila keluar, dah mula jadi manusia pelupa. Aih, takkan baru sekejap dah tak boleh nak mujahadah? Waktu awal keluar sekolah lepas SPM, semua pakat-pakat bersembang kat FB, semua rasa bersemangat sekali.
Lama-lama bila terkepung dalam kebebasan dunia selepas keluar dari pintu
pagar sekolah; dengan hedonism dan sekularism yang ada di mana-mana dan bagai
dibiasakan (nauzubillah), mulalah kelemasan, kekadang lebih teruk, mula
terhanyut sama. Aduh.
Hati dah tak nampak mana dunia mana akhirat. Akal pun dah mula ikut cakap
nafsu dan syahwat. Matlamat nak jadi Muslimah Solehah pun ’macam’ lupa pula
dah...
Mula dengan langkah. Keluar meliar merata, kalau tujuan bermanfaat tak apalah juga, ini tidak..buku agama pun dah tak ingat (wayang tak lupa pulak), usrah tu pula kalau boleh nak kena buat istikharah dulu.. Dhuhanya entah ke mana, Qurannya ke mana, istiqamah ke mana, puasa sunat ke mana.. Cis, cis, cis. Prioriti dunia akhirat, ingat???
Istiqamah. Istiqamah. Istiqamah!
SEMANGAT NAK JADI WANITA SOLEHAH YANG JAGA CINTA SUCI HANYA UNTUK SUAMI,
NAK JADI EPAL PALING TINGGI YANG HANYA LELAKI HEBAT YANG DAPAT CAPAI KITA, NAK
JADI MUTIARA YANG TERBENAM DI DASAR LAUTAN DILINDUNGI CENGKERANG YANG AMPUH,
NAK JADI PERMATA DI CELAHAN KACA.. Kekalkanlah.
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.." |
Doakanlah saya istiqamah dengan pendirian ini.
Doakanlah saya selamat daripada fitnah cinta dan rindu
kepada lelaki sebelum suamiku lagi.
Doakanlah saya temui pemilik cinta setelah Allah dan
Rasul dengan cara dan pada masa yang lebih baik dan diredhai.
Ahh, klise..
Tapi nak buat macam mana lagi baru dapat bakar semangat untuk jadi ghuraba’..??!
No comments:
Post a Comment