Awal-awal dulu, selepas melangkah keluar dari pagar sekolah, menunggu tawaran UPU dan matrikulasi yang tak kunjung tiba, saya selalu fikir; teruklah ni..habis
hidup aku, sengsaralah, berteman air mata sajalah ni nanti. Sampai dah bersiap
siaga nak karang Hikayat Duka Lara tapi lama-lama saya sendiri tak ingat apa
yang ingin saya tuliskan dalam hikayat tersebut. Haish.
Satu. ALLAH itu bijak. Dia telah mengatur takdir baru yang lebih bagus untuk saya, meski jauh dari sangkaan, luar dari harapan. Waktu baru-baru lagi bertapak di padang perguruan, gusarlah yang paling ligat menerpa.
Kisahnya, saya dah belajar di SAM Unwanus Saadah tiga tahun. Dekat dengan rumah, naik
basikal ja saban hari. Dua tahun seterusnya pula dihabiskan di Salak Tinggi,
tinggal di asrama pun kerap balik. Selepas SPM, dapat sambung belajar di Kuala
Lumpur. Masih lagi dekat, boleh selalu balik.
Tapi suasana dah berubah -- tak
semudah dan 'seindah' dulu. Mulalah runsing, janggal.. Tapi tak lama lepas itu,
saya pun dapat biasakan diri.
Sama contoh bila kita ada pensel, satu itu sajalah. Tiba-tiba pensel hilang,
menangis atau paling tidak pun gundah gulanalah kita, tercari-cari merata
pensel itu. Dah tak jumpa, beli pensel baru. Mula-mula kekok juga, tapi
lama-lama biasalah kan?
"Jarum waktu kalut meninggalkan aku.." |
Itulah. Masa yang berlalu jadi pengubat keadaan. Begitu cepat. Saya pun
lantas belajar menerima hakikat dan belajar meyakinkan. Itulah kehidupan. Kehidupan saya.
No comments:
Post a Comment