Saya
tak tahu macam mana mahu mulakan. Tak pernah tahu pun. Pokoknya, terlalu banyak
perkara yang mengganggu fikiran saya.
Saya
tak sabar lagi. Seseorang perlu mendengar.
Akhir-akhir
ni. Saya tak dapat buat banyak benda. Kalaupun dapat, semuanya serba tak kena.
Saya tak tahu banyak perkara. Saya tak suka apa yang dulunya saya amat sayang.
Saya kehilangan, ketinggalan dan sekarang, urm.. saya rasa amat kejauhan.
Saya
benci soalan ini. “Apa masalah awak?”.
Tidak
ada jawapan yang lebih baik selain, “Saya tidak ada masalah.” Yang mana itu
adalah tidak benar.
Dan,
soalan itu benar satu soalan yang teramatlah sukar untuk saya jawab.
Sebab
saya sendiri tidak ada jawapan untuk itu.
Bila
saya marah, tiada siapa perasan . Saya hanya akan diam dan mula buat hal sendiri.
Bila
saya takut, saya mengadu. Meski saya tahu sedari awal lagi, tiada yang akan faham.
Bila
saya sedih, saya ketap gigi, saya tak mampu luahkan. Akhirnya, saya tak dapat juga
menangis.
Bila
saya gembira, Alhamdulillah, saya dapat ketawa. Saya boleh tersenyum. Tapi hati
saya tahu senyum tu takkan kekal lama, tawa tu tak membawa apa makna.
Dan
entah demi siapalah, saya sedang sekerasnya berusaha meletakkan diri dalam zon
paling selamat. Paling selesa. Kalau baca tulisan terbaru di blog, ya, saya
kelihatannya pasrah, atau bagi kebanyakan teman, saya nampak kuat sekali.
Bukan,
bukan, saya kalah sebenarnya.
Saya
mula menyalahkan masa silam. Sejak kecil, sikap ‘pengalah’ dan ‘pengecut’ inilah
yang serasa saya dah subur berakar dalam diri saya. Bertahun-tahun tertanam, dalam, mencengkam.
Dari
situ, kini saya mula menyalahkan orang-orang pula. Mereka, yang suka bersikap
judgemental, yang perjudis dan yang skeptikal, yang memandang kurangnya
seseorang melebihi kelebihannya.
Setelah
lama, serasa mahu saja saya kata,
“Kamu
semualah masalah saya. Yang beranggapan saya perlu menjadi biarpun tidak lebih,
sekurang-kurangnya sama seperti yang lain. Yang berharap saya boleh berbuat
semua yang orang lain sama dapat lakukan. Yang fikir saya harus punya segala
apa yang zaman ini tawarkan. Yang kata saya patut berfikir searah kiblat
pemikiran warga jagat sekalian. Dengan itu, apa lagi gunanya diri sendiri?
Kerna diri ini saja yang saya ada, yang kamu semua lihat tiada faedahnya. Kini,
mahu pula bertanya lagi apa masalah. Ahh. Lawak ah.”
Tapi
sayalah ni, seperti saya yang selalu, tak juga meluahkan lalu menelan jadamnya
sendiri.
Saya
semakin keliru. Dan sekarang, saya dapat rasakan bahawa apa saja yang saya
lakukan, yang saya kata ataupun tuliskan, semuanya hanya buat penyedap hati,
bukan pengubat rajuk yang menyerang ni, bukan juga penawar rusuh jiwa yang
bertandang ni. Pathetic, uh?
Allah.
Setakat ni Dia ja yang setia mendengar dan memahami.
Tapi
saya mahu ada seseorang juga. Untuk dengar saja pun sudah memadai sebenarnya.
Cuma, dengarlah dengan hati.
*Luahan. Luahan
‘hasil’ kekeliruan emosi dan kecelaruan jiwa yang menjengah seminggu dua ini.
Ditulis betul-betul seusai tamat peperiksaan.
Saya mahu ia
tersimpan di sini. Saya mahu sentiasa membacanya lagi, bila-bila masa nanti.
Saya mahu sentiasa
sedar betapa dalam hidup kita tidak akan pernah dapat merasa aman dari sebarang
cubaan. Saya mahu sentiasa mengerti hakikat diturunkan ujian adalah buat
menguatkan.
"Bangkit ya, bila jatuh!". In case kau terlupa. |
2 comments:
Mengadulah pada Allah :)
Allah jua tempat kita kembali.
Kadang-kadang kita terlalu 'mengharapakan' manusia, dan lupa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.
Mengadulah pada Allah :)
Allah jua tempat kita kembali.
Kadang-kadang kita terlalu 'mengharapakan' manusia, dan lupa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.
Post a Comment