.:Followers:.

Wednesday, March 28, 2012

Masalah


Saya tak tahu macam mana mahu mulakan. Tak pernah tahu pun. Pokoknya, terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran saya.

Saya tak sabar lagi. Seseorang perlu mendengar.

Akhir-akhir ni. Saya tak dapat buat banyak benda. Kalaupun dapat, semuanya serba tak kena. Saya tak tahu banyak perkara. Saya tak suka apa yang dulunya saya amat sayang. Saya kehilangan, ketinggalan dan sekarang, urm.. saya rasa amat kejauhan.

Saya benci soalan ini. “Apa masalah awak?”. 

Tidak ada jawapan yang lebih baik selain, “Saya tidak ada masalah.” Yang mana itu adalah tidak benar.

Dan, soalan itu benar satu soalan yang teramatlah sukar untuk saya jawab.
Sebab saya sendiri tidak ada jawapan untuk itu.

Bila saya marah, tiada siapa perasan . Saya hanya akan diam dan mula buat hal sendiri.
Bila saya takut, saya mengadu. Meski saya tahu sedari awal lagi, tiada yang akan faham.
Bila saya sedih, saya ketap gigi, saya tak mampu luahkan. Akhirnya, saya tak dapat juga menangis.
Bila saya gembira, Alhamdulillah, saya dapat ketawa. Saya boleh tersenyum. Tapi hati saya tahu senyum tu takkan kekal lama, tawa tu tak membawa apa makna.

Dan entah demi siapalah, saya sedang sekerasnya berusaha meletakkan diri dalam zon paling selamat. Paling selesa. Kalau baca tulisan terbaru di blog, ya, saya kelihatannya pasrah, atau bagi kebanyakan teman, saya  nampak kuat sekali. 

Bukan, bukan, saya kalah sebenarnya.  

Saya mula menyalahkan masa silam. Sejak kecil, sikap ‘pengalah’ dan ‘pengecut’ inilah yang serasa saya dah subur berakar dalam diri saya.  Bertahun-tahun tertanam, dalam, mencengkam. 

Dari situ, kini saya mula menyalahkan orang-orang pula. Mereka, yang suka bersikap judgemental, yang perjudis dan yang skeptikal, yang memandang kurangnya seseorang melebihi kelebihannya.

Setelah lama, serasa mahu saja saya kata,

“Kamu semualah masalah saya. Yang beranggapan saya perlu menjadi biarpun tidak lebih, sekurang-kurangnya sama seperti yang lain. Yang berharap saya boleh berbuat semua yang orang lain sama dapat lakukan. Yang fikir saya harus punya segala apa yang zaman ini tawarkan. Yang kata saya patut berfikir searah kiblat pemikiran warga jagat sekalian. Dengan itu, apa lagi gunanya diri sendiri? Kerna diri ini saja yang saya ada, yang kamu semua lihat tiada faedahnya. Kini, mahu pula bertanya lagi apa masalah. Ahh. Lawak ah.”

Tapi sayalah ni, seperti saya yang selalu, tak juga meluahkan lalu menelan jadamnya sendiri.

Saya semakin keliru. Dan sekarang, saya dapat rasakan bahawa apa saja yang saya lakukan, yang saya kata ataupun tuliskan, semuanya hanya buat penyedap hati, bukan pengubat rajuk yang menyerang ni, bukan juga penawar rusuh jiwa yang bertandang ni. Pathetic, uh?

Allah. Setakat ni Dia ja yang setia mendengar dan memahami.

Tapi saya mahu ada seseorang juga. Untuk dengar saja pun sudah memadai sebenarnya. Cuma, dengarlah dengan hati.


*Luahan. Luahan ‘hasil’ kekeliruan emosi dan kecelaruan jiwa yang menjengah seminggu dua ini. Ditulis betul-betul seusai tamat peperiksaan.

Saya mahu ia tersimpan di sini. Saya mahu sentiasa membacanya lagi, bila-bila masa nanti.

Saya mahu sentiasa sedar betapa dalam hidup kita tidak akan pernah dapat merasa aman dari sebarang cubaan. Saya mahu sentiasa mengerti hakikat diturunkan ujian adalah buat menguatkan. 


 
"Bangkit ya, bila jatuh!". In case kau terlupa.


2 comments:

Isyraf Imrani said...

Mengadulah pada Allah :)

Allah jua tempat kita kembali.

Kadang-kadang kita terlalu 'mengharapakan' manusia, dan lupa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

Isyraf Imrani said...

Mengadulah pada Allah :)

Allah jua tempat kita kembali.

Kadang-kadang kita terlalu 'mengharapakan' manusia, dan lupa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]