Kepenatan
menjawab kertas-kertas peperiksaan, mahukan kerehatan.
Kerehatan
yang mampu membayar satu harga harapnya.
Redha, biar sampai akhir cerita.
Andai
ditakdirkan gagal.
Jika itulah kegagalan yang bererti hikmah
kebaikan di hari kemudian, ikhlaskanlah.
Andai
berjaya itu kataNYA.
Jika itulah kejayaan yang hanya akan membuka
jalan kebinasaan, peringatkanlah.
Apa saja keputusannya,
“Semua ini pasti berakhir!”
Dengan mengingati hakikat ini,
HANYA dengan ini,
Kesedihan takkan perpanjangan,
Kesombongan takkan bertamu.
ALLAH sentiasa bersama.
******************
Rahsia. Semua orang ada. Baik yang terluah,
mahupun terpendam di dalam dada.
Seperti saya. Saya suka bercerita, suka
meluahkan, tapi suka juga memendam rasa. Uh. *tiada niat nak berkongsi rahsia
di sini, waktu ini*
Tak banyak pun yang terjadi minggu ini. Tapi Allah seperti
mahu tunjuk dan sedarkan saya tentang banyak perkara.. Ohh betapalah terujinya
iman yang maha lemah ini..
Jangan rasa terkilan andai tiada siapa mahu mendengar bicaramu.
Jangan
resah andai di jalanan kau sendirian.
Jangan
berduka jika rasa di hati tak terungkap dengan kata-kata.
Jangan
sakit andai marah dan rajuk itu tak siapa perasan.
Jangan
menelan jadamnya kalau hanya mampu memendam.
Allah
kan tahu. Allah dengar. Dia akan bantu.
Mungkin
tidak segera, tapi satu masa nanti, pasti.
Bertahanlah diri,
Selagi bisa.
Bertahanlah diri,
Selagi bisa.
Masih tentang rahsia. Banyak rahsia yang
terpampang luas di depan mata, tinggal manusia ja mahu ambil peduli atau tidak.
Ya,
rahsia keagungan Allahlah yang saya maksudkan. Langit luas, yang teguh pasaknya
walau tanpa tiang. Laut yang biru, juga menenteramkan itu, hujan dan gerimis. Apakah
diciptakan semua itu tanpa sebarang makna?
Betapa
ramai yang celik mata, namun apakah buta hatinya? Yang mengerti dalam hati,
tetapi adakah ditolak tepi kenyataannya? Tengok, tengok cermin, tanya refleksi
diri di sana.
Allah.
Biar
selama mana sesebuah rahsia kita simpan, tiada satu pun rahsia di dunia ini
yang pemiliknya sendirian.
Katakanlah
(Wahai Muhammad):
“Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau
kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu."
[Surah Ali 'Imran : 29]
Untuk
diri sendiri, Allah ada. Dia tahu semua. Malah yang tersemat di kalbumu. Yang Mama
Papa pun tak tahu.
Biarlah berahsia dengan manusia, tidak mengapa. Bukan semua rahsia perlu diceritakan. Kerana tak semua orang kita boleh letak sepenuh kepercayaan. Lainlah dengan Allah, mengadu saja penuh pengharapan. Dia suka. Dia sangat boleh diandalkan.
ALLAH
sentiasa bersama.
No comments:
Post a Comment