Di akasia fantasi.
Saya didatangi seorang perempuan
muda, sebaya, ketika sedang bersantai di luar bilik itu. Dia hanya duduk,
menemani saya melayari samudera maya.
Dia lagi, An-nisa’. Satu waktu dahulu, katanya dia melihat saya benar penggemar hijau. Kerana setiap kali ke mana-mana, saya akan memilih atau paling tidak pun tertarik pada apa-apa yang berwarna hijau dahulu, baru yang lainnya.

Ada kekuatan dalam ketenangan.. |
"Mengapa ya?", pernah sekali dia bertanya.
“Kerana bagai ada ketenangan yang
tiada sempadan di sebalik warna hijau itu, seperti rimbunan pepohon rendang
yang girang menerima limpahan cahaya suria. Aku mahu ketenangan menghadapi
mihnah mahupun tribulasi mendatang dan takdir Tuhan dengan cara begitu,” Jawab
saya yakin.
Iya, saya memilih untuk diselubungi, dikelilingi hijau supaya diri sentiasa teringat akan ketenangan, penerimaan dan takdir Tuhan.
Dia mengangguk perlahan. Khali sejenak.
Saya meneruskan kata, "Dan, kalau
baca riwayat hadith dan sanad yang sahih tentang syurga, banyak tentang kubah
zamrud dan pakaian ahli syurga yang hijau, selain warna keemasan, perak dan
lain-lain. Hijau seperti sesuatu yang signifikan. Mengapa Tuhan menjadikan bumi
ini berhutan rimba dengan rona itu? Tentu ada hikmahnya, kan? Jadi, aku mahu
merealisasikan keunggulan warna itu sebagai kegemaran."
Dia menekur lantai. Sekilas dapat
saya lihat sengihan penuh pengertian pada riak wajahnya.
Lamunan saya terbebar serentak
seruan menghadap Tuhan kita
bergaung-gaung dari entah arah mana. Saya kemudian bingkas meregangkan
otot-otot yang keletihan.
An-nisa’ masih membisu. Setelah agak lama saya 'terperangkap' di sudut itu, saya melihat An-nisa’ tersenyum. Entah keriangan apa yang melepa di layar fikirannya. Barangkali juga kerana saya akhirnya berjaya meloloskan dari sudut sarat dugaan itu.
"Allah kan Maha Mengetahui segala-segalanya!", itu sahaja katanya.
Saya pun tersenyum. An-nisa’ dan warna hijau itu pun terbebar jauh, begitu sahaja, tanpa alamat, tanpa sepatah kata. Saya kira hanya kebisuan sahaja yang mengisi pertemuan kami kali ini.

ALLAH.
Itu
dia, laluan untuk seorang hamba menjadi penadah setia di atas lembar sejadah.
Sejadah
hijau.
No comments:
Post a Comment