.:Followers:.

Tuesday, January 4, 2011

Aku Bukan Serikandi Solehah ~

Diceritakan bahawa ada seorang wanita yang menjadi pujaan setiap lelaki . Ramai yang cuba merisiknya , namun apa katanya ? Wanita ini sangat zuhud . Mari kita ikuti kisahnya ..


Lelaki pertama mencintai wanita itu kerana akhlaknya :

Ketahuilah akhi..bila kau melihatku dari dalam ,sesungguhnya aku amatlah buruk akhlaknya . Kerana aku hanyalah manusia yang bergelumang dosa . Jika kau melihat hanya pada kebaikanku , kau pasti tidak memandang apa dosa-doa yang telah aku lakukan , kerana padamu aku seorang yang solehah , zuhud , dan sempurna untuk menjadi permaisurimu . Kau tidak akan lagi bersungguh-sungguh membimbingku .

Aku mahu kamu sentiasa mengingatkanku tentang masa silamku yang penuh dengan dosa-dosa . Aku sentiasa rindu untuk mendapat suami yang bercerita setiap hari mengenai serikandi-serikandi dahulu . Kerana aku mahu mencontohi mereka . Aku juga mahu kau menemaniku saat aku menangis mengenang dosa-dosaku . Aku berdosa!


Lelaki kedua takjub dengan kewarakannya :

Kau hanya melihat pakaianku , bukan pakaian sebenar . Akhlakku bersama teman-tamanku tidak kau nilai . Aku juga manusia biasa , tidak lepas dari sifat mazmumah . Ini mungkin akan mengejutkanmu bila kita menikah . Maaf , aku tidak dapat menerimamu .. kerana kau menilai diriku bagai terlalu mulia .

**Aku suka dengan kecantikanmu **

Ketahuilah , kecantikanku hanya pada luaran dan akan luntur . Adakah kau akan menerima diriku lagi saat aku sudah berkedut , saat gigiku tinggal dua ?? Tidak mungkin kan ? Aku akan kau tinggalkan . Lalu apa ertinya cintamu padaku ? Saat aku sudah mengandung dan badanku sudah tidak menarik , apakah kau masih setia ?


Lelaki ketiga kagum dengan cara dia menjaga ikhtilat :

Duhai akhi , aku wanita yang setiap hari berperang dengan perasaan . Kadang-kadang aku juga tewas dengan nafsuku . Setiap hari aku cuba bermujahadah . Masya Allah .

Lelaki terakhir pula kagum dengan ketabahannya :

Wanita itu tersenyum lantas menjawab ...
Aku wanita yang cukup mudah mengalirkan air mata . Kau tidak sedarkah ? Tegarkah kau untuk menemaniku saat aku menangis dan merintih hanya kerana kehilangan handphoneku atau kerana sengugut ??



P/s : Sesungguhnya saya mencari lelaki yang akan menerima segala kekurangan dan dia membetulkan segala kesilapan diri ini dan tidak terlalu memuja-muja atas apa yang zahir dari mata kasar .

Terimalah dan bimbinglah diri ini . Sesungguhnya diri ini hanyalah seorang wanita yang hidup di akhir zaman yang cuba menanam semangat serikandi-serikandi terdahulu . Wassalam ..


2 comments:

Zharif Azis said...

puteri kalau dh start menulis , sebiji cm penulis . haihh =_='

Putri said...

sesape pn yg mnulis namanya penulis .. huhu

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]