.:Followers:.

Friday, December 31, 2010

Belajar Daripada Hikmah .

Kisah Anggota Baru PRS


Salwa bercita-cita ingin menjadi perunding motivasi . Baru-baru ini dia diterima keanggotaannya menyertai persatuan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolahnya . Dia begitu bersemangat member nasihat kepada rakan-rakannya di sekolah itu .

Pada suatu hari , pada waktu rehat , dia melihat seorang pelajar sedang berdiri seorang diri di hujung padang , sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain .

Salwa mendekati pelajar tersebut dan bertanya apakah dirinya mempunyai masalah . Pelajar itu memberitahu perihal keadaan dirinya baik sahaja . Mendengar jawapan itu , Salwa lalu meninggalkannya .

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu yang masih bersendirian di tempat yang sama . Salwa kini benar-benar yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah .

lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata dengan penuh kelembutan .

“Adakah kamu mahu saya menemanimu ?”

Pelajar itu menjawab , “Ok , boleh saja..!”

Merasakan pendekatannya berhasil , Salwa bertanya lagi , “Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini , sedangkan kawan-kawan kamu bermain di tengah padang sana ?”

“Sebab..” , pelajar itu memandang Salwa dengan penuh kehairanan .

“…saya adalah penjaga gol !” sambung pelajar itu .

Salwa tersengih . Dia tidak dapat berfikir apa yang harus dilakukannya .


Kata saya :

Agaknya mengapa ya saya buka lembaran entry baru ini dengan kisah ‘sengal’ di atas ? Kisah ‘keterujaan’ Salwa di atas benar-benar dekat dengan diri saya , memandangkan saya juga pernah dilantik menjadi anggota persatuan PRS suatu ketika dahulu . [sebenarnya saya yang melantik diri sendiri . J]

Saya juga berhasrat untuk menjadi perunding motivasi dewasa nanti , walaupun skill saya tatkala berkomunikasi dengan orang lain masih di tahap yang rendah . Saya juga bukanlah seorang yang pandai bermadah kata atau bijak berfalsafah seperti kebanyakan pakar perunding motivasi di luar sana . Hendak memotivasikan diri sendiri pun saya kurang berjaya . Bagaimana ini ?

Secara jujurnya saya benar-benar menyesal kerana sepanjang saya memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa persatuan PRS , saya tidak pernah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna . Barangkali memang tidak pernah menjalankan tugas pun . Saya langsung tidak terfikir bahawa saya sedang memikul satu amanah di mana amanah tersebut bukanlah urusan sekolah semata-mata , tetapi juga urusan ‘berat’ antara saya dengan Allah !

Apa yang saya pentingkan pada waktu itu hanyalah jawatan itu sendiri . Saya bangga menyandang gelaran *PRS yang kononnya bijak menangani apa jua masalah di sekelilingnya [*saya maksudkan diri saya sendiri] . Hakikatnya ? Anda tahu sendiri..

Apabila saya berpindah ke sekolah baru semasa di tingkatan empat , saya cuba mencari peluang untuk menjawat jawatan yang sama . Allah telah menentukan bahawasanya rezeki saya tiada di situ dan akhirnya saya menamatkan dua tahun persekolahan hanya sebagai pelajar biasa . Tentu sahaja ada sesuatu yang ingin Allah tunjukkan pada saya . ‘Bicara’ Allah itu akhirnya sampai juga ke hati ini . Saya tersedar , kini.. saya sudah nampak segalanya .

Persatuan PRS di sekolah baru jauh lebih aktif dan sibuk berbanding di sekolah lama saya . Sudah pasti saya tidak mampu menghadapinya memandangkan saya ‘tidak biasa’ dengan kerja yang banyak sebegitu .

Di sebalik ‘kerugian’ itu juga , saya berpeluang mengaktifkan diri dalam aktiviti persatuan-persatuan lain . Kalau tidak , masakan saya dapat >>

..meluangkan masa mengarang cerpen sempena minggu bahasa [ Alhamdulillah , kerana telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama ] ,

..mengurus dan mengatur tentative untuk perjumpaan mingguan setiap kali Ko-kurikulum [ Alhamdulillah , kerana telah mendapat penghargaan sebagai penolong setiausaha ] ,

..berpeluang menyertai pertandingan SPELL IT RIGHT peringkat negeri ! [ Alhamdulillah , walaupun gagal mara ke final , tetapi masih memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya ] , dan ..

..banyak lagi program-program sekolah dan asrama seperti Program Merdeka , Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan , perkhemahan dalaman , kawad kaki dan macam-macam lagi .

Sekarang nampak ? Oleh kerana niat hati saya yang kurang baik sewaktu dahulu , akhirnya saya keluar meninggalkan sekolah lama selepas 3 tahun dengan tangan kosong . Sebaliknya , banyak ‘anugerah’ yang telah saya bawa pulang dari sekolah baru hanya selapas 2 tahun pengajian . Inilah hikmah namanya . Saya bersyukur sangat-sangat .

*Saya harap kita sama-sama dapat belajar daripada kisah saya [dan kisah Salwa juga ~ ] .*

Wallahu’alam .



No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]