Hari ini saya gembira . Tak sangka setelah hampir 5tahun terpisah , akhirnya kami masih dapat peluang untuk bertemu semula . Terima kasih saya ucapkan kapada rakan-rakan bekas SKKD '05 atas kerjasama yang kalian berikan .
Pada awalnya saya memang tidak terfikir untuk menghadiri majlis perjumpaan ini . Bukan apa , saya sedar saya bukanlah sesiapa dan saya pasti tiada siapa lagi yang mengenali diri saya . Tetapi ternyata tanggapan saya salah sama sekali . Masih ramai lagi yang mengenali diri ini walaupun selama ini kami tidak pernah bertegur sapa . Sungguh mengharukan !
Saya tidak tahu bila kami semua akan berpeluang mencipta kenangan seperti ini lagi . Selepas ini masing-masing pasti akan menganjak ke era kematangan . Tentu sahaja haluan yang dibawa juga berbeza-beza , kerana saya tahu rakan-rakan saya itu semuanya bukan sembarangan ! Masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan yang amat menjamin masa depan . Insya Allah .
Saya hanya dapat berharap supaya suatu hari nanti , andai Tuhan menentukan bahwa saya dan rakan-rakan tidak berpeluang untuk berkumpul lagi seperti hari ini , sekurang-kurangnya masing-masing akan saling mendoakan antara satu sama lain .
- Semoga kami tidak lupa diri sehingga hanyut terbawa pesona arus duniawi yang bakal dihadapi pada masa-masa mendatang .
- Semoga kami kekal ikhlas dalam menuntut ilmu demi mencari keredhaanNya .
- Semoga kami dapat mencapai impian , seterusnya membina kehidupan seperti yang diidam-idamkan . Insya Allah .
- Semoga kami tidak lupa antara satu sama lain .
Dari saya ,
semoga rakan-rakan sudi menghayati bait-bait coretan saya yang tidak seberapa ini . Saya tinggalkan pembaca dan rakan-rakan dengan sebuah lirik lagu yang dekat dengan jiwa kita bersahabat
Jabat tangan ku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita ber-bincang, tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi
Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti,
sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah,
kar’na waktu ini akan kita banggakan,
di hari tua,
Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik, untuk masa depan
Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti, wo~…
Mungkin diriku, masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku, masih haus sanjungan kalian
Salam sayang ,
1 comment:
erm , ni bru 5thun trpisah . agaknya in 10 yrs , mcm mana lgi ye ? huhu . . ishk ishk ishk
Post a Comment