.:Followers:.

Wednesday, December 8, 2010

Ujian Ketika Ujian..

.: gambar hiasan :.
kadangkala kita rasa bosan dengan ujian dan musibah yang tak putus-putus ditimpakan ke atas kita. Tetapi kita lupa, bersama-sama ujian tersebut, rahmat dan kasih sayang Allah turut melimpahi segenap ruang kehidupan kita.

Innalillahi wainna ilaihi raji'uun..~

Baru-baru ini saya ditimpa musibah . Lagi . Ini merupakan musibah kedua yang terbesar melanda diri saya dalam tahun ini [1431m ] . Bezanya ujian kali ini lebih menggugah IMAN berbanding sebelumnya .

Mula-mula saya kehilangan handphone saya satu-satunya . Tak mengapalah , kerana saya tidak begitu memerlukannya pun . Maksud saya , mujurlah saya bukan seorang yang sentiasa melekat dengan handphone 24 jam , jadi kehilangannya pun tidaklah begitu dirasakan .

Cuma saya berasa agak terkilan kerana handphone tersebut didapati 'ghaib' di dalam rumah saya sendiri ! Saya tahu hal ini mungkin kedengaran lucu bagi pembaca , tapi percaya atau tidak , saya benar-benar sudah tidak menjumpainya lagi sejak hampir 5 bulan yang lalu . Biarlah , banyak hikmahnya .

Berbalik kepada musibah yang saya katakan pada awal muqaddimah tadi , kes KEHILANGAN juga . Ketika itu saya sedang bertungkus-lumus , berhempas pulas berjuang habis-habisan memerah otak sampai kering demi menjawab soalan kimia di dalam dewan peperiksaan . Memang tak boleh lupa .

Pada waktu yang sama , ada pula pihak yang tak bertanggungjawab 'memerah' dompet saya habis-habisan sampai kering di kamar silaturrahim di asrama ! Rasanya tak perlu saya sebutkan nilai wang tersebut kerana ia tidak akan mengubah apa-apa pun .

Terus-terusan saya menyalahkan diri sendiri atas kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku , tanpa memikirkan hikmah dan kasih sayang Allah yang sedang dilimpahkan kepada saya saat itu . Hampir sahaja lafaz "kalaulah aku......" terpacul dari bibir ini .. Inilah yang saya maksudkan dengan 'menggugah iman' .

Mengapa ? Kerana kata-kata tersebut hanya akan terluah dari hati yang kotor dengan noda maksiat kepada Allah serta dari hati yang jauh daripada rasa syukur . Na'uzubillah . Bukan ini yang saya mahukan .

Mujurlah sahabat di sisi lantas menghulur tangan penuh simpati , membawa saya kembali mengingat Ilahi .
Terima kasih , sahabat .
;)
Sekarang saya sudahpun redha dan ikhlas . Bukan rezeki saya .
Apa yang sepatutnya saya lakukan adalah berdoa . Doa untuk kejayaan saya , juga untuk rakan-rakan saya , serta semoga Allah turut memberi kita dan saudara kita yang 'terambil' wang saya tu petunjuk dan hidayah .


Apa yang tersirat di sebalik 'ujian kecil' yang baru menimpa diri yang lemah ini adalah :-

Kalau Allah tak berikan kepada kita apa yang kita mahukan , atau Dia tarik segala yang kita miliki , ini maknanya Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik , kan ?
Mungkin kejadian ini juga merupakan salah satu jalan yang sedang Dia tunjukkan supaya saya lebih berwaspada pada masa akan datang . Bukan sahaja untuk diri saya , tetapi juga untuk pembaca .

Waktu ini saya sedang menghadapi ujian dunia [SPM] dan keputusannya sedia menanti pada tahun hadapan . Saya sendiri dapat mengagak keputusan yang bakal saya terima , memandangkan saya sendiri pun tahu setakat mana usaha saya selama ini .

Telah ditentukan Allah , saya menghadapi juga ujian kecil sebegini pada waktu yang sama . Bezanya ujian ini tidak diketahui keputusannya . Apakah saya akan lulus , atau sebaliknya ?
Semuanya bergantung pada ketulusan hati saya menghadapinya . Dan sesungguhnya tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang terbuku di hati saya , melainkan Yang Maha Esa .

Oleh itu , hati ini perlu dibersihkan .
Bukan nanti ,
bukan esok ,
tapi sekarang !

3 comments:

Farah said...

oh , saya suka ini :)

Putri said...

terima kasih ;)

Muhammad Mu'az said...

oh. SPM rupanya. insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya. UJIAN itu mematangkan diri. bittaufiq wannajah.,

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]