.:Followers:.

Saturday, December 11, 2010

Terharunya .


Kepada Zulaikha Dan Zuleika Anakku

(dedikasi buat dua puteriku Zulaikha dan Zuleika yang sentiasa menyebarkan senyum keibuan)


Zulaikha dan Zuleika,

kemerduan suara senandung itu mengalun,

setiap malam menjelang dan ambang senja berlalu,

roh dan jiwa kami berbiak cemas-cinta dan tiupan doa di ubun-ubun,

kami ingin redakan kata-kata menjadi bisikan lembut pengantar tidur,

agar pupus isak tangis dalam lelap seiring pupuk subur,

yang kami bacakan dalam lubuk dada,

kami tak hafal tembang purba ini,

hanya larik-larik kata yang kami kais dari ingatan usang,

namun kami tahu engkau mengerti,

betapa kami tak mampu menanggung tangis.

Zulaikha dan Zuleika,

bacalah, seperti kau sibuk mengeja nama-nama benda,

merabai tekstur dan ulir,

menganyam warna dan matra,

bacalah mantera dalam kata-katamu sendiri,

yang kau pinjam dari bahasa langit,

sebagaimana kami mengeja hujan yang mematuk-matuk jendela,

seperti morse isyarat rahsia,

sebab kami tak ingin berhenti inginkan doa darimu,

mengaji setiap helai detik,

yang terjilid rapi dalam kalam indah-Nya.


SMAHADZIR

Taman Damai, Banting

Mei 2010


Papa jarang sekali menulis sajak atau puisi berkenaan keluarga kami . Apatah lagi seperti yang di atas . Era , Ena , Along , dan Abang tentu cemburu . Apalah yang saya boleh buat ? Hehe .


Sebenarnya bagi saya , sama ada papa tulis atau tidak puisi sebegini untuk sesiapa , itu semua tidak penting dan tidak boleh dijadikan ukuran . Yang penting adalah , keredhaan dan keberkatan daripada mereka sebagai ibu bapa kita .

Tak kisahlah sebanyak mana pun puisi atau apa sahaja yang dihadiahkan untuk kita , tetapi jika itulah yang kita harapkan semasa kita menjalankan tanggungjawab sebagai anak , maka malulah terhadap diri sendiri . Bukan itu yang diajarkan oleh Islam dalam ibadah (berbakti kapada ibubapa juga merupakan satu ibadah ). Tidak ada maknanya segala amalan kita , walau semulia mana pun ia , jika pada asasnya tidak disulami keikhlasan .

Mungkin saya salah , tapi jika difikirkan secara bijaksana , akal tidak akan dapat menyangkal hakikat bahawa tidak ada seorang pun ibu atau bapa yang mengharapkan balasan dalam menguruskan segala kebajikan anak-anak mereka . Apa yang diharapkan hanyalah yang terbaik buat zuriat amanah Tuhan itu . Saya perlu tegaskan di sini . Ini satu hakikat.

Jadi tanyalah diri kita ,

  • sebanyak manakah bakti yang telah kita sumbangkan kepada ibu bapa ?
  • Mampukah diri menandingi taburan budi yang menggunung daripada insan rabbani tersebut ?
  • Apakah layak diri ini mendapat balasan daripada mereka ?

Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan . Tetapi pada pandangan saya , tiga soalan di atas sudah cukup untuk menginterpretasikan segala kecelaruan hati ini yang sering terdorong untuk menyumbang lebih banyak luka dalam hati mereka . Sungguh .

Tiada apa lagi yang saya mampu ucapkan . Saya tinggalkan pembaca dengan soalan-soalan ini . Sama-samalah kita fikirkan jawapannya .


p/s: *Zulaikha adalah adik saya . *

2 comments:

amira said...

betul tu.
apape pun , penulisan ko mmg terbaik .


p/s: puisi utk aku xde ke ?? keh9

Putri said...

haha. thanks .
anyway , puisi ni ayah aku la yg buat ..

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]