.:Followers:.

Tuesday, May 22, 2012

Menjadi Diriku; Guru..


Bismillah. Pertama sekali, memang AMAT mahu bersyukur kerana

1. Masih hidup.

2. Selesai melaksanakan ‘projek mega’ semester ini; pementasan drama King Lear dengan jayanya.

3. Baru pulang dari English Language Camp di Kalumpang Resort and Training Centre dan PJ Outing di Genting Highlands, meski AMAT penat juga.

Ahad lepas, memang niat di hati, mahu post satu entri sebelum berangkat pergi. Tetapi dek kerana kekangan masa, dengan malam sebelum ke Kem, saya masih sibuk mengemas dan menyusun barang-barang keperluan semasa di Kem tersebut dan itu memang membuatkan saya mengutamakan yang UTAMA dahulu untuk dibuat. Terpaksa meminggirkan blog sementara masa.

Hah!

Memang sekarang ni AMAT terasa sakit lagi badan dan kaki yang bergerak tiada henti dengan School Visit, aktiviti merentas hutan, *mencari harta karun (*terjemah kepada bahasa Inggeris ya =P), dan ya, ada macam rasa penat yang tak mampu nak diungkap. Ceh!

TAPI, tapi, tapi…

Apa yang mahu ditulis di sini ialah, bukan alasan saya untuk tidak menulis. Ini sudah saya pahat, jadi azam saya. Maka, tanggungjawab saya mahu meneruskannya. Cuma mungkin agak perlahanlah progres blog ini jika keutamaannya bertembung dengan keutamaan lain yang lebih aula.

Dan, inilah kisahnya yang mahu saya titip bersama luahan hati dan pemikiran.

Saya menjadi guru! Untuk lebih kurang 3 jam hari itu, 15 Mei 2012.
Dari pukul 10 hingga 12.30 tengahari.
Cuma selang waktu itu SAHAJA.

Namun, entah kenapa serasa ada sesuatu yang MAHA serius untuk dilaksanakan.

Saya bukanlah mengajar pun, hanya perlu mengendalikan beberapa aktiviti sahaja untuk para murid di SJKT Ladang Katoyang.

Masa dapat tahu kena melawat SJKT, ‘What the..???!!’ lah jugak respon kami sekelas.
Rasa tercekik juga di kerongkong.

"Eika, kamu memang kena mengajar di SJKT pun tamat kursus ni nanti..”  suara minda saya berulang.
Heh, terasa lucu.

Tapi, lepas jejakkan kaki ke sekolah itu, lepas saja mulakan sesi suai kenal, saya rasa, seronok dan  DIPERMUDAHKAN.

Alhamdulillah.

Bila dah lalui sendiri rasa jadi CIKGU, memang jadi faham, susah senang,
Tinggi rendah langit kat atas kepala.

Mana nak photostat bahan untuk pelajar?
Mana nak susun masa untuk habiskan aktiviti?
Mana nak selitkan nilai-nilai murni?
Mana nak masa fokus ke pelajar secara seimbang, yang cepat faham, yang 'lambat'?
Mana nak fikir, faham ke tak faham mereka apa AKU cakap?

Soalan kepada DIRI sendiri.

Tanggungjawab kan??

Dan, saya betul-betul telah belajar.
Lagi-lagi di tempat kami dihantar ini (SJKT Ladang Katoyang), memang ditekankan untuk berbahasa Inggeris. Maka, kredibiliti sebagai guru bahasa Inggeris itu memang perlu dijaga.

Mujur, Alhamdulillah, murid-murid di situ kebanyakannya faham dan fasih berbahasa itu. Urusan saya, dan rakan-rakan juga nampaknya, berjalan lancar sekali.

Akhirnya, ada secawan senyum manis bergula mahu ditakung.
Meski baru tiga jam, tak sampai pun satu hari.

“So class, what do you guys think about the games we’ve conducted just now?”
“It was fun!”
“I give two thumbs up!”

Agak riuh sebenarnya kelas itu dengan suara-suara yang melontarkan kegirangan mereka, namun hanya sekerat dua ja yang dapat saya tangkap butir bicaranya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya bahagia bila mereka gembira.

"Teacher, I have a request!"
“Yes?”
“Promise me, you’ll come here again.”

Saya, dan rakan-rakan hanya mampu tersenyum dan mengangguk saja.
Mana mungkin kami memberikan harapan dan janji palsu.

Dan mereka salam tangan saya ini, sebelum kami pulang naik bas.
Pada momen saya labuhkan saja punggung di kerusi penumpang itu, sahabat saya, Afa sudah kelihatan bergenang air matanya. Tak lama lepas itu, banjir!

Saya sebak. Kerana seperti Afa, hati saya juga amat terusik saat melangkah pulang.

Bersama lambaian mesra kanak-kanak semua, cerlus kata-kata;

“I’m crying because you’re leaving”

“Bye teachers, see you tomorrow.”


Allah.

Oh, harap mereka benar-benar seronok. :D


Insya Allah. Ini doa dan kerja saya


Sahabat pelatih guru seperjuangan, keluarga se-aqidah saya semua,

Ayuh teruskan langkah juang kita, dalam apa bidang sekalipun. Kepenatan, semua orang akan penat. Tetapi persoalannya, penat kita itu berbaloi atau tidak?

Berbaloi itu apa? Allah pandangnya dan meredhainya. Pasti, bukan mudah. Tetapi kepastian Allah itu manis kalau sabar itu seiringan. ^,^

TERUS SENYUM, dan SENTIASA ingat DIA.
Ini semua, juga ilham dari Dia.

Wallahu a'alam.


Melangkah gagah menuju hari esok. Mungkin juga bersama beban baru.
Doa-doa kalian menerangi hidup saya. Atas rahmat dan taufiqNYA.
*Dan yang penting, jiwa ini sudah redha dan bahagia dengan pilihan sebagai guru. Haa~


p/s; Nanti, insya Allah saya mahu post tentang pementasan drama King Lear, kerja kursus kami hari itu. PJ Outing juga. Mahu dapatkan gambar, dan ibrah projek-projek ini..kalau ada. Insya ALLAH, pasti ada. ;)


No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]