Papa Mama. Rindu. Jaga diri. |
Mama Papa mengajar
kami, bahawa tidak semestinya ke sekolah agama untuk menjadi orang beragama.
Tetapi mereka tetap jua memaksa saya untuk bersabar dahulu di SAMBBST (STISS)
ketika saya menangis-nangis mahu pulang semula ke SAMUSKD, atau paling tidak,
ke SMKTD.
“Tempat baru,
biasalah. Mereka belum kenal siapa kita. Itu semua provokasi ja, persetankan.
Kita pindah sini mahu belajar, kerana Allah, bukan orang lain.”
Itulah kata Papa saat
saya tersedu-sedan mengadu tentang rakan-rakan baru dan segelintir guru yang
banyak meredam jelu dalam kalbu waktu awal kedatangan saya ke situ.
"Apa yang rasa tak betul tu cakap je kat warden bertugas. Jangan takut."
Dan mama mengajar diri ini tentang keberanian.
Ah, merekalah itu. Yang begitu sabar mengajar diri tentang takdir dan keredhaan.
"Bersyukur. Jangan merungut. Allah susun semua yang terbaik untuk kita. Sabar, sabar je."
ALLAH.
Allah menghantar saya menjadi anak yang pasif, dan Mama jadi pentarbiyah yang berkesan. Allah menghantar saya menjadi anak yang kerap tersungkur lemah, dan Papa jadi penguat dan menuntun tangan untuk terus berlarian. Allah menghantar saya sebagai anak yang nakal dan kadang terlalu serius, dan merekalah, seperti yang selalu, membawa tawa dan riang ke ruang udara.
"SAMUSKD ke, BBST ke, kalau nak berjaya, sekolah orang asli pun boleh berjaya."
"Kalau betul nak
berjuang untuk Islam, buat biar betul-betul untuk Islam, bukan untuk diri
sendiri atau apa. Niat, kena selalu betulkan."
"Dapat pergi overseas ke, belajar kat Malaysia saja ke, di mana-mana pun, tetap bumi Allah. Yang penting diri kita."
"Jangan merungut bila susah, sakit. Jangan gunakan semua itu sebagai alasan."
"Manusia yang suka datangkan masalah sendiri, cari penyakit. Bila doktor cakap jangan buat macam tu, nak buat jugak, akhirnya diri sendiri yang susah. Samalah bila Allah tak bagi buat apa yang Dia larang, nak buat jugak, memang cari binasa lah."
---------------
Mama. Papa :')
Ia hanya satu bunyi
yang biasa, satu gumaman dengan bibir terbuka sedikit. Tetapi daripada jutaan
perkataan yang terdapat di dunia ini, tiada satu pun yang keluar dari mulutmu
seistimewa perkataan itu.
"Ma, best tak jadi mama?"
"Ma, best tak jadi mama?"
"Best!"
"Kenapa?"
Mama tak jawab saya. Terlalu subjektif, katanya.
Subhanallah, saya tahu kalau satu hari nanti diri ini menjadi ibu, saya takkan dapat jadi sebaik mama.
Saya nampak riak muka mama yang penuh dengan keprihatinan. Barulah saya faham, apabila kita memandang ibu, kita memandang ke dalam erti kasih sayang yang suci murni seorang ibu.
'Jangan takut jatuh' |
Papa pernah
memberitahu saya supaya ‘kuatkan diri’ setiap kali saya terjatuh. ‘Kuatkan
semangat, Eika, kuatkan diri’. Seperti insan-insan lain yang juga menghadapi
masalah dalam hidup mereka, saya cuba berkelakuan dengan cara mana sekalipun
yang dapat membawa saya menyedari dan menerima undang-undang kehidupan ini
seadanya. Jadi, tiada air mata Eika. Saya tidak akan menangis.
“Jadi” katanya
menyambung, “sekarang kamu tahu bagaimana mama dan papa mengharapkan kelahiran
kamu semua. Anak-anak selalu terlupa akan itu. Mereka menyangka mereka
beban, dan bukan hajat yang ditunaikan Tuhan.”
Saya seperti mahu
menangis rasanya. Permintaan yang terlaksana? Saya sepatutnya berbangga. Saya
sepatutnya malu kerana selama ini mensia-siakan hidup saya. Sebaliknya,
berputus asa.
Kamu kiralah jumlah
jam yang kamu dapat berada di sisi orang tuamu. Ia bersamaan dengan sepanjang
hayat.
“Hidup ini terlalu
cepat. Bukankah begitu, Eika?”
“Ya.” Saya menggumam.
“Sungguh rugi membuang
masa. Kita selalu menyangka kita mempunyai banyak masa.”
Ada satu masa, saya mendapat tahu (Papa memang tak pernah maklumkan pada kami tentang dedikasi
sebegitu) yang Papa menulis puisi khas untuk saya dan adik – ada juga yang
untuk kesemua puterinya, dan kini, tersemat dalam koleksi puisi mutakhir
beliau. Dan, saya mendapat tahu pada waktu saya berputus asa dalam hidup.
Allah.
Setelah lama baru saya
menyedari bagaimana ibu ataupun bapa kita menurunkan kepada kita dan anak-anak
kita (insya Allah) bakat dan kebolehan, sama ada kita suka atau sebaliknya.
Dan saya pun tersenyum. SYUKUR.
p/s: Mama Papa telah berlepas ke tanah suci Mekah semalam, 29hb Mei. Mohon doa pembaca akan keselamatan dan kesejahteraan mereka sepanjang berada di sana sehingga pulang ke tanah air. Jazakumullah :)
Insya Allah saya akan pasti menyusul! Doakan.
No comments:
Post a Comment