.:Followers:.

Tuesday, November 22, 2011

Makna..

Hidup saya ialah hidup yang biasa sahaja tetapi banyak pengalaman, ilmu, peluang yang Allah berikan untuk menyelami fikrah, pemikiran manusia-dirisendiri dan persekitaran.



‘COUPLE’. Saya penat melihat apa yang jelas diperlihatkan.

Bagaimanapun, saya masih lagi bukan yang terbaik untuk bercakap-cakap tentangnya. Saya juga khilaf, ya, suatu masa lalu. Kini, masih juga khilaf, walau dengan alasan. Huh, ALASAN. *Matlamat tetap tidak menghalalkan cara, Eika!

Ada yang mempersoal. Ada yang datang kemudian bertanya soal maruah dan integriti. Saya sekadar berdiam diri. Lama. Saya tersenyum tawar dan menahan diri dari berlalu pergi. Hampir menangis.

PEREMPUAN. Menutup diri bukan alasan minda kita pun tertutup sama.

Hasil pemerhatian dan pengalaman (not mine) telah membuka mata dan hati. Saya dan beberapa orang sahabat yang sekapal akhirnya menamatkan soal ini dengan konklusi-konklusi yang wajar dicakna sepanjang zaman.

-Andai seorang wanita dan lelaki memahami tujuannya dicipta di Bumi ini, sebagai khalifah, yang amalnya pasti dibawa mati, mereka akan cekal menjaga amalnya.

-Andai seorang wanita dan lelaki memahami bahawa perhubungan antara keduanya bukan untuk suka-suka tetapi hanya untuk kepentingan buat menegak agama, mereka akan tahu memelihara diri dan menjaga jiwa..

-Andainya wanita dan lelaki ini memahami falsafah perkahwinan yang bukanlah hanya untuk menghalalkan yang haram, tetapi juga menjadi akar perjuangan, dan semuanya tentu sekali kerana Allah, kita tidak akan menghadapi krisis moral dan fikrah yang bercacar!


***


‘TERJATUH’. Saya tidak lagi sekuat dulu. Saya akui benar hal itu. Rencam cara yang cuba saya senaraikan dalam kepala untuk atasi kelemahan diri berurusan dengan emosi. Mengadu. Mengadu sajalah yang mampu.

Saya lihat Papalah yang menjadi lelaki yang paling kacak dalam kegusaran saya yang tidak dijangkakan waktu itu. Papa yang bergaya, membalas dengan kata-kata penuh makna disertai senyuman yang manis, suruh saya bermunasabah. Mengingatkan bahawa alam sedang mengajar saya erti kehidupan, tak ada pelajaran sebegini di kuliah.

Dan ternyata benar kata Papa... Perkara yang tidak molek dalam kanvas hidup kita, apabila ditaakul semula, memberi makna besar untuk jangka masa yang lama. Saya yang lemah dan adakalanya kalut, bagai didatangi oasis indah pemberian Tuhan. Syukur untuk itu.

Saya jadi teringat, cikgu-cikgu di Unwanus Saadah juga di STISS dulu pun selalu berkata yang kita hanya akan kenal erti hidup yang sebenarnya apabila keluar sekolah. Apabila keluar universiti dan bekerja, kita akan belajar sedikit lagi. Kemudian mungkin sekali setelah kahwin dan punya keluarga, kita akan belajar lebih lagi tentang hidup.

Ketika mati, akhirnya barulah kita menghadam nilai hidup yang sebenar. Barangkali..?

Nampaknya benar, setelah keluar dari pagar STISS pada hari ‘kegagalan’ pendaftaran STAM awal tahun ini (bukan jodoh saya), lantas menyimpan terus baju uniform putih hijau itu, saya menjadi pelajar kehidupan. Allah mengajar saya dengan cara yang begitu unik sekali. Acapkali saya kelelahan, tapi, bukankah kelemahan itu buat kita lebih mengingati Tuhan?

Saya membelek naskah Suci saya berwarna hijau gelap dan perlahan-lahan berpesan kepada diri. Al-'Anm ayat 32, “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?”

Setiap manusia itu Tuhan telah berikan pelbagai nikmat. Pada setiap masa dan ketika, waima terlena itu pun nikmat besar. Inikan pula menaip, membaca dan menaakul.



HIDUP. Maknainya.



1 comment:

fasyaSM said...

PEREMPUAN. Menutup diri bukan alasan minda kita pun tertutup sama.

I like!!!!!!!

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]