.:Followers:.

Sunday, November 20, 2011

Motif (?)

Petang semalam, saya makan di ruang tamu sambil menonton perlawanan bola sepak (Malaysia vs Myanmar). Dan biasalah, ada adegan-adegan menjerit dan melompat-lompat penuh semangat si penontonnya.

Cuma yang luar biasanya, penonton yang dimaksudkan itu bukanlah abang atau Papa, sebaliknya adik perempuan saya dengan Mama!

Lucu. Papa pula jadi yang menyuruh mereka duduk diam dan bertenang. Saya terfikir-fikir, sejak bila pula Mama begitu berminat dengan bola sepak?

Dan jawapan ‘sempoi’ daripada Mama, “Dulu Malaysia main macam t***, malas nak tengok. Sekarang ni dah ok lah sikit..”


Sungguh, sampai saat ni saya belum boleh percaya Mama yang kata semua itu =.=” Dahsyat!

Usai makan, saya ke dapur, untuk mencuci pinggan. Di luar tingkap, saya ternampak adegan (bukan 18SX) anak-anak kecil jiran sedang mandi di belakang rumah. Saya tersenyum-senyum sendiri.

Teringat zaman kanak-kanak. Saya pun pernah begitu. Bahkan, bukan di belakang rumah, tapi di halaman depan. Bayangkan. (lebih baik jangan :P).

Saya yang lebih dahsyat.

Apa motif??


#ini hanyalah secebis nota picisan



2 comments:

fasyaSM said...

Apsl xckp yg ika suke nangis time kecik. Ciwekkkkkk. Heheheh

Eika Fereizya SM said...

itu tak dahsyat~ =.="

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]