.:Followers:.

Sunday, November 20, 2011

Tak Perlu Tajuk.

Menahan rindu satu keseksaan, bukan? Saya tahu saya patut lebih berintelektualiti di sini, tapi sekarang ialah masa kenang-kenangan.

Tak ada apalah, saya cuma rindukan sahabat-sahabat saya. Jaga diri baik-baik, ya teman-teman ? :)

Semasa di Unwanus Saadah, hidup saya adalah hidup yang biasa-biasa sahaja tapi saya selalu bersemangat. Saya masih ingat, kadangkala jika saya dan teman-teman rajin ke pondok belakang Bilik ISO semasa rehat, saya akan menghirup segarnya udara di bawah pepohon rimbun sambil merenung jauh ke hutan, seolah melontar segala resah yang tak pernah berkunjung di situ.

Waktu itu, sambil menjamah makanan, kami akan membuka halaqah, bercerita seperti biasa. Bercakap tentang perkara yang besar, tak kurang juga yang kecil. Dan, halaqah bersambung sehingga habis waktu rehat, di dalam kelas.

Ahh kelas saya sememangnya terkenal dengan ‘kelincahannya’ apatahlagi apabila tiada guru mengajar. Baik semasa di tingkatan 1 Nilam, 2 Fairuz mahupun 3 Fairuz. Akhirnya, halaqah pasti akan bubar dengan kesimpulan-kesimpulan yang sukar saya lupakan sampai bila-bila. *Bukan masanya lagi untuk saya bercerita tentangnya ;)

Saya teramatlah rindukan rutin berbasikal ke sekolah. Saya bersama dua orang lagi rakan sekelas dan setaman perumahan (??) gemar berlumba-lumba sesama sendiri (adakalanya dengan Bas Lim~) pulang ke rumah. Lebih mengujakan lagi jika hari hujan. Seronok! Oh mustahil kami dapat ‘merempit’ begitu lagi. Basikal saya pun sudah tamat riwayatnya ;( *Err..motif?!

Tak banyak cerita akademik yang saya dapat bawa pulang semasa di STISS, tapi ramai tahu bagaimana kehidupan di sana telah membawa saya ke dimensi baru, di mana rencam cara telah saya aplikasikan, namun hanya agama yang dapat mengembalikan jiwa kita kepada fitrah. Yang padanya saya dapat apa yang saya perlu dan jumpa apa yang saya cari.

Saya ingat lagi, kadangkala waktu petang selepas baca Mathurat, saya suka bersenang-senang di Surau Raudhatul Faizin. Senang memerhatikan sinar suria masuk jadi bilah-bilah nur yang indah menerangi surau.

Kalau bertuah, adalah seorang dua muslimin yang baca Al-Quran sampai bergaung-gaung dan saya hanya akan duduk mendengar sambil bersandar (adakalanya, lebih tepat, selalunya sampai tertidur).

Usai makan di Dewan Makan atau pulang dari sekolah, saya rindu saat ketawa berderai dengan adegan 'Lumba Lari' dengan teman-teman; mengikut sunnah Nabi, walaupun bukan dengan seorang suami :)

Berbulan yang lalu saya mendapat perkhabaran bahawa Aisyah dan Yusof, dua orang sahabat saya dari STISS telah selamat mendarat di tanah Jordan dan Mesir untuk meneruskan pelajaran mereka dalam bidang Usuluddin dan perubatan (kalau tak silap saya lah~).

Ouh, tempat belajar yang pernah menjadi idaman saya tak lama dahulu, hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi !

Betapa bertuahnya para sahabat yang berada di bawah langit yang sama dengan para anbiya dan sahabat baginda, yang bernafas dan disapa angin yang menerbangkan debu-debu tanah kelahiran Islam, bertalaqqi dengan sheikhul Islam yang mahsyur, yang tentu sekali, berada begitu dekat dengan Makkah dan sungai Nil!

Saya mencemburui mereka.

Umph, takdir, sayang..


Merindui Unwanus Saadah, STISS, biah solehah, taalim dan para sahabat yang menitip ukhuwah fillah.

Saya benar-benar mengakui satu perkara, sekolah memang menjanjikan saat-saat yang amat manis..!


2 comments:

Syamimi Razali said...

start to miss my school time..

T_T

Putri said...

i never stop missing them~ >,<

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]