.:Followers:.

Friday, June 8, 2012

Apa Yang Ada Pada Diri Kita...


Alhamdulillah, selawat ke atas Rasulullah SAW. 

"Apa yang ada pada diri kita?"


Kenyataannya, kamu yang merupakan diri sendiri dan bukan orang lain, adalah satu daripada aset terbesar yang kamu miliki. Kelukaan pada emosi adalah harga yang seorang manusia harus bayar untuk menjadi bebas (dan merdeka dalam erti kata sebenar).  

Dan sungguh, saya ‘terlarut’ dengan kata-kata yang serba ringkas ini.

Seringkali kala memandang orang (mahupun diri sendiri), kita lupa mata yang hebat untuk melihat itu. Bukankah ia ada pada diri sendiri? 

Baiklah. Maka, mulai hari ini juga, saya akan lebihkan usaha untuk jadi lebih baik dari saya yang dulu, dan saya yang sekarang. Insya ALLAH wa bismihi. (^_^)v


Sebelum larian 2.4km. *Gambar selepas tu..faham-faham ja lah.


Hinalah!
Andai seorang itu melangkah
kerana janji Ilahi yang gagah
tetapi tiba-tiba menyerah kalah
hanya kerana sebuah dugaan yang lemah.




p/s: Ini entri cacamarba. Harap-harap, lepas ini saya akan post sesuatu yang matang dan ada nilai, bukan kosong semata-mata.. Ah-ha. Sedar diri ;)

Monday, June 4, 2012

Falling Apart



We were both young,
When the song, in harmony, is sung,
As I set off the wall between us,
Even the shades of trees can feel the blast.

You are the best of friends,
In the world full of offense,
Whenever it makes me feel down,
You bury my frown in the frozen ground.

But at spring mending time, you finally got to go
It’s the day my apple trees, too, stand in sorrow,
The mischief in me, do burn it in the sun,
So no flaw in me, you can see one.

Sitting together on the upper boulders,
I cried all the heart on your shoulders,
The memories; I still see them beyond the hill,
Had the yelping dogs their claws, still cannot kill.

To seek your love, no work of hunters will do it,
 Reminiscing about our days could just place me under it,
Treat time as just another kind of outdoor game,
So once again, you are then to say my name.


"It has been a while..."



Wanna Step Outside



Is it this way? - Towards the healthier Earth


I wanna step outside
And stand with pride
That I can see the trees
And smell the flowers through the breeze

I wanna step outside
And say with pride
That I can watch the birds fly high
And count the shining stars in the night sky

I wanna step outside
With or without pride
To touch the grass
That is spiky and green
And feel the wind’s blast
Which makes it’s clearly seen

I wanna step outside
Where no rubbish sways in the cool breeze
Where litter is taken home, with please

I wanna step outside
Where the forest is kept neat and clean
Where there is no pollution to be seen

I wanna step outside
But My Lord, I couldn’t see the sign
The sign towards the view I highlight
Or..have I just gone blind?


Wednesday, May 30, 2012

Mama Papa


Papa Mama. Rindu. Jaga diri. 


Mama Papa mengajar kami, bahawa tidak semestinya ke sekolah agama untuk menjadi orang beragama. Tetapi mereka tetap jua memaksa saya untuk bersabar dahulu di SAMBBST (STISS) ketika saya menangis-nangis mahu pulang semula ke SAMUSKD, atau paling tidak, ke SMKTD.

“Tempat baru, biasalah. Mereka belum kenal siapa kita. Itu semua provokasi ja, persetankan. Kita pindah sini mahu belajar, kerana Allah, bukan orang lain.”

Itulah kata Papa saat saya tersedu-sedan mengadu tentang rakan-rakan baru dan segelintir guru yang banyak meredam jelu dalam kalbu waktu awal kedatangan saya ke situ.

"Apa yang rasa tak betul tu cakap je kat warden bertugas. Jangan takut."

Dan mama mengajar diri ini tentang keberanian.

Ah, merekalah itu. Yang begitu sabar mengajar diri tentang takdir dan keredhaan.

"Bersyukur. Jangan merungut. Allah susun semua yang terbaik untuk kita. Sabar, sabar je."

ALLAH.

Allah menghantar saya menjadi anak yang pasif, dan Mama jadi pentarbiyah yang berkesan. Allah menghantar saya menjadi anak yang kerap tersungkur lemah, dan Papa jadi penguat dan menuntun tangan untuk terus berlarian. Allah menghantar saya sebagai anak yang nakal dan kadang terlalu serius, dan merekalah, seperti yang selalu, membawa tawa dan riang ke ruang udara.

"SAMUSKD ke, BBST ke, kalau nak berjaya, sekolah orang asli pun boleh berjaya."

"Kalau betul nak berjuang untuk Islam, buat biar betul-betul untuk Islam, bukan untuk diri sendiri atau apa. Niat, kena selalu betulkan."

"Dapat pergi overseas ke, belajar kat Malaysia saja ke, di mana-mana pun, tetap bumi Allah. Yang penting diri kita."

"Jangan merungut bila susah, sakit. Jangan gunakan semua itu sebagai alasan."

"Manusia yang suka datangkan masalah sendiri, cari penyakit. Bila doktor cakap jangan buat macam tu, nak buat jugak, akhirnya diri sendiri yang susah. Samalah bila Allah tak bagi buat apa yang Dia larang, nak buat jugak, memang cari binasa lah."

---------------

Mama. Papa :')


Ia hanya satu bunyi yang biasa, satu gumaman dengan bibir terbuka sedikit. Tetapi daripada jutaan perkataan yang terdapat di dunia ini, tiada satu pun yang keluar dari mulutmu seistimewa perkataan itu.

"Ma, best tak jadi mama?"

"Best!"

"Kenapa?"

Mama tak jawab saya. Terlalu subjektif, katanya.

Subhanallah, saya tahu kalau satu hari nanti diri ini menjadi ibu, saya takkan dapat jadi sebaik mama.

Saya nampak riak muka mama yang penuh dengan keprihatinan. Barulah saya faham, apabila kita memandang ibu, kita memandang ke dalam erti kasih sayang yang suci murni seorang ibu.


'Jangan takut jatuh'

Papa pernah memberitahu saya supaya ‘kuatkan diri’ setiap kali saya terjatuh. ‘Kuatkan semangat, Eika, kuatkan diri’. Seperti insan-insan lain yang juga menghadapi masalah dalam hidup mereka, saya cuba berkelakuan dengan cara mana sekalipun yang dapat membawa saya menyedari dan menerima undang-undang kehidupan ini seadanya. Jadi, tiada air mata Eika. Saya tidak akan menangis.

“Jadi” katanya menyambung, “sekarang kamu tahu bagaimana mama dan papa mengharapkan kelahiran kamu semua. Anak-anak selalu terlupa akan itu. Mereka menyangka mereka beban, dan bukan hajat yang ditunaikan Tuhan.”

Saya seperti mahu menangis rasanya. Permintaan yang terlaksana? Saya sepatutnya berbangga. Saya sepatutnya malu kerana selama ini mensia-siakan hidup saya. Sebaliknya, berputus asa.

Kamu kiralah jumlah jam yang kamu dapat berada di sisi orang tuamu. Ia bersamaan dengan sepanjang hayat.

“Hidup ini terlalu cepat. Bukankah begitu, Eika?”
“Ya.” Saya menggumam.
“Sungguh rugi membuang masa. Kita selalu menyangka kita mempunyai banyak masa.”

Ada satu masa, saya mendapat tahu (Papa memang tak pernah maklumkan pada kami tentang dedikasi sebegitu) yang Papa menulis puisi khas untuk saya dan adik – ada juga yang untuk kesemua puterinya, dan kini, tersemat dalam koleksi puisi mutakhir beliau. Dan, saya mendapat tahu pada waktu saya berputus asa dalam hidup. Allah.

Setelah lama baru saya menyedari bagaimana ibu ataupun bapa kita menurunkan kepada kita dan anak-anak kita (insya Allah) bakat dan kebolehan, sama ada kita suka atau sebaliknya.

Dan saya pun tersenyum. SYUKUR.


p/s: Mama Papa telah berlepas ke tanah suci Mekah semalam, 29hb Mei. Mohon doa pembaca akan keselamatan dan kesejahteraan mereka sepanjang berada di sana sehingga pulang ke tanah air. Jazakumullah :)

Insya Allah saya akan pasti menyusul! Doakan.


Tuesday, May 22, 2012

Menjadi Diriku; Guru..


Bismillah. Pertama sekali, memang AMAT mahu bersyukur kerana

1. Masih hidup.

2. Selesai melaksanakan ‘projek mega’ semester ini; pementasan drama King Lear dengan jayanya.

3. Baru pulang dari English Language Camp di Kalumpang Resort and Training Centre dan PJ Outing di Genting Highlands, meski AMAT penat juga.

Ahad lepas, memang niat di hati, mahu post satu entri sebelum berangkat pergi. Tetapi dek kerana kekangan masa, dengan malam sebelum ke Kem, saya masih sibuk mengemas dan menyusun barang-barang keperluan semasa di Kem tersebut dan itu memang membuatkan saya mengutamakan yang UTAMA dahulu untuk dibuat. Terpaksa meminggirkan blog sementara masa.

Hah!

Memang sekarang ni AMAT terasa sakit lagi badan dan kaki yang bergerak tiada henti dengan School Visit, aktiviti merentas hutan, *mencari harta karun (*terjemah kepada bahasa Inggeris ya =P), dan ya, ada macam rasa penat yang tak mampu nak diungkap. Ceh!

TAPI, tapi, tapi…

Apa yang mahu ditulis di sini ialah, bukan alasan saya untuk tidak menulis. Ini sudah saya pahat, jadi azam saya. Maka, tanggungjawab saya mahu meneruskannya. Cuma mungkin agak perlahanlah progres blog ini jika keutamaannya bertembung dengan keutamaan lain yang lebih aula.

Dan, inilah kisahnya yang mahu saya titip bersama luahan hati dan pemikiran.

Saya menjadi guru! Untuk lebih kurang 3 jam hari itu, 15 Mei 2012.
Dari pukul 10 hingga 12.30 tengahari.
Cuma selang waktu itu SAHAJA.

Namun, entah kenapa serasa ada sesuatu yang MAHA serius untuk dilaksanakan.

Saya bukanlah mengajar pun, hanya perlu mengendalikan beberapa aktiviti sahaja untuk para murid di SJKT Ladang Katoyang.

Masa dapat tahu kena melawat SJKT, ‘What the..???!!’ lah jugak respon kami sekelas.
Rasa tercekik juga di kerongkong.

"Eika, kamu memang kena mengajar di SJKT pun tamat kursus ni nanti..”  suara minda saya berulang.
Heh, terasa lucu.

Tapi, lepas jejakkan kaki ke sekolah itu, lepas saja mulakan sesi suai kenal, saya rasa, seronok dan  DIPERMUDAHKAN.

Alhamdulillah.

Bila dah lalui sendiri rasa jadi CIKGU, memang jadi faham, susah senang,
Tinggi rendah langit kat atas kepala.

Mana nak photostat bahan untuk pelajar?
Mana nak susun masa untuk habiskan aktiviti?
Mana nak selitkan nilai-nilai murni?
Mana nak masa fokus ke pelajar secara seimbang, yang cepat faham, yang 'lambat'?
Mana nak fikir, faham ke tak faham mereka apa AKU cakap?

Soalan kepada DIRI sendiri.

Tanggungjawab kan??

Dan, saya betul-betul telah belajar.
Lagi-lagi di tempat kami dihantar ini (SJKT Ladang Katoyang), memang ditekankan untuk berbahasa Inggeris. Maka, kredibiliti sebagai guru bahasa Inggeris itu memang perlu dijaga.

Mujur, Alhamdulillah, murid-murid di situ kebanyakannya faham dan fasih berbahasa itu. Urusan saya, dan rakan-rakan juga nampaknya, berjalan lancar sekali.

Akhirnya, ada secawan senyum manis bergula mahu ditakung.
Meski baru tiga jam, tak sampai pun satu hari.

“So class, what do you guys think about the games we’ve conducted just now?”
“It was fun!”
“I give two thumbs up!”

Agak riuh sebenarnya kelas itu dengan suara-suara yang melontarkan kegirangan mereka, namun hanya sekerat dua ja yang dapat saya tangkap butir bicaranya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya bahagia bila mereka gembira.

"Teacher, I have a request!"
“Yes?”
“Promise me, you’ll come here again.”

Saya, dan rakan-rakan hanya mampu tersenyum dan mengangguk saja.
Mana mungkin kami memberikan harapan dan janji palsu.

Dan mereka salam tangan saya ini, sebelum kami pulang naik bas.
Pada momen saya labuhkan saja punggung di kerusi penumpang itu, sahabat saya, Afa sudah kelihatan bergenang air matanya. Tak lama lepas itu, banjir!

Saya sebak. Kerana seperti Afa, hati saya juga amat terusik saat melangkah pulang.

Bersama lambaian mesra kanak-kanak semua, cerlus kata-kata;

“I’m crying because you’re leaving”

“Bye teachers, see you tomorrow.”


Allah.

Oh, harap mereka benar-benar seronok. :D


Insya Allah. Ini doa dan kerja saya


Sahabat pelatih guru seperjuangan, keluarga se-aqidah saya semua,

Ayuh teruskan langkah juang kita, dalam apa bidang sekalipun. Kepenatan, semua orang akan penat. Tetapi persoalannya, penat kita itu berbaloi atau tidak?

Berbaloi itu apa? Allah pandangnya dan meredhainya. Pasti, bukan mudah. Tetapi kepastian Allah itu manis kalau sabar itu seiringan. ^,^

TERUS SENYUM, dan SENTIASA ingat DIA.
Ini semua, juga ilham dari Dia.

Wallahu a'alam.


Melangkah gagah menuju hari esok. Mungkin juga bersama beban baru.
Doa-doa kalian menerangi hidup saya. Atas rahmat dan taufiqNYA.
*Dan yang penting, jiwa ini sudah redha dan bahagia dengan pilihan sebagai guru. Haa~


p/s; Nanti, insya Allah saya mahu post tentang pementasan drama King Lear, kerja kursus kami hari itu. PJ Outing juga. Mahu dapatkan gambar, dan ibrah projek-projek ini..kalau ada. Insya ALLAH, pasti ada. ;)


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]