.:Followers:.

Saturday, August 13, 2011

Teringat..



Semalam, sebelum berbuka, saya sempat melawat teratak maya milik seorang kenalan. Teringat detik awal pertemuan kami.



*SAGUHATI PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SEKOLAH MENENGAH 2008*


Waktu tu saya sambut kemenangan dengan penuh syukur. Tiada apa pun untuk dibanggakan,tapi sungguh, ianya membawa saya ke suatu dimensi baru!


Ketika majlis penyampaian hadiah, saya bertemu dengan cik Adilla dari Penang, yang muda dan berbakat besar, juga beberapa saudara lain. Itu telah menjadi pengalaman baru yang kemas dalam lipatan ingatan ;)


Saya duduk di meja itu. Adilla senyum, lantas sedikit menunduk. "PMR berapa A?".

Spontan soalan itu mercup dari saya, bukan nama atau dari mana.


Adilla yang berkerut kening, membuka mulut, "Oh,alhamdulillah..9". Barangkali janggal dengan soalan saya itu.


Usai makan, saya beralih tempat duduk ke sebelah Adilla.


Banyak yang kami ceritakan (nama pun perempuan kan ?), tentang sekolah agama, sekolah berasrama penuh.



I


Dan, saya agak kaget bila dia khabarkan yang dia telah menolak tawaran ke SBP..


"Kenapa?"


"Setiap orang ada alasan masing-masing"


"Sayangnya...mudah berjaya di SBP"


"Di mana- mana pun sama. Setiap inci tanah di bumi Tuhan ini dijadikan tempat untuk beribadat. Menuntut ilmu..tak semestinya di SBP."


"Kalau saya, saya takkan tolak.."


"Awak tak berada di tempat saya.."


"Awak sekolah mana?"


"SMKA AL-Irshad, Kepala Batas...tak pernah dengar?"


Saya senyum mengiyakan.



II


"Adilla, sekolah awak macam mana?"


"Maksudnya?"


"Err.. ukhuwah antara lelaki dan wanita.."


"Kenapa tanya? Awak jawab soalan awak dulu.."


"Sekolah saya dulu kami lelaki perempuan rapat-rapat, dah macam adik beradik..tapi tetap tak lebih batas.."


"Oh, sekolah saya ada yang begitu, ada yang menjaga 'hijabnya'..terpulang nak jadi yang mana.."


"Awak tau, bila saya masuk STIS ni, saya janggal jugak awalnya bila ada sempadan jelas antara lelaki dan perempuan.."


"Biasalah, hijrah memang sukar awal-awal, di hujung kita rasalah manisnya..."



Tiba-tiba saya teringat 'saya yang dahulu'. Hampir tiga tahun menjadi pelajar sekolah agama yang sentiasa bersemangat mempertahan hak pergaulan para perempuan yang perlu 'kamcing' dengan lelaki selagi tidak melanggar batas, tiba-tiba tercampak di sebuah sekolah agama yang budayanya menyimpang dari 'kelaziman' saya dulu..itu hijrah bukan?


Namun di STIS dan SAM Unwanus Saadah lah saya belajar bahawa Islam dan ukhwah bukan pada nama, bahkan harus diterjemah dalam laku seorang manusia. Biarlah namanya tak segah mana, tapi di tanahnya sudah tertanam benih-benih cinta saya.



III



"Macam mana badan dakwah di sekolah awak?", Adilla pula mengambil tempat untuk bertanya.


"Macam biasa..", selamba saya menjawab.


"Oh, baguslah.."


"Awak? Badar sekolah awak macam mana?"


"Macam biasa...tapi kami nak jadikannya Luar Biasa!"


"Halaqoh, Usrah, Taalim?"


"Semua sekali!"


Jeda seketika..


"Dalam halaqah, selalu bincang pasal 'CINTA'?"


"Oh,tentu sekali!"


Saya dan dia tersenyum penuh makna..



Saya teringatkan sahabat-sahabat dalam taalim, saya rindu dengan halaqah puteri saban hari ketika malam menjengah. Kadang-kadang saya terfikir. Isu cinta muda-mudi seringkali dibawa ke dalam usrah kita. Di mana sebenarnya mentaliti adik-adik dan rakan-rakan kita; tak sabar-sabar berfikir soal ranjang? Atau minda kita tersembam 'on the bed of roses'?


Entahlah. Saya dah penat dengan semua itu. Seolah itu sajalah apa yang dituntut dalam hidup ni. Saya menjadi kurang gemar dalam proses tarbiyah yang menemukan antara laki-laki dengan perempuan. Namun itulah cabaran masa kini dalam menegak dan mempertahan kesucian minda dan fikiran !


*****



Akhirnya, majlis tamat. Hadiah diberi. Tapi hadiah yang paling bermakna untuk saya adalah pelancaran antologi cerpen KUNCI GERBANG MASA. Rasanya sudah terjual di pasaran.




P/s : Manusia berubah. Proses itu pelbagai caranya.





Wednesday, August 10, 2011

Itulah IHSAN namanya..


"Macam mana kita nak tahu kebaikan Allah pada kita ?"

Soalan ini dahulunya mercup dari bibir saya, tapi baru-baru ini, ia diajukan kepada saya. Sungguh, saya tersenyum mendengarnya. *Teringat analogi kebaikan Allah yang biasa dinyatakan oleh sahabat saya suatu masa dulu.

"Pernah tak satu hari tu semasa kita belajar atau mengulangkaji (atau apa-apa saja) dan waktu itu kita berada dalam keadaan lapar, tiba-tiba datang seseorang menawarkan makanan kepada kita ?"

"Pernah je.."

"Secara zahirnya memanglah orang itu yang beri makanan kepada kita, tapi jika kita renung dalam-dalam, orang tu tahu ke kita lapar atau tak ? Mestilah tak kan ? Kalau kita tak beritahu. Siapa sebenarnya yang beri hidayah kepadanya, dan penting sekali, siapa yang datangkan taufiq agar dia benar-benar hulur makanan pada kita?"

"Allah."

"Tepat sekali. Jadi itulah dia contoh kebaikan Allah kepada kita."

*Angguk angguk.

Saya bukanlah serba alim semuanya, tapi mana yang saya tahu dan ingat, boleh juga saya kongsikan. Kalau tersilap, harap maaf, sama-samalah kita perbetulkan dan belajar ya ?

Ihsan Allah terhadap seseorang hamba jelas bergantung kepada taqarrub hamba itu (kita) sendiri kepadaNYA. Baiklah, mari saya bawa kita semua berfikir sejenak.

Sewaktu berjalan-jalan adakah mata kita (sayalah terutamanya) meliar-liar memandang yang tidak halal bagi kita ? Jika YA, (memang selalunya YA pun~) maka ketahuilah bahawa tiada ihsan Allah terhadap mata kita di situ. Jadi muhasabah dan check balik, mungkin kita kurang taqarrub dengan Allah. Samalah juga kisahnya dengan anggota-angota yang lain.

Aduh. Sukar juga rasanya nak jelaskan maksud ayat ini. Nak ingat Allah (zikrullah) bukan sekadar sebut-sebut saja, tapi kena rasa dan hayati dalam hati supaya kita benar-benar sampai (taqarrub) denganNya. Salah satu pendekatan termudah untuk kita merasa dekat kepada Allah ialah dengan MEMBACA ALQURAN. Sama ada kita faham atau tidak isi kandungannya, kedua-duanya tetap mendekatkan diri kepada Allah. -> ada disebutkan dalam sebuah hadis qudsi.

Maksudnya, jika kita lenturkan diri kita (bahkan setiap anggota) untuk taqarrub kepada Allah, maka insya Allah layaklah kita mendapat IHSAN Allah. Bahkan, akan selalu berada di bawah naungan ihsanNya. Ihsan Allah akan memagari kita dari segenap arah !


::::_____________________________::::


"Puasa telah diwajibkan ke atas kamu."


Para ahli tafsir Al quran menyatakan bahasanya berdasarkan ayat ini dapat disimpulkan bahawa berpuasa diwajibkan bagi seluruh bahagian tubuh. Dengan demikian,


Puasa lidah : menjauhi kebohongan dan sebagainya

Puasa telinga : tidak mendengar yang berbaur maksiat

Puasa mata : tidak melihat semua bentuk kemaksiatan atau yang dilarang agama.

Puasa diri : membebaskan diri dari hawa nafsu

Puasa hati : membuang kecintaan terhadap benda-benda dunia

Puasa rohani : sentiasa mengingat kelazatan dan kenikmatan akhirat

Puasa fikiran : menjauhkan semua pemikiran dari selain Allah.



Percayalah, barangsiapa yang menjaga kesucian dirinya, Allah akan menjaganya. Siapa yang berusaha untuk sabar, nescaya Allah akan menolongnya bersabar. Senang je sebenarnya nak dapatkan ihsan Allah, kan ? ;)


Monday, August 1, 2011

Ramadhan Karim ~!


"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".

Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Ramadan kini muncul kembali. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu syurga dan tertutupnya pintu neraka. Bulan pengampunan dan bulan penyucian diri. Bulan yang nilainya melebihi bulan-bulan yang lain.

Bulan Ramadan bukan sahaja bulan kemenangan tetapi juga bulan kesabaran, bulan menyucikan hati dan memperbaiki rohani kepada yang lebih baik dan bersih. Pada bulan ini kita bukan sahaja diuji dengan rasa lapar dan dahaga, malahan turut diuji sejauh mana kita mampu mengawal rasa marah, tamak, syak wasangka, dan segala sifat mazmumah yang harus diganti dengan sifat-sifat mahmudah.

Namun sejauh manakah keistimewaan Bulan Ramadan ini dinikmati dan masih hormatkah masyarakat Islam dengan bulan yang penuh kemuliaan ini? Persoalan inilah yang timbul di benak setiap kali kunjungnya bulan ini.

Mengapa ya ? Bukan ganjaran pahala yang diutamakan tetapi santapan makanan yang didahulukan. Bukan masjid diimarahkan sebaliknya bazaar ramadhan menjadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur pula yang menjadi impian.

Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya masih lalai dan lupa. Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa. Namun saya bukanlah bermaksud semua masyarakat Malaysia yang beragama Islam begitu, hanya kebiasaan fenomena atau situasi inilah yang terjadi. Saya yakin ramai juga merasakan hal yang sama. Jika beginilah, di mana kemeriahan Ramadhan? Di mana keindahanya? Adakah ia terletak pada makanan ? Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama.

Jelasnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali setahun. Datangnya ibarat turun kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menompang dagu sahaja? Tidak sama sekali. Sudah tentu kita akan berbuat sesuatu untuk meraihnya, bukan? Sebab apa saya katakan begitu..? Kerana kita tidak tahu bila waktunya kematian menjemput kita. Barangkali inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita, dalam hidup kita. Siapa tahu, kan ? Jadi, usah lah sia-siakannya!

Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya. Antaranya ialah, menyedarkan hati mukminin bahawa sesungguhnya diri mereka berada di bawah perhatian Allah. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun. Jadi, Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan ini dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya. Demi menggapai ihsan Allah.* (*bakal saya ulaskan dalam entri yang akan datang. Insya Allah.)

Di bulan yang Barakah ini marilah kita tuntun diri kita ke daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh juga kita katakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelum ini kita seorang yang mudah terasa mungkin selepasnya kita menjadi seorang yang lebih sabar. Jika sebelum ini kita seorang yang berkira-kira tetapi selepasnya mungkin pula segala sumbangan kita hulur. Dan, jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat barangkali selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Masya Allah, alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

Semoga perkongsian kali ini mampu melipatgandakan usaha kita agar benar-benar dapat meneguk kemanisan Ramadhan kali ini, akan datangnya dan seterusnya. Insya Allah.


" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)




Dia Jodohku ?


Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.

Bunga kembang bertali hati,
Bunga kembang di puncak akli.


Artikel penuh di sini <3

Maaf. Kali ini saya tidak menulis dari hati. Sekadar perkongsian saja. Bukan bermakna Eika Fereizya SM sudah bertemu jodohnya ya ? Cuma .. saya 'terpikat' dengan bunga bahasa pada puisi di atas tu. (eleh. nak cover la tu~) Urm..no comment. =.="

*Saya rasa anda patut baca lagi entri C.I.N.T.A saya..berulang kali pun tak apa.




Kata saya : Untuk mengetahui siapa jodoh kita, dengan tepat dalam bahasa ikhtiarnya, maka sangat ditentukan oleh bagaimana kita mengetahui "siapa diri kita". Sangat sulit meneka siapa jodohnya bagi orang yang belum mengenal dirinya. Oleh itu, orang yang sudah faham siapa dirinya akan mudah menemukan jodohnya. Jadi berikhtiarlah mengikut syariat Islam. Wallahua'alam. ;)


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]