Cinta. Sepatah kata yang membawa beribu makna yang berbeza-beza pada diri setiap yang bergelar insan. Sebenarnya saya sengaja memilih tajuk ini kerana saya tahu subjek CINTA ni memang kegemaran ramai.. Secara jujurnya saya sendiri pun akan teruja apabila topik berkenaan ini dibukakan.. Entah mengapalah agaknya..tapi saya yakin setiap dari kita pasti ada jawapannya.. benar, kan ? Tanyalah sajalah pada hati..
Saat Cinta Bicara
Dalam kehidupan seharian kita, tak dapat dinafikan bahawa ramai orang yang kita jumpa, banyak yang kita lalui. Mungkin tanpa kita sedar hati kita terpaut pada bunga-bunga dan warna-warni dunia yang mempesona. Dalam bahasa mudahnya saya maksudkan insan-insan khalifah yang berlainan jantina. Memang sudah menjadi fitrah dan naluri setiap manusia normal, mempunyai perasaan sebegitu. Kita tak boleh tepis, tapi masih boleh dikawal. Jadi kenapa? Salahkah? Tidak..sama sekali. Saya tak kata begitu. Sebaliknya saya amat galakkan! Ahha..jangan silap mentafsir. Maksud saya adalah elok kita sebarkan virus cinta ini demi CINTA yang kita dambakan. Sekarang mungkin kalian tak dapat tangkap lagi apa yang cuba saya sampaikan. Tapi tidak mengapa, bacalah dulu coretan saya kali ini sampai habis.
Konsepnya..
Apabila rasa suka atau cinta mula hadir di dalam hati kita, mulalah tak keruan jadinya.. makan tak basah,mandi tak lena,tidur tak kenyang.. (hah..??~) dunia indah serasa di syurga.. (iyalah agaknya.. Saya tak tau sangat pun..) Tetapi itu andai kalau cinta yang dihulur berbalas. kalau sebaliknya ? Tentu saja sakitnya..indescribable ! (cakap berdasarkan pengalaman?) Nah..ini lah muqaddimah cetusan dan perkongsian saya kali ini dalam menyebarkan virus Cinta..
Teman-teman,
kalau cinta kita dasarnya adalah iman, maka kalau kita tak dapat orang yang kita suka, kita tentulah tidak akan rasa sedih berlarutan, kerna kita jelas akan niat dan matlamat, mengapa kita bercinta dengan seseorang tu. Kita bercinta kerana Allah swt., bukan kerana orang tersebut.. kita tidak boleh expect bahawa orang pun akan rasa apa yang kita rasa.. terimalah seadanya. Ketahuilah..
Bila putus cinta atau cinta ditolak
Tidak..tidak.. Seberapa yakinkah anda bahawa anda sudah benar-benar sempurna? Ketahuilah, mungkin masih ada lagi benda pada diri kita yang belum cukup lagi, sebab tiu Allah tahan dulu. Sememangnya inilah hakikat yang kita semua perlu terima. Allah mungkin hendak mengajar kita bahawa tiada manusia yang lengkap selengkap Dia.. Maka Allah tarik dahulu orang yang kita cinta itu sebagai pengajaran kepada kita. Ketika ini baru kita rasa betapa kecil dan kurangnya kita dalam erti kata sebenar.
Sememangnya hidup adalah antara pengajaran yang terbaik buat manusia. Apa-apa yang terjadi, kalau kita hadapi dengan tenang dan sabar, maka InsyaAllah, banyak pengajaran yang kita akan dapati. Mungkin kita akan rasa sakit bagai nak tercabut nyawa tetapi sedarlah, nyawa kita masih belum tercabut sepenuhnya. Kita masih ada tugas untuk terus hidup. Terus hidup dengan mencari redha Allah swt. Kita kena buat semuanya; berhubung dengan manusia, bekerja, mengajak orang kepada kebaikan, mempertingkatkan kualiti peribadi, mencari rezeki, belajar, segala-galanya kerana Allah.
'bunga bukan sekuntum - kumbang bukan seekor ..'
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar saat-saat cinta tidak kesampaian..betul tak ? Ada sesetengah orang berpegang pada kata-kata ni untuk mengembalikan semula harapan mereka yang sudah luluh. Tetapi ada juga manusia-manusia yang tak bersyukur sehingga sanggup mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah ini. Bahkan sampai memudaratkan diri sendiri. Apakah semua itu ? Di sini sekali lagi saya ingin membawa perspektif saudara-saudari sekalian, supaya buka minda dan hati untuk terima kenyataan ini ;-
Bila bercinta kerana Allah, maka apabila terjadi hal sebegini, yang perlu kita cari adalah Allah, bukannya bunga atau kumbang yang lain. Yang hendak membahagiakan kita adalah Allah. Yang hendak mendukakan kita juga adalah Allah. Hati kita berada di hujung kekuasaanNya. Maka dengan sebab itulah kita sangat-sangat digalakkan untuk berdoa;
Begitulah maksud bercinta kerana Allah. Selama ini kita letakkan pergantungan kita kepada Dia. Kita berdoa kepada Dia, kita bersangka baik dengan Dia, maka apabila perkara yang kita inginkan tidak mampu untuk kita raih; berlapang dadalah! Sebab kita yakin bahawa Allah hanya memberikan kita yang terbaik. Apabila datangnya ujian, itu tandanya Allah swt masih tidak memalingkan wajahNya daripada kita. Hidup ini untuk Allah. Maka bercinta pun haruslah dengan apa yang Allah suka. Sekurang-kurangnya cinta kita satu ibadah. Maksud saya, sebagai khalifah. Tiada apa yang ditugaskan kepada kita sebagai makhluk ciptaanNya selain untuk beribadat dan mencari keredhaan Yang Maha Esa. Seperti firman Allah,
Biarlah tak dapat orang yang kita suka dalam keadaan Allah redha pada kita..itu lebih utama dan baik daripada dapat orang yang kita suka tapi dalam keadaan Allah tidak redha pada kita. Hidup ini untuk Allah redha dengan kita, maka dalam membina keluarga pun kita perlu jelas akan hal sebegini.
sebagai khatimahnya..
Saya sedar saya masih terlalu muda untuk perkatakan hal ini, tetapi tak salah rasanya kalau saya cuba ubah persepsi masyarakat khususnya remaja tentang hal ini, kan ? Saya hanya ingin membawa kalian fikir sejenak. Bagi saya [dan mungkin segelintir masyarakat di luar sana..] Perkahwinan bukanlah untuk diri sendiri. Kahwin untuk anak-anak kita. Sebab itulah kita kena jaga dari awal. Biar didikan anak kita bermula semenjak kita mula mencari ibu atau ayah mereka. Mana mungkin akar yang buruk akan menumbuhkan cabang yang cantik..kan? Kan?
Sedarkah ? Ini hanyalah sekelumit ujian. Allah bukan nak susahkan kita tetapi Dia nak kita buktikan keimanan kita kepadaNya.
Jika begini, cinta kita takkan putus sebenarnya. Kerana tiada apa yang mampu putuskan tali cinta kita kepada Allah. Saya suka nak kongsikan satu ungkapan ni..
Saat Cinta Bicara
Dalam kehidupan seharian kita, tak dapat dinafikan bahawa ramai orang yang kita jumpa, banyak yang kita lalui. Mungkin tanpa kita sedar hati kita terpaut pada bunga-bunga dan warna-warni dunia yang mempesona. Dalam bahasa mudahnya saya maksudkan insan-insan khalifah yang berlainan jantina. Memang sudah menjadi fitrah dan naluri setiap manusia normal, mempunyai perasaan sebegitu. Kita tak boleh tepis, tapi masih boleh dikawal. Jadi kenapa? Salahkah? Tidak..sama sekali. Saya tak kata begitu. Sebaliknya saya amat galakkan! Ahha..jangan silap mentafsir. Maksud saya adalah elok kita sebarkan virus cinta ini demi CINTA yang kita dambakan. Sekarang mungkin kalian tak dapat tangkap lagi apa yang cuba saya sampaikan. Tapi tidak mengapa, bacalah dulu coretan saya kali ini sampai habis.
Konsepnya..
Apabila rasa suka atau cinta mula hadir di dalam hati kita, mulalah tak keruan jadinya.. makan tak basah,mandi tak lena,tidur tak kenyang.. (hah..??~) dunia indah serasa di syurga.. (iyalah agaknya.. Saya tak tau sangat pun..) Tetapi itu andai kalau cinta yang dihulur berbalas. kalau sebaliknya ? Tentu saja sakitnya..indescribable ! (cakap berdasarkan pengalaman?) Nah..ini lah muqaddimah cetusan dan perkongsian saya kali ini dalam menyebarkan virus Cinta..
Teman-teman,
kalau cinta kita dasarnya adalah iman, maka kalau kita tak dapat orang yang kita suka, kita tentulah tidak akan rasa sedih berlarutan, kerna kita jelas akan niat dan matlamat, mengapa kita bercinta dengan seseorang tu. Kita bercinta kerana Allah swt., bukan kerana orang tersebut.. kita tidak boleh expect bahawa orang pun akan rasa apa yang kita rasa.. terimalah seadanya. Ketahuilah..
" apa sahaja yang Kau susun untukku, maka aku akan terima dengan redha, sesungguhnya susunan Kau adalah yang terbaik dan aku tidak mengetahui apa-apa yang baik untukku, selain apa yang Kau susun Ya Allah.."
Bila putus cinta atau cinta ditolak
Kadangkala kita (saya belum pernah merasai perasaan sebegini tetapi mungkin anda yang diluar sana..) pernah terfikir,
''Apa yang kurang dengan aku ? Fizikal dan mental perfect.. IQ pun boleh tahan..rupa paras dah ok..tapi kenapa sampai skarang masih solo ye ?"Sememangnya hidup adalah antara pengajaran yang terbaik buat manusia. Apa-apa yang terjadi, kalau kita hadapi dengan tenang dan sabar, maka InsyaAllah, banyak pengajaran yang kita akan dapati. Mungkin kita akan rasa sakit bagai nak tercabut nyawa tetapi sedarlah, nyawa kita masih belum tercabut sepenuhnya. Kita masih ada tugas untuk terus hidup. Terus hidup dengan mencari redha Allah swt. Kita kena buat semuanya; berhubung dengan manusia, bekerja, mengajak orang kepada kebaikan, mempertingkatkan kualiti peribadi, mencari rezeki, belajar, segala-galanya kerana Allah.
'bunga bukan sekuntum - kumbang bukan seekor ..'
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar saat-saat cinta tidak kesampaian..betul tak ? Ada sesetengah orang berpegang pada kata-kata ni untuk mengembalikan semula harapan mereka yang sudah luluh. Tetapi ada juga manusia-manusia yang tak bersyukur sehingga sanggup mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah ini. Bahkan sampai memudaratkan diri sendiri. Apakah semua itu ? Di sini sekali lagi saya ingin membawa perspektif saudara-saudari sekalian, supaya buka minda dan hati untuk terima kenyataan ini ;-
Bila bercinta kerana Allah, maka apabila terjadi hal sebegini, yang perlu kita cari adalah Allah, bukannya bunga atau kumbang yang lain. Yang hendak membahagiakan kita adalah Allah. Yang hendak mendukakan kita juga adalah Allah. Hati kita berada di hujung kekuasaanNya. Maka dengan sebab itulah kita sangat-sangat digalakkan untuk berdoa;
" ya Allah yang menbolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini di atas jalan ketaatan kepadaMu. ya Allah yang menbolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas agama Mu.."
Begitulah maksud bercinta kerana Allah. Selama ini kita letakkan pergantungan kita kepada Dia. Kita berdoa kepada Dia, kita bersangka baik dengan Dia, maka apabila perkara yang kita inginkan tidak mampu untuk kita raih; berlapang dadalah! Sebab kita yakin bahawa Allah hanya memberikan kita yang terbaik. Apabila datangnya ujian, itu tandanya Allah swt masih tidak memalingkan wajahNya daripada kita. Hidup ini untuk Allah. Maka bercinta pun haruslah dengan apa yang Allah suka. Sekurang-kurangnya cinta kita satu ibadah. Maksud saya, sebagai khalifah. Tiada apa yang ditugaskan kepada kita sebagai makhluk ciptaanNya selain untuk beribadat dan mencari keredhaan Yang Maha Esa. Seperti firman Allah,
' dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mreka menyembah dan beribadat kepadaKu' (surah azzariyyat : 56)
Biarlah tak dapat orang yang kita suka dalam keadaan Allah redha pada kita..itu lebih utama dan baik daripada dapat orang yang kita suka tapi dalam keadaan Allah tidak redha pada kita. Hidup ini untuk Allah redha dengan kita, maka dalam membina keluarga pun kita perlu jelas akan hal sebegini.
'...serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar' (surah attaubah : 72)
sebagai khatimahnya..
Saya sedar saya masih terlalu muda untuk perkatakan hal ini, tetapi tak salah rasanya kalau saya cuba ubah persepsi masyarakat khususnya remaja tentang hal ini, kan ? Saya hanya ingin membawa kalian fikir sejenak. Bagi saya [dan mungkin segelintir masyarakat di luar sana..] Perkahwinan bukanlah untuk diri sendiri. Kahwin untuk anak-anak kita. Sebab itulah kita kena jaga dari awal. Biar didikan anak kita bermula semenjak kita mula mencari ibu atau ayah mereka. Mana mungkin akar yang buruk akan menumbuhkan cabang yang cantik..kan? Kan?
Sedarkah ? Ini hanyalah sekelumit ujian. Allah bukan nak susahkan kita tetapi Dia nak kita buktikan keimanan kita kepadaNya.
'patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dgn hnya berkata: kami beriman", sedang mereka tidak diuji [dgn sesuatu cubaan] ? dan demi sesungguhnya ! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka [dengan ujian tersebut], nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ' (surah al-ankabut : 2-3)
Jika begini, cinta kita takkan putus sebenarnya. Kerana tiada apa yang mampu putuskan tali cinta kita kepada Allah. Saya suka nak kongsikan satu ungkapan ni..
"Seseorang takkan mampu mencintai orang lain jika dia gagal mencintai diri sendiri.. dan takkan boleh mencintai diri sendiri selagi dia gagal mencintai Allah swt.."
Cuba renungkan dan fikirkan sedalam-dalamnya,, insyaAllah kamu akan temui + fahami.. ~
No comments:
Post a Comment