.:Followers:.

Thursday, November 4, 2010

Berpurdah Bukan Kerana Alim

We will never know hidayah Allah akan singgah pada siapa, di mana dan bila.


Walaupun berpurdah bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi ia tetap mendapat tempat dalam memartabatkan nilai diri seseorang muslimah itu. Jika ditanya anggapan orang ramai tentang berpurdah, pasti kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa purdah hanya untuk wanita-wanita cantik sahaja. Betul atau tidak, saya tak berhak tentukannya kerana semua bergantung kepada niat masing-masing. Wanita yang bakal saya jadikan contoh ialah Pn. Rozita Ibrahim, Pengasas Produk Kecantikan Sendayu Tinggi.

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau beliau kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Menurut Pn Rozita, beliau tiada niat lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Beliau pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, beliau mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya.

Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri.

Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil.

Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun Pn Rozita pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika beliau tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruhnya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau terus mencari tafsir Al- Quran. Beliau mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Beliau memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Beliau mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Beliau sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika beliau mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah beliau beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, beliau senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan beliau tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika beliau tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu beliau memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, beliau tidak mahu lagi bersikap begitu. Beliau mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Beliau akui diri tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi beliau mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah beliau dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Kata beliau lagi, Impian beliau yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan beliau mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

beliau tidak mahu golongan susah yang beliau bantu memandangnya sebagai sumber kewangan. Beliau tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya, beliau beri mereka produk untuk dipasarkan. BEliau juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan adalah mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan beliau pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara beliau menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenalinya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa beliau dapat.

Jujurnya Pn Rozita tidak malu untuk mengaku, selama ini memang beliau bertudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudungnya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan beliau. Barangkali ketika itu beliau antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala Beliau memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Beliaumenjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula dirinya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan kita kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadaNya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari dilalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang beliau gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , beliau semakin yakin betapa perlunya diri bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Wallahu'alam..

p/s: Beliau sudah.. kita bila lagi ? Doakan saya pula menyusul.. insyaAllah !

3 comments:

azli7079 said...

Assalamualaikum...
terlebih dahulu saya doakan saudari berada dlm limpahan rahmat & inayah Allah swt.
Saya tertarik dgn post saudari di atas (Berpurdah bukan kerana Alim)..
Cantik nya bukan hanya pada pakaian itu tetapi pada akhlak si pemakainya..
Teringat saya pada ibu saya yg turut berpurdah..

Putri said...

Wa'alaikumussalam..
smoga kamu juga dilimpahi rahmat & hdayahNya..
Jazakallah.. saya berharap ramai lg yg akan berfikiran sperti kamu..(tentang purdah ni..)
insya Allah.

cahaya ilahi said...

kekuatan utk memakainya perlu dicari..seperti saya...pada mula2nya agak takut utk pakai sebab memikirkan pandangan org yg pelbagai...tapi apabila di nasihatkan oleh sahabat2 saya agar memakainya...saya slt istikarah..dan alhmadulillah...petunjuk saya perlu pakai...memang agak kekok pada mulanya..tapi..lama-kelamaan...akan hlg rase itu...tapi itu tidak bermaksud kita sudah sempurna bila memakainya...mungkin wanita yg tidak memakai purdah itu lebih baik dari yg pakai purdah...nauzubiillah...tapi..percayalah...pakaian ini mampu membentuk akhlak seseorang...imej islam perlu dijaga...semoga diberi kekuatan ye...wallahua'lam...

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]