Saya sejak kebelakangan semakin tandus kata-kata untuk dinukilkan. Tak tahu kenapa. Saya tiba-tiba lebih suka bercerita dengan gambar. Gambar boleh mentafsir seribu satu makna. Gambar selalunya membantu saya membawa pembaca melihat dunia dari persepsi yang berbeza. Atau kadangkala, luar dari nyata.
Kerana
bukankah kenyataan itu kadangkala sifatnya menyakitkan?
Barangkali
itulah sebabnya.
Sebab
saya merasakah bahawa kata-kata saja takkan pernah mampu untuk bercerita
tentang berjuta citra yang ada pada sekeping gambar. Bahkan juga tidak mampu
menggambarkan hakikat kehidupan yang terselindung di sebalik lensa kamera.
Dan
saya..
Terlalu banyak yang mahu disembunyikan. Terlalu banyak yang dirasakan tidak perlu untuk diceritakan. Atau sebenarnya – tak mampu (?)
No comments:
Post a Comment