.:Followers:.

Sunday, August 3, 2014

Duit Kita


"Duit dan perkahwinan memang selalu menjadi isu yang dibincangkan, terutama oleh anak muda. 
Semasa saya berhajat hendak berkahwin pada umur 18 tahun (punyalah semangat), hal duit antara yang dibangkitkan oleh Ummi.
Sebenarnya jangan negatif bila orang tua kita bangkitkan hal duit. Jangan sangka mereka materialistik. Kebanyakannya membangkitkan hal duit kerana risaukan survival kita bila berkeluarga nanti." 

...status penuh di sini.

-Hilal Asyraf-

Bismillah

Saya sangat suka dan setuju dengan perkongsian saudara Hilal seperti di atas. 

Namun bagi saya, anak-anak muda harus selalu diingatkan bahawa soal duit ni bukan kena fikir bila sampai bab kahwin saja. Banyak lagi hal lain yang perlu gunakan duit. Kerana sementara ada kesempatan dan tak kurang tanggungan inilah patutnya kena mula kumpul duit.

Memang. Memang saya sedang mengumpul duit untuk kahwin. Tapi bukan semua simpanan itu untuk kahwin semata-mata. Pada saya hal-hal kecemasan, sakit pening dan seumpamanya juga perlu 'peruntukan' khas dalam simpanan. *Mama Papa selalu cakap macam ni, sebab tu saya ikut buat ;)

And i do make savings for my own funeral *insyaallah, kalau cukup. Mati pun bukan free-free siap kebumi der.

Hairan juga kekadang bila orang persoal kenapa saya pula yang mahu sibuk menyimpan duit sedangkan lelaki (maksud saya, sebagai calon bakal ketua keluarga) yang kena lebih-lebih usaha.. Pada saya konsep tu macam dah tak kena dengan zaman sekarang. 

Lelaki sahajakah yang bertanggungjawab menyara diri dan orang rumah mereka? Jadi apa peranan kita, wanita yang punya ilmu dan pengetahuan untuk membina kerjaya suatu hari nanti ini pula? Bukankah kita (baik sebagai isterri ataupun bujangan ini) pun akan bekerja untuk mendapatkan duit? Untuk apa?

Jadi jika boleh/ mampu menyimpan sejak sebelum bekerjaya, mengapa tidak dimulakan sahaja? Mengapa mahu mengharapkan duit simpanan si dia semata-mata? 

Jika mahu ikutkan ajaran Islam sebetul-betulnya mengenai perkahwinan ini, maka mudahkanlah. Jangan disusahkan. Maksudnya di sini, usaha sama dalam segala perbelanjaan untuk majlis dan keperluan yang berkaitan serta untuk kos kehidupan selepas majlis tersebut.

Dan saya rasa menjadi anak muda ini cukup komplikated. Macam-macam perkara mahu dicuba, macam-macam kehendak mahu dilayankan. Gajet, masa libur, hobi/ minat dsb.. Semua tu kan perlu duit. Itu belum campur aliran keluar-masuk duit untuk Geli-fren atau Buaya-fren lagi. *If you know what i mean..

Dulu saya selalu dinasihatkan oleh kakak-kakak, jangan terlalu banyak berbelanja atau meminta-minta sesuatu daripada Mama Papa, bimbang menyusahkan mereka. Entah mereka kesempitan atau tak. Entah ber-kecukupan ke tidak.. 

Begitulah juga yang saya sering katakan pada adik-adik saya, Leha dan Isya yang juga masih di bawah tanggungan penuh Mama Papa. Kita, anak-anak mana pernah bertanya (atau ambil kisah?) status kewangan ibu bapa dan ibu bapa pula masakan mahu mencanang perihal ekonomi keluarga?

Saya sendiri, betapalah saya mahu mempunyai gajet (fon pintar terutamanya) terkini, membeli baju-tudung-eksesori yang lawa, keluar makan makanan sedap, menonton wayang dan berseronok dengan kawan-kawan di luar, dsb sejak dari zaman persekolahan lagi.. Tapi bila difikirkan semula, apa manfaat semua itu kepada mereka yang berada di sekeliling saya? Tak ada. Hanya untuk kepentingan diri saya sendiri sahaja. 

Jadi saya fikir.. Takkan nak beli fon bimbit mengikuti trend dan kononnya-keperluan-masa-kini itu, nak berhibur sekali-sekala ke panggung wayang, nak keluar makan macam-macam pilihan yang sedap-sedap, dan membeli-belah seenaknya pun mahu menggunakan hasil tagih simpati duit poket dari Mama Papa? Takkanlahhh. 

Jadi saya mula menabung dan berjimat cermat demi untuk kesenangan dan kebaikan semua pada masa hadapan. Ececehh. *Padahal sebab selalu sempit hujung-hujung bulan dan terpaksa melakukan sekatan ekonomi harian.. Hahah

Bila saya kongsikan pandangan sebegini, bukanlah bermakna Mama Papa saya tidak menghulurkan sesen dua untuk perbelanjaan kami adik-beradik. Mereka tak pernah lupa atau putus asa menjalankan tanggungjawab itu. Cuma ada masa-masanya saya menolak lembut, atau mengambil untuk diberikan pula kepada adik-adik yang lebih memerlukan. *Oh ya, ini kerana saya 'dikurniakan' Tuhan nikmat pinjaman yang sering dicemburui kebanyakan rakan dari universiti-unversiti tempatan, iaitu ELAUN. Alhamdulillah. Hehe

Saya masih sedar, memang bagi ibu bapa, nafkah terhadap anak-anak itu merangkumi segala aspek keperluan dan kemahuan anak-anak. *Yeke? Hehe*. Tapi itu dari sudut peranan mereka, orang tua. Saya di sini mahu berkongsi pandangan dan pendapat tentang perkara ini dari sisi kita, anak-anak dalam memainkan peranan bersama.

Nafkah, nafkah juga. Tapi kalau boleh buat sesuatu hasil usaha simpanan sendiri masa ini, mengapa masih mahu menunggu masa nak kahwin atau 'nanti-nanti' baru mahu menyimpan, lalu 'membebankan' ibubapa kita kan?

Err. Sorry. I dont expect 'yes' from everyone. Hehe. 

Saya sedar bahawa semua orang barangkali ada perancangan kewangan masing-masing. Ada yang mahu menunggu hingga bekerjaya baru mahu menyimpan. Ada yang sudah mula menabung sejak kecil. Ada yang gigih mencuba, walaupun sering tewas kepada jualan-jualan murah di mana-mana. *Hahah. Saya lah juga tu.
Terpulang.

Dan saya juga tahu, bila bercakap soal duit, kita tidak boleh lari dari soal situasi, status ekonomi, sosial dan sebagainya. 

Jadi jika relevan pada yang membaca, fikirkan dan mulakanlah apa yang patut. 
Jika tidak, lakukanlah apa yang terbaik dan bersesuaian dengan kebolehan anda. Formula yang mudah =)

Maka adik-adik, kakak-kakak, teman-teman, kalau rasa buntu, tak tahu nak buat apa dengan duit raya yang berkepuk tu, sini ada cadangan.. 

MENABUNGLAH! hehehe


No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]