Kau rasa kau dah cukup baik sebagai anak,
Tapi masih mahu
berusaha menjadi yang terbaik buat mak bapak.
Kerana azam itu..
Kau jadi ralat.
Antara kemahuan hati
yang kuat,
Dan permintaan
mereka yang mengikat..
Mana satu patut kau
letak dalam aulawiyat..?
Kau pilih orang tua,
yang pada kau penuh jasa.
Kau tangguh gerak
kerja, yang sememangnya sentiasa ada.
Kau disangka-sangka
yang bukan sebenarnya.
Kau bisukan bicara.
Kau tulikan telinga.
Kata-kata dan
prasangka.
Apa nak dikisahkan?
Mereka bukan Tuhan.
Kekadang dungunya
sesuatu persoalan..
Harus berani
dipersetankan
No comments:
Post a Comment