"Kau, bungaku, jangan selamanya layu!" |
Hari
yang paling panjang. Jam menunjukkan waktu itu baru pukul 10.30 pagi. Setiap
nafas yang dihela seakan mencengkam rengkung. Berderu sebu perasaan memenuhi
dada.
“Hei.
Berangan?”, dia membisik perlahan tepi telinga kiri aku yang sedang menongkat
dagu, di atas meja yang menghadap ke luar tingkap.
Terkejut.
Lekas-lekas aku menyeka air mata yang galak berjujuran sebelumnya. Suasana
hampir canggung, sehinggalah dia meletus tawa. Mengenangkan riak kaget aku tadi
agaknya. Oh, syukur dia tidak melihat.
Aku
memalingkan tubuhku menghadapnya pula. Pandangan mataku tertancap pada setiap
perbuatan gadis sunti kerinduan aku itu. Dengan selamba, kulihat dia terus
merebahkan tubuh di atas katilku seraya mencapai majalah fesyen dari atas meja lampu
berdekatan dengannya. Waktu itu barulah kusedar, majalah itu tidak pernah sekali
pun mendapat perhatianku selama ia berada di situ. Sekejap. Sejak bila dia terletak di situ?
“Hei.
Mengelamun pulak?” sergah dia, separuh berseloroh. Aku spontan menggaru kepala
yang tidak gatal.
Suasana
senyap seketika.
“Ermm.
Weh. Have you ever felt sweet pain in
your heart?” tanyaku, lambat-lambat.
Dia
yang sedang asyik membelek helaian-helaian majalah itu berhenti. Pandangannya
mati. Berfikir, barangkali.
Dia
kemudian memandangku, namun hanya mengangkat kedua–dua keningnya seraya
mengerutkan dahi. Tanda hairan. Ataupun berasa aneh dengan soalan aku yang
rawak begitu.
“Dia..”
sambungku, “rasa dalam dada ni sakit sangat. Jantung ni macam nak meletup pun
ada. Rasa macam.. ahh taktahu macam mana nak kata. Pokoknya, hati kau sakit.
Bukan sakit hati, tapi hati ni, dada ni.. sakit..seba.. ”
“Kerana
sayang yang terlalu?” Dia memintas percakapanku dengan soalan itu. Jelas. Seolah
dapat membaca sesuatu.
Aku
menghela nafas berat. “As a matter of
fact, yes.” Jawabku perlahan, meski aku tahu dia sudah mengagaknya.
“Sakit
rindu memang begitu.” Dia kemudian tersengih.
Perlahan-lahan
dia meletakkan semula majalah tadi di tempatnya lalu duduk bersila di atas
katil itu menghadapku. Gayanya seperti anak kecil yang setia menanti sesen dua
daripada si ibu yang sedang berdiri mencari-cari duit untuk dihulurkan
kepadanya. Cuma, dia bukan mengharap apa-apa dariku, tetapi hanya menuntut
sebuah cerita.
Aku
hanya mampu menangis semahu hati ini. Jika setiap titis tangis dan sendu itu
mampu meluahkan segala rasa dan cerita, aku pasti aku selesai menjelaskan
semuanya. Tetapi tidak. Mustahillah.
Dia
yang setia mendengar esak tangisku sedari tadi akhirnya mampir dan memelukku
erat seolah-olah benar-benar faham dan turut merasakan rasa hatiku. Aku
merangkul lengannya. Entah aura apa yang dibawanya. Aku langsung berasa lega,
kemudian reda dari tangis yang menggila. Namun masih kehilangan kata-kata. Dia
memahami aku, aku tahu dari setiap tingkahnya itu.
“Nisa.
Salahkah aku?” hanya itu yang terpacul. Musim ini.. Betapalah aku rasa bersalah
dengan apa yang aku sedang rasakan. Aku rasa cukup berdosa atas perasaan yang
kupendam lama. Aku tidak mahu perasaan itu, tetapi tidak pula mampu
menghindarkannya dari menyelubungi malam-malamku.
“Tak,
sayang,” ujarnya lembut sambil menyapu perlahan bahuku. “Kau hanya salah, jika
kau lemah!”
Aku sedar mengapa dia katakan begitu. Aku yang menanam keyakinan terlalu dalam. Aku yang memasakkan harapan terlalu tinggi. Aku yang membebar angan terlalu jauh. Aku jualah yang menghampar segala kenangan terlalu luas. Kemudian aku berharap aku mampu lewati ruang masa ini dengan kuat dan tenang? Memang TAK lah!!
Sudah.
Aku sudah cukup lama berkompromi dengan diri sendiri. Aku mengaku salah.
“Tapi
jangan mengaku kalah,” katanya, bersahaja. Dia memang selalu begitu, sama ada membaca
atau menebak fikiran aku ini, pun aku tidak pasti. Sudah kemahirannya, mungkin.
“Aku
ni lemah sungguh, kan?”
Kedengaran
dia menghela nafas panjang sebelum membalasku. “Kau berani. Terlalu berani
mempertaruhkan jiwa nubari sedang kau tahu kau tiada apa-apa jaminan pun untuk
tekal ‘hidup’ dalam jalan juang ini.”
“Tapi
bukan juga bermakna aku ini kuat kan?” Ahh. Aku dan provokasi terhadap diri
sendiri.
“Kita
akan lemah selagi kita tak bergantung pada Yang Tidak Mati.” jawabnya tenang.
Aku diam memandangnya.
Kami bersatu mata. Lama.
Dengan
senyuman paling manis pernah kulihat, dia kemudian mencapai tanganku, erat
genggamannya, sebelum bangkit mengatur langkah ke luar. Aku terbata melihat dia
berjalan menghampiri muka pintu namun jelas terdengar kata-kata akhirnya yang
separuh menjerit itu;
“Dan
kau hanya salah jika kau lemah!”
Erk. Tersentak di pembaringan.
Mimpi
(atau angan??) yang panjang. Bila aku tersedar, aku lekas mencapai fon tanganku
di atas rak buku untuk melihat waktu. Bimbang-bimbang kalau aku terlepas waktu
solat atau apa. "Eh? Pukul 10.30?".
Musykil.
Mimpi
itu macam sebuah perjalanan yang panjang. Aku rasa lebih setengah jam jugalah di
alam mimpi tadi. Allahu Rabbi. Tenang-tenang aku mengenang momen di alam mimpi
tadi, kononnya. Lantas mengukir senyum.
Musim
ini, musim lalu.. Hadirnya pasti untuk membawa kata-kata yang akan menguatkan aku.
An-nisa’.
Kau memang kutunggu!
No comments:
Post a Comment