Engkau..
Tersanjungkah
engkau yang pandai bercakap tentang keheningan
Sunyi
ditingkah rintih instighfar,
Kecupak
air wudhu’ disapa angin malam,
Lapar
perut kerana siam,
Atau
kedalaman munajat dalam rakaat nan panjang?
Tersanjungkah
engkau yang licin lidahmu bertutur,
Sementara
dalam hatimu
Tiada
apa-apa.
Kau
kunyah mitos pemberian masyarakat
Dan
sangka baik orang-orang berhati jernih,
Bahawa
engkau adalah seorang yang saleh,
Alim,
abid lagi mujahid,
Lalu
puas meyakini itu tanpa rasa ngeri..
Saidina Abu Bakar selalu gementar
saat dipuji orang
"Ya Allah, jadikan diriku
lebih baik daripada sangkaan mereka.
Janganlah Engkau hukum aku
kerana ucapan mereka,
dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka,"
ucapnya lirih.
Saidina Abu Bakar selalu gementar
saat dipuji orang
"Ya Allah, jadikan diriku
lebih baik daripada sangkaan mereka.
Janganlah Engkau hukum aku
kerana ucapan mereka,
dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka,"
ucapnya lirih.
No comments:
Post a Comment