.:Followers:.

Saturday, January 28, 2012

Calar Semangat Ghuraba'


Apa yang saya rasa sekarang persis apa yang saya rasakan waktu awal melangkah gagah ke semester pertama di institut pengajian tinggi. Entah bila dan mengapa perasaan ini bertandang pun saya kurang pasti. Bila difikirkan kembali...saya tahu benar puncanya.

Waktu duduk dalam suasana madrasah diniyyah, saya ada merungut sebab 'dipaksa' melihat dan adakalanya pun sama 'tak mengisi' kelompongan sini sana, tapi bila dah keluar dari biah semacam di sekolah dulu, barulah rasa macam-macam.

Rasa menyesallah paling jelas sekali. Menyesal sebab tak betul-betul hargai, menyesal sebab tak jadi betul-betul baik, menyesal sebab kadangkalanya melebihkan hal dunia dari hal akhirat, menyesal macam-macam. Memang jenuhlah kalau nak disenaraikan dek kerana terlampau banyak penyesalan yang dah bersarang ni.

Bila keluar, dah mula jadi manusia pelupa. Aih, takkan baru sekejap dah tak boleh nak mujahadah? Waktu awal keluar sekolah lepas SPM, semua pakat-pakat bersembang kat FB, semua rasa bersemangat sekali.

Lama-lama bila terkepung dalam kebebasan dunia selepas keluar dari pintu pagar sekolah; dengan hedonism dan sekularism yang ada di mana-mana dan bagai dibiasakan (nauzubillah), mulalah kelemasan, kekadang lebih teruk, mula terhanyut sama. Aduh.

Hati dah tak nampak mana dunia mana akhirat. Akal pun dah mula ikut cakap nafsu dan syahwat. Matlamat nak jadi Muslimah Solehah pun ’macam’ lupa pula dah...

Mula dengan langkah. Keluar meliar merata, kalau tujuan bermanfaat tak apalah juga, ini tidak..buku agama pun dah tak ingat (wayang tak lupa pulak), usrah tu pula kalau boleh nak kena buat istikharah dulu.. Dhuhanya entah ke mana, Qurannya ke mana, istiqamah ke mana, puasa sunat ke mana.. Cis, cis, cis. Prioriti dunia akhirat, ingat???

Istiqamah. Istiqamah. Istiqamah!

SEMANGAT NAK JADI WANITA SOLEHAH YANG JAGA CINTA SUCI HANYA UNTUK SUAMI, NAK JADI EPAL PALING TINGGI YANG HANYA LELAKI HEBAT YANG DAPAT CAPAI KITA, NAK JADI MUTIARA YANG TERBENAM DI DASAR LAUTAN DILINDUNGI CENGKERANG YANG AMPUH, NAK JADI PERMATA DI CELAHAN KACA.. Kekalkanlah.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.."

Doakanlah saya istiqamah dengan pendirian ini.
Doakanlah saya selamat daripada fitnah cinta dan rindu kepada lelaki sebelum suamiku lagi.
Doakanlah saya temui pemilik cinta setelah Allah dan Rasul dengan cara dan pada masa yang lebih baik dan diredhai.

Ahh, klise..

Tapi nak buat macam mana lagi baru dapat bakar semangat untuk jadi ghuraba’..??!


Thursday, January 26, 2012

Ronggeng


P/s: Sorry people, my post this time is not something worth to share about. But I just feel like writing this down. ^,^


It is hot tonight and I am currently finishing King Lear Play’s script which I’m assigned to – as it will be staged this May. Mama is surfing the internet with the tv on - Semanis Kurma on air. Isya is with her K-pop magazines, Leha and Papa are away in the kitchen, watching Santau Merasuk and I am here, without having an ounce of thought to join them, writing to you Ronggeng.

I have a friend, Ronggeng, whom I value him SO MUCH. He is always there, to be by my side. He is my best friend and an intelligent young man. A Selangorian and the top scorer in any examinations he sat for (as far as I know). He is just amazing. A many-subjects-geek but he adores science stream (or else how come he can end up doing preparation course as future dentist? :D)

He is A GREAT LISTENER. Perhaps because I talk a lot when it comes to certain issues, it makes me feel so comfortable to be with him.

He is so patient listening to me because I am such a talkative when it comes to languages, motivation, experiences and LIFE itself. He will stay and critically respond to me when I simply hit the things stimulated him to. He is COOL.

I once called him Ronggeng. Because he used to sing random songs in front of my table, since we were in form 2. And I am glad because I was the first to call her with such name. RONGGENG! However, I won’t call him Ronggeng anymore. His real name is just so much better and meaningful to be used.. *take note

Last time, I neglected him, our friendship. I was never sincere being friend of him. But as time flew by, when we both went our own way, I started realizing how important he is in my life. Everything now is fixed and he never kept my bad deeds towards him before in heart. That makes me even touched and appreciate him more.

-This Isn't him. Tq-

He reads typical Malay love novels and 
I miss jabbering with him on such typical ‘love’ matters.  
*So typical ~ =.=


You may walk away from our humble Unwanus Saadah and go to the prestigious school  which has now brought you to your current preparatory college for the top-notch students the place you really deserve to be in, but well dear, I WILL NEVER ALLOW YOU TO WALK AWAY FROM MY LIFE ~!

Roses are red
Violets are blue
I’ll always pray that
Your dreams will come true.

I do really love our friendship, Ronggeng. FILLAH :')

Unpredictable. What words else are there to describe LIFE? Mind to tell me?


Tuesday, January 24, 2012

Selindung

Nota 10:45pm

"Nikah is the best way.."

Kemesraan jelas membenih.
Getar hati seorang sahabat dengan sahabat yang lain
memungkinkan  tercetusnya sebuah ikatan.
Lantas perkongsian dari yang empunya kisah 
terluah jelas dan nyata.

Tidak, masih ada yang terselindung.
Hanya ALLAH yang Maha Tahu.
Aku sendiri tidak. Dia...
Entahlah.


Alah Bisa Jadilah Biasa.


Awal-awal dulu, selepas melangkah keluar dari pagar sekolah, menunggu tawaran UPU dan matrikulasi yang tak kunjung tiba, saya selalu fikir; teruklah ni..habis hidup aku, sengsaralah, berteman air mata sajalah ni nanti. Sampai dah bersiap siaga nak karang Hikayat Duka Lara tapi lama-lama saya sendiri tak ingat apa yang ingin saya tuliskan dalam hikayat tersebut. Haish. 

Satu. ALLAH itu bijak. Dia telah mengatur takdir baru yang lebih bagus untuk saya, meski jauh dari sangkaan, luar dari harapan. Waktu baru-baru lagi bertapak di padang perguruan, gusarlah yang paling ligat menerpa.

Kisahnya, saya dah belajar di SAM Unwanus Saadah tiga tahun. Dekat dengan rumah, naik basikal ja saban hari. Dua tahun seterusnya pula dihabiskan di Salak Tinggi, tinggal di asrama pun kerap balik. Selepas SPM, dapat sambung belajar di Kuala Lumpur. Masih lagi dekat, boleh selalu balik. 

Tapi suasana dah berubah -- tak semudah dan 'seindah' dulu. Mulalah runsing, janggal.. Tapi tak lama lepas itu, saya pun dapat biasakan diri.

Sama contoh bila kita ada pensel, satu itu sajalah. Tiba-tiba pensel hilang, menangis atau paling tidak pun gundah gulanalah kita, tercari-cari merata pensel itu. Dah tak jumpa, beli pensel baru. Mula-mula kekok juga, tapi lama-lama biasalah kan?

"Jarum waktu kalut meninggalkan aku.."

Itulah. Masa yang berlalu jadi pengubat keadaan. Begitu cepat. Saya pun lantas belajar menerima hakikat dan belajar meyakinkan. Itulah kehidupan. Kehidupan saya.



Saturday, January 21, 2012

Tak Menentu


Saya pernah kata yang saya telah membesar dengan penuh selesa sekali semasa di SAMUS (SAMUS lagi~!) -- Takdir. Tapi ada satu yang paling saya rindui dan sesali (kerana silap sendiri) dan juga kerana itulah, sekarang saya jadi amat teringin nak baca puisi lagi, eh bukan, deklamasi puisi. Depan khalayak.

Kisahnya, saya pernah ja dapat peluang itu sempena hari guru waktu tingkatan tiga, kalau tak silap. Tapi sumpah demi Allah, saya rasa EKSTREM malu! Dan, saya tak punya pun bakat tersebut. Tak tahu lagilah apa nak kata. Cikgu Ahmad yang melatih saya waktu itu tahulah.

'Aku yang amat sangat malu..'

Saya lebih selesa menulis dan mengarah persembahan, atau kerja belakang pentas atau rakam sahaja suara. Tapi entah, tiba-tiba ja saya rasa mahu deklamasi puisi lagi. Cuma entah boleh entah tak saya dapat peluang sebegitu lagi. Sepuluh tahun lagilah agaknya -.- Mungkin?

Heh, baik sedar. Saya sendiri bakal menamatkan pengajian dan menjadi guru dalam masa empat tahun setengah dari sekarang, in sya Allah. Public speaking, LDV Debate, SS Forum, sharing circle, pembentangan, semua nyata satu peluang untuk saya -- meski tiada puisi diperlukan. Ahha. *Nampak sangat tak menentu fikiran Eika ni sekarang =,=

Terima kasih ALLAH kerana menulis takdir aku begini, di sini. Terima kasih Papa, Mama, abang, kakak-kakak, adik-adik, teman-teman, cikgu-cikgu kerana mendoakan yang terbaik untukku selama ini. Terima kasih Cikgu Ahmad kerana memberi kata-kata semangat sebelum hari temuduga itu dan meyakinkan di sini jodohku. Terima kasih Fiqry kerana pertama memaklumkan tentang permohonan ke Institut Perguruan ini. TERIMA KASIH!

*****

Kebelakangan ini, saya begitu teruja dan terinspirasi untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya tulus dari hati (..??). Perlahan-lahan, sikit-sikit dulu. Mohon doa semua =)

Dan, berada dalam hingar pejuang melalui pena memanglah amat mengujakan. Namun, itu nyata satu impian yang begitu besar. Tidak saya sisip dalam doa, tapi sering disebut-sebut dalam hati dan difikirkan dalam kepala.

Dahulu, saya sendiri menganggap menulis, belajar (kini, soal mendidik pula..) ini semata-mata merupakan satu lapangan perkongsian ilmu. Ada yang mengingatkan bahawa ilmu ini segalanya. Bukan ketika belajar semata-mata.

NIAT. Betulkan tujuan. Katalah mahu menjadi penulis, pembaca malah pendengar yang baik sekalipun, ingatlah, bahawa itu semua bukan semata-mata minat, kepuasan diri atau kepentingan serta tuntutan lain.

Tujuannya untuk menepati kemahuan Allah. Natijahnya, kita boleh jadi lebih baik dari itu. Bukankah dalam Al-Quran Allah menyuruh agar kita menuntut ilmu?
Allahu Aalam.


*Beberapa minit waktu saya selesai menaip nota-tak-tentu-hala ini, saya memandang jam digital di sudut hujung kiri pada skrin netbook saya. Lama. 12:10 AM. Saya suka bila angkanya begitu. Tarikh lahir, juga waktu untuk bermimpi yang indah-indah. Insya Allah.

Maaf salah silap.

Bismihi Taala ahyaa wa amut.. 

Monday, January 9, 2012

Realiti Mimpi



“Kau kelihatan amat berlainan sekali..” ujarnya sambil membelek-belek kelopak si mawar yang entah sejak bila digenggamannya itu.

Aku senyum melebar. Menahan seribu rasa terhadap pertemuan kali pertama ini; antara ruang realiti dan mimpi.

“Apa kau hairan? Bukankah aku sudahpun ada dalam medan ini? Aku tidak seperti yang kau sangkakan..pura-pura dalam berjuang,” aku berbasa-basi.

Senja sedang memanjat kelam. Aku di tengah-tengah jerutan kekusutan dan kerunsingan tentang masa depan juga kesibukan kota metropolitan, tetap tidak dapat meloloskan diri, biarpun dengan kehadirannya itu.

“Kau adalah teman yang selalu mendewasakan tapi masih perlu didewasakan. Untuk itu, aku harus datang menemuimu. Meskipun sebentar, meskipun hanya sekali ini.” An-Nisa’ menjelaskan, meski tiada penjelasan diperlukan.

Aku langsung menekur lantai. Aku tahu ada yang ingin dikatakannya. Kerana itu, aku sengaja berdiam diri.

“Teruskanlah. Teruskan apa yang kau senang lakukan. Sebarkanlah seberapa banyak ayat kekuatan yang kau ada. Yang kau fikir. Tapi nampaknya kau lupa ya? Hanya aku yang amat jelas akan satu ini, Eika..”

Aku terkedu. Gagal bersuara.

“Jelaslah.. Kau nampak lemah sangat, seperti orang sakit, Eika. Tiada warna.” Jeda seketika. “Hurm.. Aku ingat lagi cerita kau, suatu masa dulu..”

“Cerita apa?” cerlus juga akhirnya pertanyaan spontan dariku.

“Tentang nama. Kau kata Papa memilih Zuleika, bukan.. Fereizya, uh pokoknya nama kau yang panjang berjela itulah, sebagai nama indah untuk kau. Aku tak pasti apa maksudnya, tapi aku tahu nama itu membawa beribu makna dan warna dalam hidup kau sehingga umur ini kan? Aku tahu dan pasti lagi. Tapi sekarang, kau tampak suram. Mana hilangnya warna dan sinar wajah kau?”

Aku mendengus. Meskipun tengkujuh sudah berlalu, aku bagai masih kehujanan dan kedinginan. Luar dan dalam.

“Hurm, benar kata kau itu. Nama aku, Papalah yang memberikannya. Nama yang mencoret warna  ketabahan, kecintaan pada setiap hari dalam  hidupku sebagai seorang anak, sahabat dan insya Allah guru.. kau pun tahu.”

Tiada respon.

“Tetapi sekarang, kerana saudara-saudara kita serata dunia ramai yang masih ketinggalan, ramai yang tidak punya apa yang aku ada, ramai yang menderita entah bagaimana seksanya, aku sedang meminjamkan warna kekuatan itu kepada mereka. Aku kira mereka lebih memerlukannya…untuk hidup, Nisa’.” Tenang aku mencipta alasan.

Dia masih mendiam. Mawar segar ditangannya dicium. Lambat-lambat, tanpa cinta.  Sukar aku menduga apa yang terbuku di dalam benaknya.

“Aku ada cerita, Nisa’. Cerita yang membangkitkan,” lekas aku bersuara sebelum dia sendiri menghentikan lamunannya.

“Sudahlah.. aku tahu. Tentang seseorang yang bukan siapa-siapa dengan sesuatu yang bukan apa-apa, bukan?” tebaknya selamba.

Aku mengerutkan dahi. Bingung. Kami bersatu mata.

“Kaulah, Eika Fereizya SM, bukan sesiapa pun. Cuma kau ada beYoutheFull_Soul yang juga bukan apa-apa bersama kau.. Nama beYoutheFull_Soul itu sendiri lahir pada satu masa, dengan satu makna, untuk bersatunya jiwa-jiwa.. Seperti nama indah kau itu, menurut hematku ini juga ruang serakan warna kekuatan untuk jagat kecamuk sedunia..”

Jeda. Riak ‘tak ada perasaan’ ku pamerkan. Aku kemudian mengangguk, meskipun tidak mengerti

“Bukan yang itukah? Aku kira itulah kisah membangkitkan yang kau maksudkan..” kemudian, dia meletus tawa.

Ah, dia masih sempat berlucu rupanya. Aku mengempang geram. Namun aku hanya mampu melukiskan senyuman. Sedikit kagum. Tapi aku tahu, yakin! Itu demi menghiburkan laraku saja.

 “Jangan marah, Eika sayang. Aku masih mahu tahu cerita kau tadi. Tapi jangan kau ceritakan sekarang. Bukankah kau juga mahu bertemuku lagi nanti?” dia senyum lagi. Penuh makna.

Aku hanya membalas senyuman An-Nisa’ ikhlas sebelum dia mampir pulang. Entah mengapa aku kehilangan begitu banyak kata-kata waktu itu. Sebelum An-Nisa’ berlalu pergi, dia memandangku redup, kemudian mendongak sedikit ke langit. Mengomel sendiri.

“Ah, makin manis jadinya. Aduhai Tuhan, segeralah Kau buang jauh sengsara dunia, agar segeralah wajah temanku ini kembali berseri.. seperti dulu!”

Allahu Rabbi.. Aku terkedu di situ! 


Wednesday, January 4, 2012

Go On, Dream High!


Assalamu’alaikum waarahmatullah. May peace be upon you. 

I am now on the second day in IPG KBA, and stepping on the first stair of the new challenging semester stage. --> I don’t think there’ll be anyone out there who cares of it -.-

This is my first post for this year, so I wish to share about a DREAM - something that we couldn't escape as a human being; since I am now kind of ‘neglecting’ my dream. (??)

I lived a life and grew up with a lot of dreams. As I am getting older, those dreams are supposed to develop and begin to suit with my age. Same goes to all, doesn’t it?  

But sometimes I didn’t find it works. When I find that it is so hard to succeed with such a tired and long journey; I’ll then start to give up and feel upset. But the reality is the dream is just not 'In Season'. Why would that be? 


There is a simple analogy about a dream, which I once read somewhere and we could also ponder on for a second. 
When it is the middle of winter, the grass is very brown. It looks as if it is totally dead. *Even though we are Malaysian, I bet we can imagine how dead the grass is and how bad the grass looks.

Well, it doesn't look very good at that moment but the truth is, the grass is not dead, it's just not in season. In the springtime, the same grass will be just as lush and green as it can be.

Then, for sure, just a few months later, that same brown and dry grass will ‘present’ itself as a gorgeous bright green, filled with life and vitality.



I've found that this life works exactly the same way. Sometimes, our circumstances just look dead. But we have to realize, it can be that it's not in season. It may be that it'll come back around in a new season.
The point here is we cannot give up just because things don't look the way we want them to in the season we are in. We have to dig our heels in and look with our eyes of faith to the new season that is on the horizon.

Then, what we got here? 

When we go through disappointments or setbacks, choose to have the attitude, "Even though it doesn't look good, I know the truth. It's not really dead; it's just not in season. I'm in springtime, but I know summertime is coming. So I'm going to lift up my head and get ready for the new things Allah is about to do", instead of getting down and discouraged or giving up.


***Friends, readers, people, if we keep this attitude of faith, we will receive strength to make it through to the next season and it won't be long until those dreams and desires will flourish in every area of your life! Insya Allah ;)

Trust in Allah, He knows what’s best for us. When the dream is not what’s best for us, then why we should cry to lose it?  Just because something looks dead, don't write it off. Our Allah is a God of new beginnings.***

::All that is hidden in the heavens and the earth lies within the power of Allah. To Him are all matters referred for judgment. So do serve Him, and place in Him all your trust. Your Lord is not heedless of what you do::
(11:123)

"Well, go on. Dream high!"

Silence.

"But do not be all optimistic.
Spare rooms for disappointment and failure..”


p/s- ‘Aseef my dear readers, don’t thank me for this refreshment and reminder. Allah gave them to us. Thank HIM. May HE bless all of us. Have a great day ahead~!
 

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]