.:Followers:.

Friday, December 9, 2011

Takdir.

Rasanya hidup sekolah sesiapapun tentu luar biasa, kerana ia berbeza antara satu dan lainnya. Dan ada orang kata..‘apa yang dikatakan istimewa itu adalah apa yang biasa di mata orang lain’ ;)

Kalau mahu bercerita tentang sekolah, memanglah saya tak tahu dari mana nak mula. SAMUSKD, STISS..teratak ilmu yang akhirnya membuatkan saya tahu yang takdir saya memang di situ.

SAMUS yang indah, yang ada banyak pohon dan tumbuhan yang rimbun di belakang kamar ISO (??), dan saya pun saban pagi berbasikal ke sekolah, senang menghirup segarnya udara pagi sepanjang perjalanan ke medan perjuangan.

STISS yang letaknya di kaki bukit, jauh dari kesibukan kota metropolitan, dan walau saya hanya berjalan kaki dari asrama ke sekolah, kehijauan alam dan kebiruan langit yang dipersembah Tuhan itu pun sudah cukup menenangkan.

Saya pun selesa membesar di SAMUS kerana di situlah tertanamnya hasrat saya sejak darjah 5 lagi, meski pada awalnya tudung labuh, tangan cekak dan jarum peniti agak merimaskan. Alhamdulillah, akhirnya saya belajar bahwa itu jualah perisai yang terbaik dari serangan budaya yang rencam sekarang.

Lepas PMR pula baru saya dapat tawaran ke STISS. Walaupun sebenarnya Sekolah Hishamuddin yang saya harapkan, tapi saya tetap terima tawaran tersebut, entah apalah yang mendesak. Dan biasalah, semuanya kan baik-baik saja~

Saya pun berkenalan dengan keindahan usrah, tazkirah ustaz ustazah juga cikgu dan taalim.
Usrah setiap minggu ada. Tapi usrah yang tidak berjadual sentiasa ada.

Dan saya suka halaqah yang santai, usai baca Mathurat atau prep malam, dan sembang-sembang bermakna. Mentari yang hangat dan kedinginan malam menghentikan lelah seharian kami berjuang (saya yang pemalas pun berjuang juga tau). Rasanya itulah kemuncak saat yang indah. MasyaALLAH, rindunya!

Baik di SAMUS mahupun STISS, kalau waktu cikgu tak masuk kelas atau waktu rehat, nampaklah pelajar-pelajarnya mampir keluar dan menghilang. Destinasinya rencam. Yang solat Dhuha di musolla, alhamdulillah.

Perihal Isnin dan Khamis. Berbahagialah orang yang tak puasa sunat sebab tak payah beratur panjang di kantin dan berasak-asak di koperasi sekolah. Haha.

Lepas solat Maghrib, ada saja mukmin wakil MPP atau yang lainnya mampir ke depan bagi tazkirah. Paling tidak pun, tadarus, wirid atau apa-apa sahaja, janji terisi. Aha, tidur pun boleh jadi ibadah juga tau ;P Selepas Asar baca Mathurat berjemaah, doa rabitah bergaung-gaung.

Bila ada yang tak kena sikit, pasti ada post-mortem. Contohnya bila anjing mula masuk kawasan sekolah, musolla ‘diceroboh’ sang halus, ramai-ramai diajak bermuhasabah, 'Ada yang tak kena dengan biah', 'Allah nak tegur ni', bla..bla..dan lain-lain.

Nak sembang lelaki perempuan pun ada batas. Yang terlebih batas ditegur. Muslim hormat Muslimah yang nak jaga kehormatan. Kalau tudung pendek atau nipis, ada yang akan tegur sebab sayang. Ada yang akan tolong tambah sana sini, jadi patuh syariat. Bila ikhtilat terbabas melebihi batas, akan ada sahabat yang dapat kesan, rasa tak tenang dan Alhamdulillah, sama-sama membetulkan..


sumber: google

Saya yang buruk perangai ni pun rasa malu duduk dalam kalangan sahabat yang indah-indah iman, kuat istiqamah, hebat mujahadah. Betullah, kawan dengan orang yang jual kasturi, kita pun dapat tumpang sekaki bau wangi..

Urm..tentang sekolah? Itulah dia.

Aha, cerita takdir..memang susah nak mula tapi bila dah buka cerita, lambat benar sampai penamatnya :)




2 comments:

Syamimi Razali said...

eika ; nice entri mehh ;)

Putri said...

masyaAllah..pengalaman, mimi.. ;)

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]