.:Followers:.

Wednesday, December 7, 2011

Dan Aku Pun..

Maafkan aku setulus hatimu.. Kepergian diriku itu bukan keinginanku. Terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu..

Kenangan mencengkam. Terbawa-bawa dengan perasaan terhadap yang berlawanan jantina sedang usia masih terlampau muda belia untuk menikah! BERDOA, jika dia memang bukan jodoh kita kelak, mohon diberi petunjuk dan dihapus Allah perasaan tersebut. Minta diberi kekuatan menghadapi apa-apa bentuk situasi yang mungkin melibatkan orang itu.

DIA bijak mengatur takdir. Pelajaran, Eika. Dan, ini belum tentu lagi kesudahan. 1433 sedang menjadi saksinya! Senyumlah. Sungguh, percayalah, yang halal itu lebih indah.

Oho..hentikannya di situ. *~*


Cuti yang lama tanpa sebarang pengisian amatlah menyeksakan. Tapi bukanlah jua ketibaan semester baru itu yang dinanti-nanti. Huh, Eika..

Dan, ‘terserempak’ dengan dialog di bawah ini dalam usaha mengisi kelapangan masa yang ada memang satu kebetulan yang mengujakan. Bahasanya dikemaskan sedikit (dan bukan bertujuan plagiat) dan ditempel di sini.

*Karyanya Ilham Hamdani.*

“Kak, tinggi sungguh pengorbanan Saidatina Khadijah, isteri Nabi Muhammad tu,”

“Ya, ketika manusia lain menolak cerita wahyu nabi, dan Khadijahlah manusia pertama yang mempercayainya, tanpa fikir-fikir lagi. Ketika orang lain menekan ekonomi orang Islam, Khadijah jugalah yang menghulurkan sumbangan.. Kalau tidak masakan Nabi sayang sungguh-sungguh pada Ummul Mukminin Khadijah Khuwailid itu. Bayangkan, 28 tahun nabi hidup dengannya. Dan sepanjang beristerikan Khadijah, nabi masih belum berpoligami, begitu kasihnya akan Saidatina Khadijah,”

“Bahagianya jika aku pun dapat jadi seperti Khadijah, membantu perjuangan agama.. Kak, Saidatina Aisyah pula boleh tahan cemburunya, bukan?”

“A’ah, masakan tidak cemburu, sedangkan Khadijah telah lama meninggal dunia, tetapi nabi masih teringatkannya. Aisyah kata, nabi sentiasa teringatkan Khadijah seperti sahaja Khadijah itu belum wafat,”

“Bagusnya Khadijah..”


Dulunya kisah perindu cinta abadi, dan lain-lain tokoh Islam yang mahsyur, kini entah yang mana pula disoalnya. Sudah lama sangat rupanya Eika ‘disyarah’ dan ‘dibasuh’ para pengkarya cinta jalur picisan. Dengan itu, kembalilah Eika menjalankan aktiviti harian pada hari-hari seterusnya hingga waktu ini dengan dada yang terisi, biarpun tak penuh..


Dan dia pun terus tersenyum..

gambar dari Google




2 comments:

Che Din said...

Cinta umpama 'hantu' -- ada yang menyatakannya tidak wujud -- sementelah ramai pula yang memburunya.

Pencinta sejati pula, laksana pejuang; matinya di gelanggang, tidurnya di puncak gelombang.

* Kendati, siapa atau apa yang kita cintai? ehe

Eika Fereizya SM said...

cinta, kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki.
kasih jika dasarnya Rabbi, itulah kasih sejati.
cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji..

-jendelahati1993 :)

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]