.:Followers:.

Saturday, September 3, 2011

Yang Mana..

Kekalutan akademik. Ini ialah tanggungjawab besar.

ALLAHU Rabbi. Berikanku kekuatan. Kekuatan untuk kekal menjadi ghuraba', kekuatan untuk menjadi penegak agama-Mu, kekuatan untuk mendepani ujian-Mu. Kekuatan, kebijaksanaan, kepandaian, keimanan dan ketaqwaan, istiqamah dan segala yang mahmudah. Amin~

Pergelutan yang sulit ini kalau ditempuhi akan menumbuhkan kekuatan yang luar biasa.

Moga-moga.

*keSERABUTan bertambah bila mengenangkan kerja-kerja kursus yang kebanyakkannya masih belum terusik. Perlahan-lahan ya Eika ? Umph..

*****


"Zuleika. Ketika aku menulis nama ini, aku teringat egomu, kesantunanmu, kekuatanmu..."

"Ada orang gelar aku kolot dengan sikap itu."

"Anggap sahaja itu refleksi. Kita punya definisi sendiri-sendiri"

Demikian saja dia berjaya meredakan rajuk hati. Ringkas, tapi sampai matlamatnya. Dan, saya tidak dapat mengepung titis-titis air hangat yang berhambur keluar dari mata. Semalaman saya begitu mengenang sikap diri yang berbolak-balik, yang lemah, yang leka dan alpa. Cis, insan.

Pun saya tahu, saya perlu membesar. Harus bangun. Dalam kekalutan zaman, tarbiyyah rohaniah seringkali perlu dicipta. Bukan semuanya sedia ada. Ke mana-manapun kita, di mana-mana pun tanah yang dipijak ialah tanah milik Allah. Oh, maka untuk apakah berduka?

Sejak itu saya ligat membelek untaian kata perangsang dan motivasi daripada merata sumber (saya tak cari, selalunya Terjumpa. *Sangat sibuk dengan tugas utama sebagai penuntut). Allah, nikmat apalah yang bisa aku dustakan?

Kemudian, ada sebu yang menerpa. Melalui tulis-tulisan. Moga itu bukan istidraj. Ini satu lagi langkah dakwah. Saya tidak ingat intipati bingkisan itu, tapi memahami satu soalan yang ada ditanyakan. Terima kasih, sahabat.

"Mahu jadi perempuan jenis apakah kita?"

Maksudnya ? Tertanya-tanya sendiri.

"Yang mana lebih baik?

-Jadi mawar berduri. Sukar dipetik, tetapi apabila ada yang berani menyunting, kita akan layu sia-sia.

-Jadi bagai semalukah? Bila mahu disentuh, ia langsung menutup diri. Tapi sayang pula, letaknya di kaki, dipijak orang bagai tiada apa erti.

-Jadi jinak-jinak si merpati putih? Ditabur makanan ia mampir, tetapi apabila dirapati ia laju terbang pergi. Bukankah lagaknya bagai tidak mengenang budi?

Saya hanya diam menatap warkah elektronik itu sebelum menyambung lagi...

"Tidak mahu jawapan klise begini, 'Jadi sahaja diri sendiri'!"

Saya tambah terkedu. Soalan itu kemudian terus mendiam di layar pandangan dan jatuh pada mata bagai panahan keras mahu saya berfikir!


Ahh.

Berkenal-kenalan dengan Hadzrat Rabi'ah Al Adawiyah, Allahuakbar. Perindu cinta abadi.

Masya Allah. Ada yang membisik tentang betapa hebatnya peribadi Hadzrat Siti Khadijah ra. Saya nak jadi begitu. Bijak, penyabar, beriman. Bisakah agaknya?

No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]