.:Followers:.

Thursday, December 29, 2011

Kerana Kasih


Lidah kelu ingin bertanya. Hati malu memikirkannya. Sungguh aku tak mahu layunya bunga itu. Gugur pula sudahnya dari jambangan. Semua, yang tidak lagi seperti dahulukala, bukankah mahuku atau mahumu jangan itu sebagai lambangnya.

Teman,
Terkadang gusar menyapaku. Apa akhirnya kisahmu. Apa kau akan terus mendaki puncak cintaNya atau kau lemah dalam dakapan dan tekanan ujian-ujian dunia. Apa kau terus berpegang pada taliNya atau kau hilang dibalik timbunan kata-kata kosong yang hanya khayalan dan perjidalan yang tiada tamat.

Namun,
Tahulah aku, antara kau dan aku ada Pemilik Alam Semesta yang mengatur perjalanan kita. Aku yakini Al-Wakeel akan memeliharamu. Aku serahkan kau dalam jagaanNya. Tidak, sememangnya seumur hidup kau pun, bukan aku yang menjagamu. Seperti yang selalu kukatakan, aku hanya yang mendoakan dari jauh.

Teman,
Kuatlah, sabarlah, teruskan jalan menuju cintaNya. Selama kau dan aku punya matlamat yang sama, selama itu kasih ini tiada akhirnya sekalipun kita di benua yang berbeza, di lingkungan yang berlainan.

Buat kau, aku dan semua,
Kita ini jadi sahaja seperti bintang malam. Biar tampak rendah di permukaan sungai, namun hakikat tingginya melepas awan. Jangan pula seperti asap menjulang naik, sedang baunya busuk menyesak nafas.

Kerana kasih ini fillah..

Love for the sake of Allah  *weheartit.com


Allah teman..
Cinta ini bukan pada gambaran. Rindu ini bukan pada pertemuan. Tetapi, saratnya dengan iman dan taqwa kepada Tuhan.






Thursday, December 22, 2011

Buku Baru


Reading is my best friend when other people forget to be. Tidaklah. Tak ada satu pun sahabat yang pernah lupa saya, iya ke? Insya Allah :) Dan saya bukanlah ulat buku sangat pun.

Adalah beberapa teman yang fikir saya matang, bijak, kreatif, comel (ok, yang ini tipu -,-) dan apa-apa sajalah. Tapi hakikatnya pemikiran saya sekarang macam.. entahlah.. ermm (haish~ teruk teruk..).

Saya perlu cari, buka, dan baca buku baru (double meaning ;D). Kemudian, kelek buku itu merata saya pergi. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah untuk saya ambil iktibar, amal dan sampaikan~ Amin.

Sebagai langkah pertama, bila saya kata saya mahu alih sedikit kiblat pembacaan, AbangZai aka Che Din pun syorkan saya supaya banyakkan membaca karya-karya Faisal Tehrani dan SN Shahnon Ahmad, kalau mahu ubah paradigma. Ringan dan berat; untuk jadi pengubat minda rawan, katanya.

Iyalah, memang saya sedang berdiri di track itu pun, cuma belum melangkah lagi. Perlu nampak dulu ke mana tujunya menghala.

Katanya lagi, "Eika mesti baca Ranjau Sepanjang Jalan, Sampah dan Rentong; tulisan-tulisan SN Shahnon zaman 70an dan 80an yang sangat hebat dan mengesankan." Juga Keluarga Gerilya (Pak Pramoedya).

Kesemua buku tersebut, pada hemat saya, akan dapat menarik perhatian saya (sementelahan masih di bawah latihan sebagai bakal pendidik) juga pelajar-pelajar lain agar sedikit lari daripada sibuk memburukkan lagi kulit buku novel cinta picisan yang telah berkampung di perpustakaan dan di rumah masing-masing.

Bukan buku saya -,-

Sejujurnya ini juga sebahagian daripada cita-cita saya dan saya sangat berharap saya berpeluang untuk berlama-lama di Kinokuniya, Popular, MPH, atau mana-manalah gedung buku, untuk pertama kali dengan duit berkepuk, cari dan beli buku-buku penting, berisi.

Seorang sahabat blogger juga telah mempromosi budaya pembacaan yang luas, mengingatkan tentang kedudukan Melayu Islam di Malaysia serta hedonism yang ada di mana-mana.

Bagi saya (juga sesiapa) yang masih terkial-kial atau di takah kekeliruan banyak hal, andalkan saja pada ruang 'ILUVISLAM' atau HALAQOH, SAIFULISLAM.COM dan beberapa blog atau ruang diskusi Islami dan banyak lagi yang boleh diterokai untuk mencari artikel berkenaan hal ini.

Beliau turut mempromosi majalah Solusi. Khatam dari kulit ke kulit dan jangan ketinggalan untuk setiap isu. Tak lupa juga buku U-TURN ke Jalan Lurus terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, buku-buku dari Fatimah Syarhah seperti Tautan Hati, Cinta Pertamaku Selepas Allah dan Rasul juga Syabab Musafir Kasih (saya belum dapatkan ketiga-tiga ini lagi~ *dengan harapan ada yang sudi nak belanja -,-)..

Oh ya, saya baru teringat satu perkara, saya sebenarnya pelajar TESL lah. Harus ada yang berbeda. Bagaimana ya? Urm, nanti-nantilah saya fikirkan. Sebahagiannya sudah ada dalam rangka penghidupan saya yang maha lemah ni..

Ini baru permulaan. Sekarang saya mula tahu bahawa kesakitan adalah nikmat. Benarlah coretannya Tuan A Samad Said, 

"Apa yang dihasrat tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat=)


Alhamdulillah. Terima kasih, semua ^^,




Friday, December 16, 2011

Pembelajaran.



Facebook ni, sama sahaja dengan bercakap.
Kalau tak ada benda yang bermanfaat dan membawa kebaikan,
lebih baik jangan tulis apa-apa.
Apa kita tulis, semuanya Allah nilai.
Buruk kita tulis, buruk kita dapat.
Baik kita tulis, baik kita dapat.
-Hilal Asyraf


Dan blog pun samalah halnya. Dalam kelapangan ini, rasanya ada beberapa cerita menarik yang ingin dikongsikan. Uh, cerita lama.. Saya ceritakan serba ringkas, mana-manalah yang saya ingat..


1) Slot Bersama Ustaz : Tujuan Hidup Seorang Muslim - ‘Begin with the end in mind’

Menampilkan ustaz yang turut tersenarai dalam barisan ustaz kegemaran saya iaitu Ustaz Haji Zaharuddin Hj. Abd. Rahman, slot ini mengingatkan para pelajar seperti saya supaya menjadikan alam barzakh sebagai target kejayaan, yang lantaran akan sekaligus menarik kecemerlangan dunia. Sebab itulah taglinenya pun ‘begin with the end in mind’.

Memperkatakan tentang betapa perlu dan wajibnya generasi kini, terutama remaja, menjadi remaja yang meletakkan sikap, mengenali potensi diri dan menjadi remaja yang sedar. Bukan yang hanya menjadi tempelan bersama cakap-cakap jalur cinta semata-mata.

Kita manusia ini, di mana-mana pun tugasnya tetap satu. Khalifah Allah. Khalifah Allah ni, di mana-mana jua pun tugasnya tetap sama; tegakkan agama, dan tadbirlah dunia dengan agama.

Pesan nabi, “Al-Hikmah (dalam erti kata: kemajuan, ketamadunan, keterhadapan) adalah barang berharga yang hilang dari tangan orang-orang. Maka apabila bertemu dengannya, maka ambillah ia.”

Agama ini tidak boleh terus di takah lama, paling tidak pun naiklah sedikit, meski setapak, meski sejengkal. Dan, kemajuan internet adalah barangkali satu hikmah yang harus dikejar oleh muslim moden hari ini. Gunakan kemajuan demi mengembangkan agama.

Kalau tidak, kita ni sekadar menjadi Muslim yang biasa-biasa, bukan Muslim yang extraordinary, bukan Muslim yang boleh diletakkan harapan pada pasak bahunya untuk memimpin jagat yang kecamuk.

Antara lain, beliau menyebut bahawa kita perlu mengimarahkan kecenderungan juga potensi yang ada dalam diri kita. Misalnya, jika meminati bidang Sains, genggamlah cita dan  melangkah penuh istiqamah bersamanya.

Begitu juga dengan bidang lain seperti Sastera, Falsafah, Matematik, Lukisan dan sebagainya. Cuma agak malanglah andai kita belajar, bekerja, buat assingment, bergerak-gerakan dan berpersatuan tetapi tidak diniatkan kerana Allah kan?

Ada satu analogi mudah yang dibawakan telah menarik perhatian saya- asalnya daripada kisah seorang ulama’ suatu masa dahulu.

Bayangkan ada dua orang yang mengisi sebuah bejana besar dengan air panas, seorang dengan air yang banyak, manakala yang satu lagi pula sedikit isiannya. Kemudian mereka masuk ke dalam bejana masing-masing sambil air tersebut dikeluarkan semula sehingga habis. Akhirnya kita akan dapati orang yang sedikit airnya itu lebih cepat dan mudah selesai serta kurang menderita daripada yang banyak airnya tadi.

Pengajaran : beratkan matlamat duniawi, sampai bekalan ke akhirat itu melambatkan lagi menjerihkan perjalanan ke destinasi akhir kita selaku hambaNya? Janganlah.

Saya bukan sahaja yakin bahkan sangat percaya bahawa setiap manusia di dunia ini lahir dengan matlamat yang sama namun proses mencapainya sangat, sangatlah berbeza.

Sesiapa pun dari kita akan membesar dan menjadi sesiapa. Iya, manusia bukankah lahir untuk mencapai kejayaan ukhrawi namun tidak bolehlah jika semuanya menjadi ustaz dan imam masjid semata-mata untuk mencapai matlamat tersebut, bukan?

2) U-Turn ke Jalan Lurus

Mengingatkan saya kepada hadis Rasulullah bahawa Islam dagang (asing) pada awalnya dan hujungnya, perkongsian berbentuk forum ini sekali lagi meneguhkan pemikiran saya terhadap kekalutan umat masa kini.

Menampilkan para artis yang umum maklum tentang penghijrahan mereka, Catriona Ross, Syam Kamikaze dan ustaz dari IPG KBA sendiri iaitu, Ustaz Abu Hisham, dengan mengetengah keasingan Islam pada hari ini, termasuklah pada dasar-dasar kehidupan yang ternyata melampau (bukanlah semua) dan mengabai hukum.

Dasar kehidupan ini termasuklah dengan dasar makan, pakai, berfikir dan aha, mereka banyak mengupas tentang gaya hidup kebiasaan.

Dan, pembaratan adalah isu yang sangat bosan untuk diperdebat bagi saya, kerana ia hanya berlegar di gelanggang perdebatan, namun tidak pun memberi kesan besar pada negara. Namun begitu, saya tidak menyangkal akan pentingnya perdebatan isu ini.

Teringat tulisan Ust. Pahrol Mohd Juoi.. bahawasanya titik tolak suatu perubahan itu harusnya dari diri sendiri, demikian barulah masyarakat mampu berubah dengan perubahan kita itu.

Hendaknya kita mengamalkan prinsip keadilan dalam perhubungan dengan keteguhan prinsip dan kehendak yang jelas dari negeri persinggahan bernama kehidupan ini..

Kerana sungguh, percayalah, andai ada ketikanya kita terlebih atau terkurang dalam mana-mana pertalian, prinsip inilah yang akan menjadi ingatan dan membawa kita kembali ke pangkal jalan. Bukankah begitu?

Lagi, seperti yang dikatakan seorang sahabat, “biah solehah seringkali perlu dicipta, bukannya semua sedia ada..”

Demikianlah Forum akhirnya bubar dengan konklusi yang masih segar bertunas di dalam kepala saya. Alhamdulillah.

"Dari tuhan Rabbul Jalil itu bahawasanya, paling baik di kalangan manusiawi yang ramai-ramai itu siapa? Bukan kerana bangsanya bagus, bukan kerana pangkatnya sentiasa di kayangan dunia, bukan kerana keturunannya dari ‘Syed-Syarifah’ yang terhormat, tidak! Malahan, miskinkah dia, hinakah dia pada mata masyarakat namun jika terdapat pada dirinya sesuatu yang disebut TAQWA, maka tempatnya cukup tinggi, bahkan tertinggi sekali di sisi Tuhan. Al hujurat 113.” 

Adalah terfikir-fikir, sejauh mana diri mampu menongkah arus kehidupan yang bersepuh kejahilan?

3) Riadah

Saya membenarkan diri untuk menyertai sukan baru, frisbee tahun ini. Hampir dua tahun saya ‘terpaksa’ meninggalkan permainan kegemaran saya, bola  jaring.

Fokus perlu lebih diberi kepada perkara-perkara yang berkaitan akademik sebenarnya. Pun begitu, saya tetap turun sejam dua ke padang main frisbee meski dengan lambakan kerja kursus yang lebih prioriti. Rakan sepermainan saya, Hamimi, hanya membuatkan saya tersenyum-senyum memahami ketagihannya pada ‘pinggan terbang’ itu :)

Saya pun tak tahu dari mana datang kekuatan untuk melangkah ke Dewan Kuliah B ketika Perjumpaan Pemain Amatur Frisbee diadakan. Entahlah. Tuntutan atau satu penanda aras kematangan, ek?

Terima kasih untuk penggerak Frisbee, senior yang entah apa namanya (bukannya tak ambil tahu, cuma terlupa :P) yang sudi berkongsi ilmu dan  mengajarkan skill-skill praktikal dengan jayanya dan paling penting, dengan penuh sabar. TAHNIAHlah, bro!

Cuma tak suka sangat sebab terpaksa jadi 'gol' yang menjadi sasaran bola-bola sesat ketika game berlangsung kerana berkongsi padang dengan pasukan ragbi dan futsal. Aduh! Tapi saya telah sedar sesuatu. Teguran Allah itu kan pelbagai caranya..

Dan tahniah untuk pasukan Inspiration selaku wakil kelas TESL 1.6 untuk permainan bola jaring sempena Minggu Kokurikulum Peringkat IPG KBA kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam permainan, biarpun tidak berjaya mara ke pusingan akhir.

Oho, mengah dan lelah bergegas keluar dari kamar mesyuarat AJK Minggu BM, kemudian naik ke tingkat 6 bilik hostel dan turun ke padang pula waktu itu sememangnya agak berbaloi kerana saya sempat beraksi beberapa minit sebelum permainan tamat. Hebat tak? Haha.. tak kisahlah kan. Itulah dia nikmatnya bola jaring. Bagi sayalah.

Saya terbayang-bayang bermain dengan pasukan Beta dan Fairuz SAMUSKD apabila main bola jaring dengan TESL 1.6 hari tu. Rindu rindu rindu! Tolonglah faham *~*



Gambar sekadar hiasan. sumber: weheartit.




Finding The One

I found this from a post of an acquaintance at FB.

Friendly advice for those who are looking for partners and a kind of useful information about Muslim marriage procedures :)





Friday, December 9, 2011

Takdir.

Rasanya hidup sekolah sesiapapun tentu luar biasa, kerana ia berbeza antara satu dan lainnya. Dan ada orang kata..‘apa yang dikatakan istimewa itu adalah apa yang biasa di mata orang lain’ ;)

Kalau mahu bercerita tentang sekolah, memanglah saya tak tahu dari mana nak mula. SAMUSKD, STISS..teratak ilmu yang akhirnya membuatkan saya tahu yang takdir saya memang di situ.

SAMUS yang indah, yang ada banyak pohon dan tumbuhan yang rimbun di belakang kamar ISO (??), dan saya pun saban pagi berbasikal ke sekolah, senang menghirup segarnya udara pagi sepanjang perjalanan ke medan perjuangan.

STISS yang letaknya di kaki bukit, jauh dari kesibukan kota metropolitan, dan walau saya hanya berjalan kaki dari asrama ke sekolah, kehijauan alam dan kebiruan langit yang dipersembah Tuhan itu pun sudah cukup menenangkan.

Saya pun selesa membesar di SAMUS kerana di situlah tertanamnya hasrat saya sejak darjah 5 lagi, meski pada awalnya tudung labuh, tangan cekak dan jarum peniti agak merimaskan. Alhamdulillah, akhirnya saya belajar bahwa itu jualah perisai yang terbaik dari serangan budaya yang rencam sekarang.

Lepas PMR pula baru saya dapat tawaran ke STISS. Walaupun sebenarnya Sekolah Hishamuddin yang saya harapkan, tapi saya tetap terima tawaran tersebut, entah apalah yang mendesak. Dan biasalah, semuanya kan baik-baik saja~

Saya pun berkenalan dengan keindahan usrah, tazkirah ustaz ustazah juga cikgu dan taalim.
Usrah setiap minggu ada. Tapi usrah yang tidak berjadual sentiasa ada.

Dan saya suka halaqah yang santai, usai baca Mathurat atau prep malam, dan sembang-sembang bermakna. Mentari yang hangat dan kedinginan malam menghentikan lelah seharian kami berjuang (saya yang pemalas pun berjuang juga tau). Rasanya itulah kemuncak saat yang indah. MasyaALLAH, rindunya!

Baik di SAMUS mahupun STISS, kalau waktu cikgu tak masuk kelas atau waktu rehat, nampaklah pelajar-pelajarnya mampir keluar dan menghilang. Destinasinya rencam. Yang solat Dhuha di musolla, alhamdulillah.

Perihal Isnin dan Khamis. Berbahagialah orang yang tak puasa sunat sebab tak payah beratur panjang di kantin dan berasak-asak di koperasi sekolah. Haha.

Lepas solat Maghrib, ada saja mukmin wakil MPP atau yang lainnya mampir ke depan bagi tazkirah. Paling tidak pun, tadarus, wirid atau apa-apa sahaja, janji terisi. Aha, tidur pun boleh jadi ibadah juga tau ;P Selepas Asar baca Mathurat berjemaah, doa rabitah bergaung-gaung.

Bila ada yang tak kena sikit, pasti ada post-mortem. Contohnya bila anjing mula masuk kawasan sekolah, musolla ‘diceroboh’ sang halus, ramai-ramai diajak bermuhasabah, 'Ada yang tak kena dengan biah', 'Allah nak tegur ni', bla..bla..dan lain-lain.

Nak sembang lelaki perempuan pun ada batas. Yang terlebih batas ditegur. Muslim hormat Muslimah yang nak jaga kehormatan. Kalau tudung pendek atau nipis, ada yang akan tegur sebab sayang. Ada yang akan tolong tambah sana sini, jadi patuh syariat. Bila ikhtilat terbabas melebihi batas, akan ada sahabat yang dapat kesan, rasa tak tenang dan Alhamdulillah, sama-sama membetulkan..


sumber: google

Saya yang buruk perangai ni pun rasa malu duduk dalam kalangan sahabat yang indah-indah iman, kuat istiqamah, hebat mujahadah. Betullah, kawan dengan orang yang jual kasturi, kita pun dapat tumpang sekaki bau wangi..

Urm..tentang sekolah? Itulah dia.

Aha, cerita takdir..memang susah nak mula tapi bila dah buka cerita, lambat benar sampai penamatnya :)




Wednesday, December 7, 2011

Dan Aku Pun..

Maafkan aku setulus hatimu.. Kepergian diriku itu bukan keinginanku. Terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu..

Kenangan mencengkam. Terbawa-bawa dengan perasaan terhadap yang berlawanan jantina sedang usia masih terlampau muda belia untuk menikah! BERDOA, jika dia memang bukan jodoh kita kelak, mohon diberi petunjuk dan dihapus Allah perasaan tersebut. Minta diberi kekuatan menghadapi apa-apa bentuk situasi yang mungkin melibatkan orang itu.

DIA bijak mengatur takdir. Pelajaran, Eika. Dan, ini belum tentu lagi kesudahan. 1433 sedang menjadi saksinya! Senyumlah. Sungguh, percayalah, yang halal itu lebih indah.

Oho..hentikannya di situ. *~*


Cuti yang lama tanpa sebarang pengisian amatlah menyeksakan. Tapi bukanlah jua ketibaan semester baru itu yang dinanti-nanti. Huh, Eika..

Dan, ‘terserempak’ dengan dialog di bawah ini dalam usaha mengisi kelapangan masa yang ada memang satu kebetulan yang mengujakan. Bahasanya dikemaskan sedikit (dan bukan bertujuan plagiat) dan ditempel di sini.

*Karyanya Ilham Hamdani.*

“Kak, tinggi sungguh pengorbanan Saidatina Khadijah, isteri Nabi Muhammad tu,”

“Ya, ketika manusia lain menolak cerita wahyu nabi, dan Khadijahlah manusia pertama yang mempercayainya, tanpa fikir-fikir lagi. Ketika orang lain menekan ekonomi orang Islam, Khadijah jugalah yang menghulurkan sumbangan.. Kalau tidak masakan Nabi sayang sungguh-sungguh pada Ummul Mukminin Khadijah Khuwailid itu. Bayangkan, 28 tahun nabi hidup dengannya. Dan sepanjang beristerikan Khadijah, nabi masih belum berpoligami, begitu kasihnya akan Saidatina Khadijah,”

“Bahagianya jika aku pun dapat jadi seperti Khadijah, membantu perjuangan agama.. Kak, Saidatina Aisyah pula boleh tahan cemburunya, bukan?”

“A’ah, masakan tidak cemburu, sedangkan Khadijah telah lama meninggal dunia, tetapi nabi masih teringatkannya. Aisyah kata, nabi sentiasa teringatkan Khadijah seperti sahaja Khadijah itu belum wafat,”

“Bagusnya Khadijah..”


Dulunya kisah perindu cinta abadi, dan lain-lain tokoh Islam yang mahsyur, kini entah yang mana pula disoalnya. Sudah lama sangat rupanya Eika ‘disyarah’ dan ‘dibasuh’ para pengkarya cinta jalur picisan. Dengan itu, kembalilah Eika menjalankan aktiviti harian pada hari-hari seterusnya hingga waktu ini dengan dada yang terisi, biarpun tak penuh..


Dan dia pun terus tersenyum..

gambar dari Google




Sunday, December 4, 2011

Pemuda

Duhai pemuda-pemuda Islam!

Semoga kamu semua dapat menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berJIHAD, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berdakwah ke jalan Allah.


**********


"Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin.

Kenapa dalam buku-buku fikh pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesucian lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita.

Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..

Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya.

Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan.

Saya tidak mahu melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala. Itulah prinsip yang caya yakini.

Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya..''


.:Kata Abdullah Khairul Azam dalam Ketika Cinta Bertasbih:.

Image's taken from Google.

A line to ponder;

"We need more men, less boys. We need more women, less girls.." -AimanAzlan


*Dapat ? Insya Allah 'YA' lah jawapannya ya..? ;)




[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]