.:Followers:.

Monday, June 13, 2011

Tiada Had BagiNya

Assalamu’alaikum .


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa , kita mendengar ini :

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah.”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini :

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain . Tetaplah sabar menunggu . Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya .”

Atau , pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa , Anda mendapat
respons seperti ini :


“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail ,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya ,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu ,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga DAN neraka , silakan tunggu sampai Anda tiba di sini !!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok ”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu . Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi. ”

Alhamdulillah .

Allah SWT mengasihi kita , KITA dapat menelefonNya setiap saat !!!

Kita hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar kita . Kerana bila memanggil Allah ,tidak akan pernah mendapat talian sibuk . Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi .

Ketika kita memanggil-Nya , sila gunakan nombor utama ini :
24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya , gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “
Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara , tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan
dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!!




Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita . Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.


Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”


7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “
Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “
Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “
Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “
Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap
“La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “
La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.



Dari tafsir Hanafi ,

mudah-mudahan ingat , walau lambat-lambat .

mudah- mudahan selalu , walau sambil lalu .

mudah-mudahan jadi bisa , kerana sudah biasa .


No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]