.:Followers:.

Sunday, May 13, 2012

Dedication to My Other Half


"Someday..love will find us."


*This free verse poem is specially dedicated to my future husband who I don’t even have any idea who he is.


I swear it's so hard to say
This pure feeling locked inside
God; He knows I've always felt it deep
down here

I'm not yet altruistic
Even far from poetic you’ll see
But now it's time I share you this
What's always been in my pious prayer

You might anyhow hurt inside
Or getting weak
I'll be the one who’d sincere
Love you night and day
So you will need no promises or sweetest talk
As you've given me the strength to pray;
To be yours eternally

I swear it’ll be worth in the end
We will be taking the light
God; He knows we’d leave the dark
Better in time

I'm not anchor woman
Even worse I’m fragile I’d to say
So it’s now time I share you way;
Stay where your faith in and
Keep me in pray

Can't you feel that I’m glad
Cuz’ a secret vow filled in my soul
We don’t need to find each other yet
Time will bring your heart to mine...


Dear future Zauj,

I do look forward to long days and longer nights with you; cooking and messing around in the kitchen, doing chores together, making our house a home; getting up in the morning and laying down at night, knowing that forever has already begun.

Our whole life is a trial and it’s a long journey we have to walk through, but it’s also something that will be worth it in the end. I know. 


Through all of this hardship and pain we’ll be or maybe are going through, I know Allah’s moulding us to be better spouse for each other in the future.

In sya Allah. 


*You can also 'feel' my heart's saying through the video version I made right after created this free verse poem. ^,^ 





Tuesday, May 1, 2012

CeritaNYA Untuk Aku dan Kamu.

Sungguhlah saya teramat rindu sangat dengan blog yang satu ini.

Huh. Lama kah? Sebab ada yang menegur, "Lama menghilang?"
Saya tak hilang sebab saya tak pergi ke mana-mana. (-,-)!
Sebenarnya, lama atau tidak, saya yang putuskan.
Terisi atau sekadar berlalu.

Pernah saya nyatakan sebelum ini, semua orang ada rahsia. Cuma bezanya ia dikongsi dengan orang lain, atau disimpan diam-diam sendiri. Sama ada orang lain tahu, atau langsung tiada siapa yang tahu.

Dan ada rahsia.. yang walaupun hanya sedikit diberitahu, sudah dapat dirasa bersama. Seperti saya hari itu. Malam hari yang seperti biasa.. duduk bersembang bersama Encik M lewat Facebook. (Encik M yang saya kenal sejak tingkatan 4, tapi belum pernah bersua muka.) Dan memang sepanjang persahabatan ini pun kami berbual-bual seputar kehidupan yang sungguh berbeza sekali jalan penceritaannya. 

Encik M kemudian bercerita pengalaman hidupnya, yang telah membentuk siapa dirinya masa sekarang, khusyuk. Cerita yang saya selalu sangka akan berlaku hanya dalam drama-drama dan filem-filem. *tipikal uh?

Ceritanya, keinginan dia untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi dan menjadi persis yang dia idamkan adalah hanya kerana dirinya yang pernah hidup begitu susah lamaaa dulu- sudah mula menjejak dunia pekerjaan seawal usia 15tahun, juga sudah membantu menggalas tanggungjawab seorang ayah untuk adik-adiknya.

“Saya dulu, baru lepas PMR dah kerja part-time. Rakan-rakan ke sekolah, saya menuju Esso, bekerja. Hujung tahun tingkatan 4 pun sama, kerja yang sama. Lepas SPM, matrkulasi, barulah dapat bekerja di Burger King, Secret Recipe.”

Kisah Encik M tidak selesai di situ. ‘Kerjaya’nya bertukar setiap kali dia menjejak tingkat yang lebih tinggi dalam hidupnya, pelajarannya. Dan saya tidak dapat mengapung sebal di dada tatkala dia menjawab pertanyaan saya – mengapa dia perlu bekerja waktu itu.

“Tolong mak. Saya dulu orang susah. Duit gaji semua bagi mak, untuk belikan baju sekolah adik-adik. Bayar yuran lagi..”

Jeda seketika. Saya biarkan dia berjenak-jenak dengan fikirannya.

“Erm, dulu minta macam-macam kat mak. Tapi tak pernah dapat. Sebabkan darah muda, itu yang lepas PMR dah keluar cari kerja. Tapi sungguh, saya sayang sekolah.”  

Wallah, perasaan yang saya rasa selepas mengetahui kisahnya waktu itu dan sekarang, masih sama. Kagum. Ya, mengagumi dia. Ibu dan adik-adik dia pasti benar tahu.. lelaki itu, sebenarnya anak dan abang yang paling melindungi. Suatu hari, andai cita-cita yang saya dan dia masing-masing harapkan ini dibukakan jalan oleh Tuhan, saya ingin ceritakan kisah dia.. kepada anak-anak saya sendiri.

Dan bagi saya, itu salah satu rahsia dia. Rahsia seorang lelaki yang gigihnya menjadi seorang yang berjaya, kerana sebuah kisah silam. Rahsia di sebalik kekuatan dan semangat dia untuk terus merealisasikan harapan dan keinginan.

Saya khabarkan juga cerita ini pada Papa. Dan rupa-rupanya cerita hidup Papa juga saling tak ubah seperti kisah Encik M tadi. Kosong setakuk lagi dada mengenangkan kesusahan hidup insan tersayang saya ni. *akan saya ceritakan lain kali, insya Allah.*


Allah. Saya rasa terpukul. Dalam diam, saya menahan rasa. Ya, mereka lagi banyak diuji dari saya. 

Encik M, dugaan bertimpa-timpa; kena cuci najis orang, muntah orang mabuk. Etc etc. Tak sanggup nak bayangkan pun. Dan Papa, ditipu orang duit hampir beribu, difitnah orang, dianiaya teman sendiri.. Ahh, saya tidak seteruk itu. 

“Tak mengapa, Eika. Lain orang, lain ujiannya. Bagi saya..pengalaman bekerja dari kecil yang saya dapat ni sebenarnya banyak membakar semangat saya untuk terus belajar. Kata saya pada diri sendiri, ‘inilah kerja kau sampai tua kalau malas belajar’. Saya tahu cara begitu salah, tapi setidak-tidaknya kerananya jualah saya kini bersemangat untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD.” Jelasnya penuh semangat, fikir saya.



Saya terhiba sendiri, menangkap butir bicara Encik M.
Benarlah Allah mentarbiyah saya sebaik dan sejauh mungkin. Biarpun melalui manusia lain.

Melihat diri saya, pada masa depan sebagai satu figura yang mahu saya bina, kadang-kadang ketakutan juga rasanya untuk bertahan. Takut sekadar berangan. (Padahal memaknakan atau mengangankan sahaja itu, saya juga yang putuskan. heh)

Lalu, saya memandang dinding kehidupan, menampal azam :

"Sepanjang umur yang bersisa entah berapa tahun (bahkan mungkin saat) lagi ini, aku berjanji cukuplah untuk diri sendiri yang apa pun terjadi, aku mahu terus mara gagah."

Saya mahu, menamatkan kegentaran menghadapi masa depan ini dengan laku yang berani.

Berani menghadap ketakutan sendiri.

Sekurangnya, ada orang lagi yang masih menanti sabar di hujung.
Mama Papa. Encik M juga, barangkali.

Ini cuma coretan peribadi, yang pada saya memberi makna.

...

"So, korang dah ada apa-apa ke ni?"  Heh, cepat ja mencerlus ayat berbaur gosip ni. -,-


Allah. Tiada apa-apa lah untuk di'ada'kan, tiada yang istimewa. Cuma, atas muamalat dalam batasan yang terjaga, itu yang saya mahu buat. Mengambil tahu dalam batas yang perlu, bukan soal lain. 


Apatah lagi, jika sahabat itu perlu dan mahu belajar sesuatu, maka saya membantu meringankan. Begitulah sebaliknya. Sama-sama mengingatkan dalam talian yang betul, bukan dasar yang salah. Bukan platform perasaan yang terusik atau DIUSIK.

Kita. Di bawah payung yang sama, 
saya cuma belajar 'kisah' masing-masing, agar sama-sama 
tidak terkena hujan dan petir.

Entahlah. Dalam hidup ini, saya cukup sedar bahawa semua perkara yang berlaku bukan secara kebetulan. Ianya telah tertulis di atas dan kita hanyalah pelaku ceritanya. Cuma sama ada perkara tersebut memberi erti kepada kita ataupun tidak, yang seterusnya kita pun tidak ambil kisah tentang perkara yang berlaku, itu jatuh nombor dua.

Namun begitu, ada ramai ja sebenarnya orang sepanjang hidup saya yang saya temui/ kenali secara tidak sengaja, tetapi saya memilih untuk tidak menjadikan orang-orang tersebut sebagai watak picisan di dalam hidup ini.

Terutama mereka yang menulis di alam maya seperti saya.

Bagaimana lah saya ingin berterima kasih kepada mereka yang saya tidak pernah jumpa tetapi telah terus menerus memberikan saya semangat dalam mengharungi hidup ini, tanpa sedikit pun mereka sedari? Entahlah. 

Kini saya .. masih sama.
Yang kadangkala perlukan masa 'kejatuhan' agar tak lupa kembalikan diri kepada Tuhan.
Terima kasih.. andai masih sudi menghulur sebaris doa untuk saya dari kejauhan.

Maka semua, mari bersyukur lagi!
Semoga apa saja yang kita katakan, lakukan dan fikirkan, membuah redha Dia.


**Saya baru 19, jadi ini entri untuk saya kenang masa depan. Kalau masih hidup. 


Wednesday, April 25, 2012

Kekanda Adinda


Jangan tanya. Entah mengapa, hati rasa terusik saat 'terserempak' dengan dialog ini:



'Aku pilih kamu.
Moga setia di hati, dan aku setia padamu.'

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda.”

“Adinda bersumpah, 
jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. 
Meminjak pada tanah yang sama. 
Bernafas pada udara yang sama.”

“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang. 
Yang tinggal hati tak elok. Yang pergi hati tak tenang. 
Bila sampai waktunya, kita akan bersama.”




Allah. Belajar Eika, belajar~
Heh. Ini betul-betul picisan. =,=

Sunday, April 15, 2012

Miss You Like Crazy!

This is it. I have no idea of what to write at this moment. After 3 weeks in IPBA without going home.. I can  just feel nothing but tired. I mean, EXTREMELY tired. But one thing for sure, I am never tired of this miracle feeling - Missing them, Mama and Papa.

Mama & Papa. I wanna grow old with you~ ;)

I miss them when something really good happens, because they're the one I want to share it with.

I miss them when something is troubling me, because they're the only one who understand me so well.

I miss them when I laugh and cry, because I know that they're the one who make my laughter grow and my tears disappear.

I miss them all the time, but I miss them the most when I lie awake at night and think of all the wonderful times we spent with each other for those were some of the best memorable times of my life.


****************************************************************************** 


Left some for me?

Uh, this boy.. I also miss him, like a Sun misses a flower~

Come fetch Aunty Eika at IPBA~

Muhammad Rayyan Darwisy! You are now 1! 
(Last 11th April was his birthday~) Ehehe. 

Imam Muda Darwisy! =D

Grow up being a good and filial son ae? 
Aunty loves you~ Muah muah :*
Can't wait to meet you again. 



All days are nights to see till I see thee,
And nights bright days when dreams do show thee to me.
-William Shakespeare, Sonnet XLIII


*More posts will be updated. In sya ALLAH. Extremely busy right now. x_x



Sunday, April 1, 2012

Kebangkitan: Terjawab.


Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. 
[Surah Ali Imran: 186]

Ah-ha. Lawak betul.

Semalam, maksud saya, semalam-semalam, saya hampir bertanya Tuhan, "Kenapa aku?".

Hari ini saya bagai mahu berterima kasih, bukan, saya memang berterima kasih pun atas cerita hidup saya yang serba aneh namun lumayan ini.

Kemudian saya pun mula bertanya diri sendiri, "Apa yang kau dah buat?", "Apa yang kau mahu sebenarnya?"

Tapi saya tak punya jawapan untuk itu.

Manusia memang banyak sungguh soalan. Saya sendiri begitu. Dan dalam ayat paling sastera saya mungkin dapat  tulis,

'Dan soalan itu bagai air terjun yang jatuh ditarik graviti dari gunung yang tinggi, kemudian sekejap mengalir laju, sekejap berolak tenang hatta kembali bertakung di laut, kemudian singgah menampar pantai, menjadi ombak yang setia berpukulan.'

Apakah kalian pernah? Menyoal dan bertanya tanpa punya jawapan? Atau ‘disinisi’ kerna jawapan kalian dilabel kurang bijak dan kolot?

Saya pernah, saya masih, dan saya benci keadaan itu.


Memang saya tak suka hadapi masalah kekeliruan emosi.

Dan, iya, saya lazimnya memilih untuk terus pergi tanpa sebarang penjelasan, pencerahan atau syarahan. 

Sebab, saya takut ianya akan berakhir dengan penyesalan yang dahsyat, atau kemarahan atau kesedihan atau apa-apalah yang tak menyenangkan - yang kesannya berpanjangan.

Saya tak berani mendepani emosi.  Saya jadi sukar percaya dan semakin galak bertanya lagi. Saya nyaris-nyaris tak percaya yang inikah hidupnya di negara demokrasi? Rusuh-resah begini? Geram. Kesal pun ada.

Memanglah, rasa serabut bila menghadapi masalah begini. Lagian, saya bukan pendekar atau adiwira yang boleh kalahkan siapa-siapa.

Ya, saya akui, kali ini memang saya amat gelabah menghadapi rusuh hati dan serba salah, mahu lekas berlalu pergi.  

[Barangkali inilah rasanya saat menjawab soalan yang ditanya Mungkar Nangkir bila kita mati nanti. Barangkali kegelabahan yang serupa inilah yang akan dirasa kalau-kalau soalan itu semua tidak dapat kita jawab. Barangkali lah.]


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(QS. 3:185)


*Beringat. Bukankah hidup untuk mati? *Tazkirah sesaat yang afdhal. ;)


Terpaksa akur, bila saya lihat diri saya sekarang ni, sedikit sebanyak adalah juga rasa jengkel dengan apa yang saya dah jadi. Akademik, Alhamdulillah, semuanya baik-baik ja setakat ni. Tapi hal-hal yang lain, betul-betul buat saya terpukul. Mahu saja saya menghukum diri sendiri kerna buat sekian kalinya membenarkan sisi paranoid ini mendominasi.

Aduh, cakaplah apa saja, saya tak kisah dah. Allah ada sebagai penjaga, pembela.

Yeah, saya rasa saya dah bebas. Dan saya dah malas pun nak melayan provokasi manusia yang suka bercerita. Sekarang, saya rasa okay ja kalau satu dunia nak tahu siapa saya pun.

***

Sebelum lena, saya pun baca doa sambil memandang kipas siling yang berputar sederhana lajunya, lepas itu dalam hati bertanya lagi, "Allah, apa pula yang aku perlu buat kali ini?"

Dan macam yang saya jangka (dan semua pun sedia maklum), Allah sentiasa bersama, dan jawabNYA,


(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(Ali Imran: 134)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
(Ali Imran: 200)


Dan sekarang, saya dah ada banyak soalan yang terjawab. Kala saya menulis ini pun, persoalan saya tentang 'penerimaan takdir' telah terjawab. Saya tidak akan menyoal lagi kerna sungguh, saya mahu hidup tenang, walau bagaimanapun cabarannya.

"Dan dugaan itu, selalu datang dengan ceritanya.."

Allah.

Terima kasih Allah, kerana melakar masa sukar ini di atas kanvas hidup saya.

Terima kasih Mama Papa, kerana  tampil menjadi penguat dan menuntun tangan ini agar terus berlarian, tanpa kalian menyedarinya.

Terima kasih diri sendiri, kerana mengingatkan dan mengembalikan semangat.

Terima kasih Cikgu Ahmad, kerana buat kesekian kalinya, memberikan kata-kata rangsangan yang memapah perlangkahan ini.

Terima kasih semua, yang mendoakan kekuatan dan kebahagiaan saya, insan aneh-lagi-tak-menentu-pasang-surutnya yang bernama Eika ni.

Saya sudah hampir pulih sepenuhnya. Saya harap.

*Berterima kasih ja lah yang saya mampu. Elaun belum masuk lagi maa~ :P



p/s: Maaf, berjuta-juta maaf, kerana telah sekali lagi menulis dari sisi peribadi. Syukran ‘ala kulli hal. Jazakumullah.


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]